Seorang gadis muda ditemukan mati di kubur bapanya di Desa Japan, Mojokerto, Jawa Timur, baru-baru ini.
Gadis berusia 23 tahun itu dipercayai membunuh diri dengan minum racun selepas hamil luar nikah akibat terlanjur dengan seorang anggota polis. Kisah kematian gadis itu turut tular dalam Twitter dengan seorang daripada pengguna media sosial itu mengakui dia merupakan rakan kepada mangsa. Mangsa dilaporkan mengalami tekanan perasaan selepas hubungan cintanya dengan anggota polis tersebut semakin renggang, selain mengandungkan anaknya.
Dalam pada itu, jurucakap polis, Hadi Supraptoyo berkata, teman lelaki gadis itu sudah ditahan bagi membantu siasatan. “Gadis itu dan anggota polis tersebut sering terlanjur dan hasilnya, sudah dua kali mangsa hamil iaitu pada Mac 2020 dan Ogos 2021. “Namun, kedua-dua kandungan itu digugurkan dengan persetujuan mereka iaitu ketika kandungan berusia beberapa minggu bagi pertama kali dan kandungan berusia empat bulan untuk yang kedua kali,” katanya. Sehubungan itu, anggota polis tersebut bakal didakwa dengan kesalahan sengaja menggugurkan kandungan dan kini ditahan di balai polis Mojokerto. Sementara itu, polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian gadis tersebut serta racun yang diambilnya. Sumber: Utusan
|
prettyuglybabe replied at 6-12-2021 04:12 PM
kalau laki tu nak kawin dengan kau, dia dah kawin awal dulu..
dah berkali-kali mengandung tapi dia s ...
hird replied at 6-12-2021 08:02 PM
Aiiikkk awat cerita lain, bukan ke arwah kena perkosa? Bf dia bagi minum air dia letak ubat tido dan ...
ADVERTISEMENT