CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Lama Tidak Muncul, Ini Keadaan Terkini Linda Onn

7-12-2021 12:03 PM| Diterbitkan: usopikhwan| Dilihat: 8819| Komen: 45|Original author: usopikhwan


Sudah lama kita tidak mendengar khabar berita bekas penyampai radio popular Linda Onn. Celotehnya yang santai dan bersahaja, pasti diingati peminat terutamanya beliau selalu bersiaran pada waktu petang. Linda Onn atau nama sebenarnya  Rozlindah Binti Onn kini sudah menjangkau umur 44 tahun. Radio yang menaikkan nama beliau ialah radio ERA yang ketika itu masih menggunakan trademark “Rentak Muzik Terkini”. Selain itu beliau juga pernah menjadi penyampai radio kepada Suria FM dan Kool FM.


Linda Onn juga merupakan usahawan terkenal dan juga pelakon filem sekitar awal 2000 an. Antara perniagaan yang dimiliki beliau adalah restoran nasi ayam , My Mom Chicken Rice ( MMCR ) dan pengusaha minyak wangi Anaricca. Beliau juga pernah menjadi heroin dalam filem Gila Bola, bergandingan dengan penyanyi Fazley Yaakob ketika itu. Selain itu beliau juga pernah membawa watak pembantu dalam filem Soal Hati, Soalnya Siapa dan juga Biar Betul.



Foto: IG

Memilih kerabat diraja Johor sebagai peneman hidup, kini Linda Onn bahagia bersama suami dan seorang anak perempuan yang berusia 3 tahun. Beliau yang berkahwin dengan Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan pada sekitar 2013 kini mempunyai seorang anak perempuan yang comel bernama Ungku Zara Binti Ungku Azhar.


Gambar Perkahwinan 27 Disember 2013





Walaupun menjadi seorang wanita yang berjaya, Linda Onn sentiasa mempunyai perasaan rendah diri untuk menurunkan ilmu kepada pelapis baru. Menjadi penyampai radio lebih dari 20 tahun, beliau pernah dianugerahkan beberapa kali mernjadi Penyampaii Radio Popular Berita Harian. Semoga kejayaan Linda Onn ini menjadi inspirasi bukan sahaja kepada kaum wanita malahan juga kepada kaum lelaki.Apa Kata anda? -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 7-12-2021 12:10 PM
nampak pucatnya linda onn.... dah rhoper maya karin jadi ponti plak di gambar atas tu...
Quote ketupatnasi 7-12-2021 12:14 PM
dulu hengat sheol berjodohan dengan abam halim saya putar roda impian. ternyata hubungan sekadar rakan sekonti.

btw apa jadi dengan kedai nasik ayam kuarga beliau eh? dulu bole tahan ngetop jugak la.


Quote pekanwoohoo 7-12-2021 12:15 PM
Ingatkan Hans Isaac tadi
Quote musangbodoh 7-12-2021 12:40 PM
kerabat gak dapat kan kannnn....btw tahniah errr x tmbah anak lg ke?
Quote helicornia 7-12-2021 12:40 PM
So apa gosipnye?
Quote LaVida 7-12-2021 01:28 PM
musangbodoh replied at 7-12-2021 12:40 PM
kerabat gak dapat kan kannnn....btw tahniah errr x tmbah anak lg ke?

Sedare UIA kan hubs sheoll ni?
Quote cmf_premierleag 7-12-2021 01:37 PM
huntung suami sheols sbb lps kawen je terus cuci kaki sbb LO dah provide semuanya...rumah, kereta
Quote lasagna 7-12-2021 01:38 PM
iols lg ske dia dgn abam pahrin dlu, tp tu laa tak berjodohan. udah nya memasing bwk haluan memasing. gitu lahh..
Quote cmf_premierleag 7-12-2021 01:38 PM
ada gossip dr poremer lama yg kata hasben sheols ni siap dump lg ex gf sbb nk kawen LO yg dh ada semuanya
ye le..ms single stakat sewa bilik jah yg mampu
lps kawen trus hapgred duk banglo kt bkt indah,ampang nun
Quote prince_marhaen 7-12-2021 01:39 PM
Tok Hans versi pan asian lebih sikit ke ni...bulus lebih sket... btw suka muka sheols macam unik... anak sheols dapat sikit je ke genetik kacuk? dah suku suku separuh je tengok tu.. harap dah besar sheols groom lebih sikit la yek.
Quote makita 7-12-2021 01:56 PM
cmf_premierleag replied at 7-12-2021 01:37 PM
huntung suami sheols sbb lps kawen je terus cuci kaki sbb LO dah provide semuanya...rumah, kereta

Igt senang2 ke leh cuci kaki. Ada genetik kacuk ayam belanda taw. Kalau takat kacuk leluhur jawa timur x lepas pintu gate
Quote sudirmanistas 7-12-2021 02:43 PM
cmf_premierleag replied at 7-12-2021 01:38 PM
ada gossip dr poremer lama yg kata hasben sheols ni siap dump lg ex gf sbb nk kawen LO yg dh ada sem ...

kerabat pun mengharap dkt harta LO ke
Quote ninjago 7-12-2021 02:44 PM
suka dengar dia men-dj kalau kt radio. mmg pro gila.

moga baik2 je LO
Quote ell2026 7-12-2021 03:08 PM
i suka dj2 otai ni...stop je cakap terus masuk lagu
Quote orkidorkido 7-12-2021 03:13 PM
musangbodoh replied at 7-12-2021 12:40 PM
kerabat gak dapat kan kannnn....btw tahniah errr x tmbah anak lg ke?

Bukan kerabat pun, nama jer ku ku
Quote mizruncing 7-12-2021 03:39 PM
mmg kaya dia ni. penah baca dia ada rumah bape juta ntah. pelik lak forumer kata untung laki dia cuci kaki je. bukan kerabat ke
Quote piep 7-12-2021 04:42 PM
ketupatnasi replied at 7-12-2021 12:14 PM
dulu hengat sheol berjodohan dengan abam halim saya putar roda impian. ternyata hubungan sekadar rak ...

mak sy keje sna dulu.. first kedai asam pedas.. sna keje teruk nya lahai.. siap suruh siang lagi udang sotong smua.. lepas tak laku ttup kedai tu pindah pulak my mom chicken rice.. keje teruk la jgk.. yg x best nya time mco 1.0 tu lansung x diberi gaji walhal ad subsidi dri kerjaan , lansung x dibayar walupun sikit. duduk jela rmah tanpa berita apa2 berbulan2.. bila da bole dine baru sibuk call suruh keje balik, bila x de dilayan cm haram... dulu bila nk berhenti merayu2 suruh mak jgn berhenti.. skrg kedai makan tggal 1 je.. byk kisah len, yg prnah jadi staff dia je taw..
Quote ketupatnasi 7-12-2021 05:05 PM
piep replied at 7-12-2021 04:42 PM
mak sy keje sna dulu.. first kedai asam pedas.. sna keje teruk nya lahai.. siap suruh siang lagi u ...

yayaya.. sebelum nasik ayam dia buat asam pedas kan.ingatkan masih meletops lagi bisnesnya.

btw...semoga mak uols diberi kesihatan dan rezeki yang lain pula.

Quote sleepandream 7-12-2021 05:52 PM
hubby sheols kerabat johor ke? why muka kokesen?

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.248255 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top