Jenama pakaian lelaki Australia, Politix bekerjasama dengan artis visual Pamela Kleeman-Passi untuk menghasilkan sut unik menggunakan misai lelaki.
Oddity Central melaporkan, inisiatif itu bersempena dengan kempen Movember. Ia acara kesedaran tahunan yang menggalakkan lelaki di seluruh dunia menumbuhkan misai mereka pada bulan November. Kempen bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai masalah kesihatan lelaki yang serius seperti barah prostat dan testis.
Sut yang dipanggil Mo-Hair diperbuat daripada fabrik unik ciptaan artis visual yang berpangkalan di Melbourne, Pamela Kleeman-Passi. Passi terbabit dalam projek itu kerana suaminya meninggal dunia akibat barah prostat dan usus, pada 2016. Bagi menghasilkan sut itu, Passi dibekalkan dengan misai yang diperlukan Sustainable Salons, program kitar semula yang mengumpul dan mengitar semula rambut dari pelbagai salun. Sejurus berita mengenai projek itu mula tersebar, orang awam mula menghantar bungkusan berisi misai mereka. Passi menjahit semua rambut misai bersama-sama dengan kapas untuk menghasilkan fabrik asli. Ia kemudiannya diserahkan kepada pengurus reka bentuk Politix Paul Burden yang memotongnya menjadi sut. Bagi mengelakkan kegatalan yang biasanya dikaitkan dengan rambut pada kulit, Politix melapik kain itu dan mencetaknya. Sumber: Harian Metro
|
KIM.K replied at 22-11-2021 11:10 AM
Entah misai ke bulu pubik dia
Tau2 dah sampai kilang
ADVERTISEMENT