sumber foto : http://i.imgur.com/
Walaupun berlainan pegangan agama, namun ketika menjejakkan diri masuk ke rumah ibadah, apa yang paling utama adalah menghormati kepercayaan individu lain. Tindakan beberapa orang gadis bukan Islam yang menghadiri sebuah majlis di Masjid Al-Falah, USJ9 Subang Jaya, semalam mencuri perhatian ramai kerana mengenakan pakaian yang sopan. Gadis-gadis tersebut kelihatan berpakaian baju kurung dan selendang bagi menunjukkan rasa hormat terhadap kawasan masjid yang merupakan tempat beribadah orang Islam. Walaupun tidak menutupi aurat sepenuhnya, namun tindakan yang dilakukan kesemua mereka mendapat pujian ramai warga Internet. Gadis-gadis tersebut hadir ke masjid berkenaan bersama-sama ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh bagi menyampaikan sumbangan kepada pihak pengurusan sempena bulan Ramadan. Tindakan ini sebenarnya merupakan satu refleksi kepada perpaduan di Malaysia yang masih kuat dan rata-rata anggota masyarakat hidup saling hormat-menghormati. Syabas buat amoi-amoi berkenaan!
Permuafakatan Membawa Berkat! – CARI Infonet Sumber : MYNEWSHUB.CC |
5
Bagus |
4
Marah |
12
Terkejut |
6
Sedih |
3
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
red_cattleya replied at 23-6-2015 06:44 PM
klu aku pki cheongsam comel gk lah kot
Modngengade replied at 23-6-2015 06:49 PM
Kakak berkenan tgk cikki berkaca mata baju kurung ijau tu..nmpk sopan sgt
hyie replied at 23-6-2015 07:23 PM
kan sis...ala2 perempuan cina terakhir gittew...
ajinomotonosuga replied at 23-6-2015 07:13 PM
tipikal melayu sengal..mentang2 kulit putih..ko buh apa pun cumei laa
AbukRokok replied at 23-6-2015 06:19 PM
ok lepas ni gadis melayu masuk gereja/tokong plak
Vympel77 replied at 23-6-2015 08:19 PM
Buka tudung?
edee_91 replied at 23-6-2015 08:09 PM
Pak aji ni itam legam ka? Baek punya bekap geng yindia...
ADVERTISEMENT