CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Lisa Blackpink Disahkan Positif Covid-19, Jisoo, Jennie dan Rose Jadi Kontak Rapat

25-11-2021 11:50 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4507| Komen: 20




Nampaknya penularan virus Covid-19 masih lagi ditahap yang perlu dibimbangkan walaupun kes di negara kita kini sudah menunjukkan penurunan yang agak mendadak sejak berakhirnya PKP 3.0.

Terbaru, salah seorang ahli kumpulan K-pop terkenal dan disayangi ramai, Lisa Blackpink dilaporkan positif virus COVID-19 selepas melakukan ujian saringan tengah hari semalam, lapor Soompi.

Keadaan terkini kesihatan penyanyi jelita, Lalisa Manoban atau lebih dikenali sebagai Lisa, 24, diumumkan oleh agensi mereka, YG Entertainment, melalui hebahan media tempatan semalam.


Manakala tiga lagi ahli kumpulan Blackpink iaitu Jisoo, Jennie dan Rose kini masih belum dikategorikan sebagai kontak rapat. Mereka telah melakukan ujian PCR sejurus selepas mendengar keputusan ujian Lisa namun masih menunggu keputusan ujian tersebut.




Tambah YG Entertainment, pihak agensi akan memaklumkan secepat mungkin kepada umum sekiranya ada maklumat terkini berkait ahli kumpulan tersebut.

Semoga Lisa cepat sembuh dan sama-sama kita kekal menjaga SOP terutamanya ketika berada ditempat awam kerana pandemik Covid-19 masih belum berakhir. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 25-11-2021 12:12 PM
kesiannya awek abang ni... gws ya
Quote Belibis 25-11-2021 09:12 PM
Macam lisa surihani pulak.
Quote jajahoney 26-11-2021 01:21 AM
cantik betul lisa ni.  dia pure korean ke ada mix blood?
Quote AKAZ85 26-11-2021 06:33 AM
jajahoney: cantik betul lisa ni. &nb ...


Dia asal Thailand rasanya.. Bina nama kat korea
Quote cikpuanviolet 26-11-2021 07:28 AM
jajahoney replied at 26-11-2021 01:21 AM
cantik betul lisa ni.  dia pure korean ke ada mix blood?

Mek siam mari. Buat plastic surgery, semua pun boleh cantik
Quote NaylaArisha 26-11-2021 09:20 AM
[youtube]j-sGIUsoQas[/youtube]


boleh tengok muka dia asli ke

atau plastik  

Quote lasagna 26-11-2021 10:24 AM
NaylaArisha replied at 26-11-2021 09:20 AM
boleh tengok muka dia asli ke

atau plastik

cehhhhh byk juga dia buat.. acah jer laa slama ni ek?
Quote makton 26-11-2021 10:30 AM
tajuk : Lisa Blackpink Disahkan Positif Covid-19, Jisoo, Jennie dan Rose Jadi Kontak Rapat

konten : Manakala tiga lagi ahli kumpulan Blackpink iaitu Jisoo, Jennie dan Rose kini masih belum dikategorikan sebagai kontak rapat. Mereka telah melakukan ujian PCR sejurus selepas mendengar keputusan ujian Lisa namun masih menunggu keputusan ujian tersebut.

Quote NaylaArisha 26-11-2021 12:04 PM
lasagna replied at 26-11-2021 10:24 AM
cehhhhh byk juga dia buat.. acah jer laa slama ni ek?

paling ketara tang hidung tu lah kan

Quote lasagna 26-11-2021 01:50 PM
NaylaArisha replied at 26-11-2021 12:04 PM
paling ketara tang hidung tu lah kan

at least bila buat tak laa obvious runcing cam setengah artis. kalau kat barat mmg ketara nampak nose job.
Quote Artemesiaa 27-11-2021 11:56 AM
Dah dia tengah gila2 promote lagu barunya tak hairan boleh jadi macam tu
Quote Nham22 27-11-2021 07:11 PM
jajahoney replied at 26-11-2021 01:21 AM
cantik betul lisa ni.  dia pure korean ke ada mix blood?

Mix blood. Thailand
Quote Nham22 27-11-2021 07:12 PM
Tp seksi terokkk lalisa ni... Tp badan depa sekeping jaaa... Lemak xdak langsong
Quote iolss 1-12-2021 04:49 PM
beriya berparti kt club nun,wlau pakai mask, ujung2 kn gak .. smuga cpt sihat lah lalisa oii
Quote wtvmjls 1-12-2021 09:11 PM
iolss replied at 1-12-2021 04:49 PM
beriya berparti kt club nun,wlau pakai mask, ujung2 kn gak .. smuga cpt sihat lah lalisa oii :l ...

betul lah tuuu. dulu tengok fans lisa dok compare yg tk fair jennie boleh gi party merata tapi lisa stuck. ni sekali gi party terus kena covid..kesian dia
Quote wtvmjls 1-12-2021 09:13 PM
lisa muda so okay kot..hopefully tak effect sangat. tapi risau kat jung woo sung yg baru kena covid. Dahla dia dah masuk 50s..
Quote dua_chzy 1-12-2021 11:00 PM
Nampak terang lagi bersuluh takda pun Lisa Mahnoban ni ubah muka dari gambar belah kanan di atas.
Quote dua_chzy 1-12-2021 11:03 PM
Edited by dua_chzy at 1-12-2021 11:14 PM
cikpuanviolet replied at 26-11-2021 07:28 AM
Mek siam mari. Buat plastic surgery, semua pun boleh cantik


Sheol ori. In fact suma members BP tu muka original beauty. Mekap aje yang enhance features meka. Hada nampak gambar Lisa masa umo 14 ka 15. Sama ja muka macam sekarang.

Lisa ni dari kecik memang dah cantik.



Quote dua_chzy 1-12-2021 11:06 PM
Edited by dua_chzy at 1-12-2021 11:11 PM
Nham22 replied at 27-11-2021 07:11 PM
Mix blood. Thailand


Sheol Thai pure. Dan ada baca komen netizen katanya kaum sheol tu 'kasta rendah' kat Thai sana. So deol memang super proud ngan Lisa ni.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.056429 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top