CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sampai Bila Pengacara Nak Digelar Sampah?" - Haiza

6-12-2021 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2191| Komen: 16

Penyanyi dan pengacara, Haiza Hanafi, 41, pula berpandangan bahawa seorang pengacara itu perlu sentiasa berkeinginan untuk menambah ilmu agar dapat memperbaiki penyampaian mereka dari semasa ke semasa.


Kata Haiza, masyarakat akan sentiasa menilai dan disebabkan itu seorang pengacara perlu melakukan sesuatu agar tidak dilabelkan sebagai pengacara ‘sampah’.


Kredit foto: IG Haiza

“Orang melabel pengacara sebagai sampah mungkin berdasarkan penyampaian mereka yang tidak berilmu. Sampai bila nak digelar sampah?

“Jadi kita kena sentiasa tambah baik, gali dan korek sebanyak mana ilmu yang perlu agar masyarakat melihat bahawa kita tidak ditakuk lama, sentiasa maju ke hadapan,” katanya.


Bagaimanapun, kata Haiza, bukan semua pelawak yang terjun ke bidang pengacaraan itu tidak bagus.Katanya, bahkan ada yang mampu menjadi menjadi seorang pengacara yang lebih baik dan dihormati.

“Contoh seperti Nabil Ahmad. Saya nampak kehebatannya. Dahulu mungkin dia bukan sesiapa, tapi lihatlah dia sekarang.

“Dia pun seorang yang rajin belajar. Tidak dinafikan, ada juga penyampaiannya yang mungkin merepek. Tapi beginilah, manusia tidak sempurna, ada ketika berbuat silap dan kita juga tidak mampu puaskan hati semua orang.

“Tetapi dengan ilmu dan keinginan memperbaiki diri, kita akan menjadi lebih baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Haiza tidak menolak bahawa gurauan-gurauan yang menyentuh sensitiviti itu sebaiknya dielakkan dalam penyampaian seorang pengacara.


Kredit foto: IG Haiza

Jelasnya, pengacara itu perlu berhati-hati, tidak bergurau kasar yang mengundang rasa tidak senang dan kemarahan penonton.

“Ramai yang ambil mudah gurauan bersifat double meaning dan mengaibkan. Kalau terbuat, cukuplah sekali. Jangan diulangi.

“Penonton akan meluat dan muak. Apa pun yang kita buat kena berhati-hati. Tambah ilmu, banyakkan bertanya dengan mereka yang lebih berpengalaman,” jelasnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 6-12-2021 09:43 PM
I cube nk sampaikan di sini penyampaian Haiza dlm radio sgt baik dan x sangka dia boleh bual isu semasa secara ilmiah tapi cam borak santai. Kekurangan dia, x lawa cam Hawa Rizwana.
Quote Nozot 6-12-2021 09:50 PM
fealefea replied at 6-12-2021 09:43 PM
I cube nk sampaikan di sini penyampaian Haiza dlm radio sgt baik dan x sangka dia boleh bual isu sem ...

For me she is prettier than hawa...manis n gojess walaupun dah 40+++
Quote gekkou 6-12-2021 10:01 PM
betullah pandangan haiza tu
kalau tak nak dipanggil sampah
sila buat homework, stop lawak double meaning dan face shaming
and stop la jadi pengacara bingit gelak syok sendiri, terjerit2 dalam konti
Quote Normabaru 7-12-2021 07:49 AM
Statement dia betul tp cth dia Salah...nabil capang kameleon tu pernah berotak ke masalahnyaaaa...xhbs2 ada controbasi xpon acah tpaling zuhud..choyyy
Quote cmf_premierleag 7-12-2021 07:54 AM
diam lah pompuan kampung benut pontian johor ni
ko kat skolah dulu2 pun spesis duk kelas belakang jahhh
Quote Acikgomen 7-12-2021 08:10 AM
Normabaru replied at 7-12-2021 07:49 AM
Statement dia betul tp cth dia Salah...nabil capang kameleon tu pernah berotak ke masalahnyaaaa...xh ...

Khennnnz
Patut bagi lah contoh pengacara bagus tu mcm aliff satar walaupun tidak digemari acik poremer kikiki tapi heshe mengacara dgn knowledge and susun bahasa nye time hosting pun bagus, voice projection juga baik, tak tejerit sana sini tak tentu pasal
Lagi satu sherry. Sheols pun bagus, pandai jaga posture badan time bediri ke duduk ke masa hosting tu
Bukan mcm lembaga gedik terpaling jah ronsen, serba serbi cukup lazat utk dihencap
Quote wanawina 7-12-2021 08:46 AM
meols suka sheols masa jadi dj, surprisingly sheols boleh jd dj yg bagus yach. cumanya sejak tukar dgn hawa meols dah x dengar radio.
Quote arffa 7-12-2021 09:00 AM
fealefea replied at 6-12-2021 09:43 PM
I cube nk sampaikan di sini penyampaian Haiza dlm radio sgt baik dan x sangka dia boleh bual isu sem ...

lawa la dia, pada i yang sebaya dengan i ni dia lawa la pada umur 41 tahun.
Quote prince_marhaen 7-12-2021 09:14 AM
Sheols lagi better daripada Hawa skema feeling jahlop tu...dah la monotonous, muka nak kekwat manjang takleh nak senyum... amik gambo time cycling ngan laki-laki orang kemain sengih mcm kerang kehpamm..btw, contoh Haiza bagi tu sangatlah ewww.... bila masa ntah JiBil tu behave, makin terencat je tengok... yihhh
Quote Normabaru 7-12-2021 10:25 AM
Acikgomen replied at 7-12-2021 10:10 AM
Khennnnz
Patut bagi lah contoh pengacara bagus tu mcm aliff satar walaupun tidak digemari acik por ...

Setuju..nah kaka norm transfer lg 5k
Quote doubleharmonic 7-12-2021 10:37 AM
celah mana jibil tu nampak kehebatannya? tiap2 minggu dok buat main nama orang jah?
Quote Acikgomen 7-12-2021 10:38 AM
Normabaru replied at 7-12-2021 10:25 AM
Setuju..nah kaka norm transfer lg 5k

Wowww boleh la acik bayo yuran kelas najib asadok dgn duit derma kaka norm
Quote Normabaru 7-12-2021 10:47 AM
Acikgomen replied at 7-12-2021 12:38 PM
Wowww boleh la acik bayo yuran kelas najib asadok dgn duit derma kaka norm

Haippp..najib sodok tu kaka xrestu..masuk esbi acik laaa...baru maintain orkaaa
Quote kakakko 7-12-2021 11:03 AM
Bagi aku, dia okay mendeejay. Ada ilmu and ada pengisian. Nampak dia buat homework. But suara dia tak sesuai sebagai penyampai radio. For me suara penyampai radio mesti clear and sedap di dengar. Haiza ni kan husky2 sikit so not that pleasant to hear.. Just my duaposen.
Quote dekmieDandy 7-12-2021 11:46 AM
fealefea replied at 6-12-2021 01:43 PM
I cube nk sampaikan di sini penyampaian Haiza dlm radio sgt baik dan x sangka dia boleh bual isu sem ...

yes!! iolls second this

even year first dia pun sangat best, pengatahuan muzik dia luas actually, just lepas coolfm jadi buletinfm ni tak dengar sangat slot dia pasal tengah buat kerja
Quote Kurex 7-12-2021 11:52 AM
Hayooo contoh kau haiza

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.081682 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top