CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Bertegur Sejak 2017, Lan Solo Dan Rody Kristal Berbaik Semula Selepas Terserempak Di Surau

7-12-2021 06:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4918| Komen: 35



Tidak bertegur sapa sejak 2017 disebabkan perselisihan faham, hubungan Lan Solo dan Rody Kristal akhirnya kini dilihat semakin pulih.

Memuat naik foto bersama Rody di Instagramnya, Lan berkata mereka terserempak secara tidak sengaja di surau Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lalu.

"Allah dengar doa-doa hambaNya. Alhamdulillah..Syukur!" tulisnya ringkas diruangan kapsyen.



Meluahkan rasa syukur doanya akhirnya dimakbulkan, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, berkata dia sangat gembira kerana kejadian itu berlaku tanpa sebarang perancangan dan ditemukan di tempat yang baik.

“Alhamdulillah…itu kejadian semalam sebenarnya, kami ada program bersama tetapi bukanlah satu stage. Rody jadi house band untuk GV, saya untuk program GV live plus.

“Masing-masing ke surau kerana nak kejar waktu Maghrib, sebab semua program mereka hold dan sambung semula lepas Maghrib. Saya tak tahu Rody ada di situ, dia pun mungkin tak tahu saya ada.

“Tiba-tiba ada orang cuit bahu saya waktu nak keluar dari surau, dia (rody) kata eh Lan! Saya balas, eh Rody! Itulah benda pertama yang kami cakap,” katanya sepertimana dipetik dari portal mStar.

Lan turut memberitahu dia dan Rody tidak bertegur sejak empat tahun lalu sehingga mengambil keputusan meninggalkan kumpulan Kristal pada November 2017.

“Kami dah lama tak bercakap sejak tahun 2017. Masalah saya dan Rody berlaku sebelum dia berkahwin lagi, jadi bila berjumpa tu sempat bertanya khbar tentang keluarga, mak dan ayah dia sahaja. InshaAllah, kalau tiada aral melintang, kami akan cuba untuk adakan pertemuan yang lebih lama sedikit,”

“Cuma saya harap tiada campur tangan dari pihak luar yang akan mengeruhkan kembali keadaan yang dan sedia keruh sebelum ini,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut gembira dan memanjatkan kesyukuran atas perkongsian berita baik itu.


Sekadar info, Lan pernah menjadi vokalis kumpulan Kristal selama 18 tahun sebelum terjadinya krisis sehingga dia mengambil keputusan menyekat (block) kesemua ahli kumpulan Kristal di laman sosial miliknya sejak menyertai program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang lalu.



Vokalis Kristal kemudiannya digantikan dengan bekas anggota Hyper Act, Kecik pada Oktober 2018 namun setahun kemudian Kecik umum keluar secara rasmi daripada kumpulan itu dan bergerak solo semula.

Kini, bintang Akademi Fantasia 2014 yang juga anak kepada anggota kumpulan rock Wings, Ewal telah menyertai kumpulan Kristal sebagai penyanyi gantian sementara.



Apa pun, buang yang keruh ambil yang jernih. Meminta maaf itu mulia, memaafkan itu lebih mulia. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 7-12-2021 01:58 AM
Eloklah tu..
Quote Mopiko 7-12-2021 02:22 AM
Ini la orang kata dont judge a book by its cover. Rockers pun jaga solat. Respect sangat..
Quote dudaberhias 7-12-2021 02:41 AM
Tapi rody tu herlokkk dari lan tu kalau dia potong rambut pendek... Lan tu sebelum ni rambut panjang memang kepam siap pakej bau perfume DSV dan susu pisang basi jahlop yang tak masuk peti ais dan menanti sesi kambus mengambus.
Quote GegarVaganja 7-12-2021 02:47 AM
Kalau baca dari cerita ni, kemungkinan, si Rody ni yang memang xde hal dengan Lan pun sebab dia yang tegur Lan kan.
Agak2 kalau the other way around, si Lan yang nampak Rody, rasanya, dia cuit tak bahu Rody untuk tegur?
Renung-renungkan dan selamat beramal.

Quote Fazzbulous 7-12-2021 03:07 AM
GegarVaganja replied at 7-12-2021 02:47 AM
Kalau baca dari cerita ni, kemungkinan, si Rody ni yang memang xde hal dengan Lan pun sebab dia yang ...

Dr 2017 tak btgur sapa..klu throwbck blik kes gv tu,si R ni yg cri psal...sbb tak puas hti si L msuk gv kan..huhuhu..trus R ni rehatkan L..nk cri penyanyi gntian..huhuhu..
Quote Teatime804 7-12-2021 03:17 AM
Alhamdulillah.. buang yg keruh ambil yang jernih…
Quote kakikuDibibirmu 7-12-2021 03:58 AM
Buang Ayer Keroh ambil Simpang Ampat
Quote miu84 7-12-2021 04:58 AM
Ni lah namanya retis hauk. Rupa tak seberapa, manjang nak mengundang kontrobesi. Caption tu kalau tak mengundang sangat, voley? Gigih nak jugak orang tau dia da lama berdoa agar hubungan pulih blablabla. Puikkk
Quote woven11 7-12-2021 06:48 AM
Rody biasa2 je lan yg nampak lebih2…
Quote buapakperut 7-12-2021 07:24 AM
Suka tengok rody sejak kecik sebab muka smiley face die Tu,Manis sangat. Dalam hal ni iols Rasa Lan sorang je yang problem
Quote mojarean_X 7-12-2021 07:27 AM
kakikuDibibirmu replied at 7-12-2021 03:58 AM
Buang Ayer Keroh ambil Simpang Ampat

Simpang ampat byk traffic light chuols
Quote MatDeghem 7-12-2021 07:37 AM
Fazzbulous replied at 7-12-2021 03:07 AM
Dr 2017 tak btgur sapa..klu throwbck blik kes gv tu,si R ni yg cri psal...sbb tak puas hti si L ms ...

As a team bila masuk GV pun sepatut nya as a team juga. Bukan solo. Bila masuk GV as solo memang patut si rody cari penganti.
Lepas tu Lan block dorang.  lan ingat jadi solo boleh meletup...ujung2 merempit juga.

Quote Normabaru 7-12-2021 07:42 AM
GegarVaganja: Kalau baca dari cerita ni, kem ...


Baru nk ckp benda sama...lan ni mcm semua org dia xpuas hari ke cmne..pastu beriya upp kt socmed as content..bodohnyaaaa..

Yg dok respect rockers solat..time sendu bukan rockers je solat..acik jual goreng Pisang tepi jalan pon solat..plus solat tu kan wajib mcm mkn minum.so ape nk Heran respect sgt kaka pon xphm
Quote Normabaru 7-12-2021 07:45 AM
MatDeghem replied at 7-12-2021 09:37 AM
As a team bila masuk GV pun sepatut nya as a team juga. Bukan solo. Bila masuk GV as solo memang p ...

So mmg hauks n xguna si L ni la kan..acah poyo hujung2 sendurinaharun
Quote miss_strangers 7-12-2021 08:26 AM
Lan ni jenis suka capub ke cm bini dia? Salu sgt nampak cite dia Kat porem ni...rody ni comel...xde sibuk nak kecoh apa2...
Quote lasagna 7-12-2021 08:38 AM
lahhhh idok ler tau dia org ni tak bertegur sapa.. tau gitu2 jer laa. rupanya nk jd cite kan, jmp pun dlm surau kat picc.
Quote Fazzbulous 7-12-2021 08:42 AM
MatDeghem replied at 7-12-2021 07:37 AM
As a team bila masuk GV pun sepatut nya as a team juga. Bukan solo. Bila masuk GV as solo memang p ...

leeee...naqiu pn solo..bandi pn solo..zarul solo...mmg kehendak pengnjur kan nk penyanyi solo...lain la kalau mcm kmpulan indigo..elite..sbb kumpulan penyanyi...huhuhu..abih tu,si R amik job main background muzik utk stesen lain,blh pulak...xpenah pulak i nmpk si L ni nyanyi sorang2 dkt event2 lain...tp klu si R ni mmg byk kan...
Quote Fazzbulous 7-12-2021 08:45 AM
Normabaru replied at 7-12-2021 07:45 AM
So mmg hauks n xguna si L ni la kan..acah poyo hujung2 sendurinaharun

abihtu..si naqiu,zarul,bandi,gmie..tu semua pun ada band masing2...diorg ni band...gv kan utk pnyanyi..mcm elite & indigo tu penyanyi berkumpulan...kalau nak angkut bawak band,baik masuk versus uolls..lawan sama2 band..gitewwww
Quote prince_marhaen 7-12-2021 09:02 AM
laki bini sampai ke anak kehhhpammmmmmm bau habuk kedai runcit heolsss yang sama kehpammm itteww...
caption always acah-acah mangsa...walhal kau memang dasar nak attentionnnn...yihh!

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.078257 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top