CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Ajak Bergambar, Gengster Brazil Suka Janggut Ebit Lew

7-12-2021 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5957| Komen: 55

Petaling Jaya – Pendakwah terkenal Ebit Lew diberi layanan mesra semasa menziarah dan membantu satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paulo, Brazil baru-baru ini.


Menerusi satu hantaran di Facebooknya, dia terkejut dengan layanan baik yang diterimanya seolah-olah sudah lama kenal.


Foto: FB

“Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ, terasa macam dah lama kenal.

“Bawa bantuan dan kasih sayang buat mereka,” tulisnya di Facebook hari ini.

Jelasnya, penduduk di situ hidup susah malah ada yang terpaksa duduk di dalam khemah.





“Mereka hidup susah, anak-anak tidak bersekolah, sebelum ini duduk di dalam khemah. Sekarang dapat bilik kecil duduk dengan keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia memberitahu, ketua penduduk di situ sangat mesra walau dilihat seperti mafia.

“Baik sangat ketuanya walau orang kata macam mafia, katanya 25 jam tuan terbang untuk bantu kami.

“Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut,” katanya.




Tambahnya, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya.

“Terima kasih kerana datang beri bantuan kepada kami. Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan.

“Semoga hidup mereka dipermudahkan dan sentiasa diberi kebaikan,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 7-12-2021 11:14 AM
“Baik sangat ketuanya walau orang kata macam mafia, katanya 25 jam tuan terbang untuk bantu kami.

“Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut,” katanya.
Quote kelip2_07 7-12-2021 11:26 AM
errrmmmmm
Quote FOTHER-MUCKER 7-12-2021 11:35 AM
Jikalau sebaliknya macamana pula?

Silap silap penuh balai buat report sebelum jadi jadi kes polis.
Quote FOTHER-MUCKER 7-12-2021 11:36 AM
Tak risau ke berpeluk seperti tu?
Quote prince_marhaen 7-12-2021 11:38 AM
merata Bebird Lew ni berjalan sana sini, boleh eh rentas-rentas merata? ke sana sini, masuk sana sini, tak macam cukup kuarantin pun, bawak team media sekali, takpe ke musim-musim covid ni? banyak eh wang beliau..bila masanya heols manage bisnes eh? gitteww.. penuh persoalan.
Quote KamikuP 7-12-2021 11:40 AM
Semntara itu di M'sia topi nasi biar anak tiri main kepala hahahah
Quote doubleharmonic 7-12-2021 11:48 AM
motip bagi air coke?
Quote copy_paste 7-12-2021 12:01 PM
agaknye memula diorg takut dgn janggut dan jubah tu,bila dah didekati baru diorg tahu,
Quote saviour_09 7-12-2021 12:21 PM
Allah sayang org Brazil
Quote missyL 7-12-2021 12:24 PM
Wahh. Brazil free covid ke..
Mask pn xde semua lol

Harap2 balik sini kuarantin sebulan
Quote musangbodoh 7-12-2021 01:16 PM
org kate kenapee ust p jauh2 sana...satu sbbnya sana xde melayu yg mmg kuat PHD
Quote ladybugz 7-12-2021 01:30 PM
buatla baik. bertaubatla dari buat mende2 yg x baik. namun, keadilan kepada mangsa  tetap harus diteguhkan. x mau pr strategy jd kes senyap. namun, perkara yg baik teruskan dan tambahkan.
Quote Kitty_catz 7-12-2021 01:38 PM
gelilah nengok muka si debit ni

harus adengan tumbuk sambal heols bermain2 dipikiran

choiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Quote ivy23 7-12-2021 01:49 PM
Come on lah ebit..virus covid tu merata dunia ada termasuk Brazil..bukan kat Malaysia je..ebit ni merata pergi siap dia ajak orang peluk dia..bukan orang tu yang mintak..orang tu muka dah ackward tapi buat jugak sebab depan kamera....banyak twist cerita betul ebit sorang ni..
Quote rbmy 7-12-2021 02:06 PM
tentang ebit.semua tutup mata
Quote haruslah 7-12-2021 03:45 PM
"skrang2 nye dia lgi bnyk buat pahala dri kau.. dosa dia pon tak sbrpe nk dbndgkn dgn dosa kau.. apa phala kau lgi bnyk dri ust ebit k? Ust pon mnusia buat dosa, lntak dia la.. phla dia dh bnyk.."

Usop
Quote sepiITUindah 7-12-2021 04:11 PM
pas ni gi semaru lak ustaz
Quote TeropongThaico 7-12-2021 07:30 PM
Itu ke ketua gangsternya...

Pelik gak, dia ni dpt vaksin atau mkn ubat apa ya.. Ke sana sini peluk org tu org ni tapi covid pun tak berani hinggap. Org lain dgn booster pun ada yg kena covid ni. Ke covid pun syayang dia
Quote kerunai 7-12-2021 07:36 PM
Allah shayam takpe..

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.097467 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top