oleh Fyruz
Bukan sahaja pasaraya di Malaysia giat menjalankan promosi sempena raya ini, rata-rata pasaraya diseluruh dunia menjalankan kempen dan promosi. Begitu juga yang berlaku di United Kingdom yang mempunyai populasi umat islam seramai 4.8% daripada jumlah penduduk. Walaupun tak banyak Muslim di UK, tindakan kebanyakan pasaraya menawarkan diskaun sempena ramadan harus dipuji kerana mereka bersama-sama menghormati Muslim di London untuk menjalankan ibadah berpuasa.
Dalam pada itu, ada juga cerita lawak yang dikongsikan oleh Raza Hassan,25, sewaktu membeli-belah di Tesco, Liverpool Street, London. Seperti dipetik didalam Buzzfeed: 'Mereka ada tawarkan perisa lain juga, tetapi pekerja tersilap menyusun perisa ini untuk promosi ramadan. Ia tidak menyinggung perasaan saya langsung - tapi saya mendapati ia sangat kelakar. Perisa yang ditawarkan adalah 'Smokey Bacon' yang terang-terang mengandungi babi yang sememangnya diharamkan. Sementara itu, wakil Tesco yang ditemubual memberitahu pihak mereka berbangga untuk menawarkan rangkaian daging serta produk menepati citarasa pelanggan semasa Ramadan dan kes Pringles ini jelas berada di tempat yang tidak sepatutnya dan ia telah pun dialihkan. Apapun, tahniah dan syabas buat Tesco tersebut, cuba kalau berlaku di Malaysia, adakah ianya lawak? Ladylista teringat kisah mat salleh dimaki sewaktu nak keluarkan kereta...Kongsikan pandangan anda. -LadyLista. |
ADVERTISEMENT