CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Da'i Syed Warnakan Rambut Perang Untuk Jadi Lebih Yakin

7-12-2021 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7084| Komen: 87

enimbulkan banyak persoalan mengenai penampilannya yang kini berambut perang, pendakwah muda dan penyanyi, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 26, memberi alasan bahawa dirinya cuma mahu tampil lebih yakin di khalayak ramai.


Menurut Syed, keputusan untuk mewarnakan rambut dan mengubah imej itu telah dibuat olehnya sejak tahun lepas setelah dirinya dilanda pelbagai musibah.

Foto: Utusan


“Saya akui mewarnakan rambut dengan menggunakan inai. Sebenarnya, saya buat ini ketika diri dilanda dengan segala musibah yang berlaku pada tahun lepas. Saya jadi tak yakin nak jumpa dengan orang.

“Bila saya perangkan rambut ini, ubah sikit imej dan penampilan, adalah rasa yakin sikit. Tak salah pun sebab saya pakai inai, bukan guna produk yang menghalang air atau yang menyukarkan saya untuk berwuduk atau mandi wajib,” katanya.



Syed berkata demikian semasa ditemui pada majlis pelancaran produk gincu BlackRevfa daripada MERVE Cosmetics Malaysia yang diadakan di Sky Glass, Sky Park, di sini semalam.

Ia juga bagi mengulas mengenai pertanyaan warganet dan orang ramai mengenai imej terbaru Syed itu yang dianggap tidak bersesuaian kerana dia juga merupakan seorang pendakwah bebas.

Selain itu, kata Syed, dia tidak menolak mungkin akan mengubah lagi penampilannya kepada yang lebih bersesuaian pada masa akan datang sekiranya punya sebab kukuh untuk tujuan itu.



“Contohnya, mungkin saya akan potong rambut pendek jika saya sudah jodoh, siapa tahu bukan? Tapi tentang perkara ini, saya serah pada Allah SWT. Buat masa sekarang, apa yang saya boleh katakan, saya mahu fokus pada keluarga.

“Ramai saja yang tanya saya bila nak kahwin…Contohnya bila saya balik kampung. Tapi, tak apalah, saya mahu fokus pada keluarga dulu.

“Bukan klise…Memanglah saya ada hasrat nak juga kahwin satu hari nanti. InsyaAllah, kalau ada nanti saya beritahu,”katanya.



Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan seni, penyanyi lagu Ya Habib dan Albi Nadak ini memberi bayangan akan hadir dengan lagu terbaru pada awal tahun hadapan.

Katanya, lagu tersebut juga akan dihadirkan dalam bahasa Arab sementelah dia selesa membawa genre muzik seperti itu.



“Bukan tak nak bawa lagu bahasa Melayu, tapi saya nak buat apa yang saya rasa selesa dan suka. Kalau buat lagu bahasa Arab pun tiada salahnya. Manfaatnya, boleh tarik pendengar untuk menyukai bahasa Arab dan sebagainya.

“Saya tahu, adakala radio pun tak mainkan lagu saya sebab faktor ini. Tapi saya tak nak ikut apa yang radio mahu. Namun, dalam masa yang sama, saya berharap agar radio juga boleh memberi kelonggaran untuk memainkan lagu-lagu seperti ini,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 7-12-2021 06:04 PM
warnakan rambut pakai inai tu no problem.... tapi masalahnyaaa haukkk dan kepam dikkk...hidung macam buah jambu batu yang di jual dekat RNR alor pongsu...
warna rambut macamtu lagi la kebetulan macam warna bulu orang utan
dah rhoperrr iras2 beruk salji


yang video dok bersilat dekat atas tu macam persembahan iols pernah tengok dulu... persembahan tu dekat zoo negara .. pandai pelatih tu suruh orang utan tu buat persembahan sedemikian... siap ada burung kakak tua pandai mengira... agitteww sekian...

Quote Samerosie 7-12-2021 06:55 PM
Pakai inai ye.. mmm kuatipu jugak mamat ni.
Quote airmineral 7-12-2021 06:59 PM
1x tgk mcm sun wukong
2x tgk pun masih mcm sun wukong
maafkan i ye
u xsesuai kaler rambut
Quote kiah_mai_pulak 7-12-2021 07:01 PM
luar tabii pun dia boleh buat, apa lah sgt warnakn rmbut tu
Quote Minami2013 7-12-2021 07:04 PM
Sorry to say.. si penunggang agama
Quote 3chanceno 7-12-2021 07:04 PM
Sapalah kesah ko nak warnakan rambut apa segala

Bila naik mahkamah jangan berlagak hensem pulak

Quote dudaberhias 7-12-2021 07:06 PM
airmineral replied at 7-12-2021 06:59 PM
1x tgk mcm sun wukong
2x tgk pun masih mcm sun wukong
maafkan i ye

San Wukong versi Melayu kot
Kebetulan sama2 spesis monyet...
Quote ninnamina 7-12-2021 07:07 PM
Mesti rasa dah habis hensem dah tu warnakan rambut
Quote Ferr_Remy 7-12-2021 07:25 PM
Samerosie: Pakai inai ye.. mmm kuatipu ju ...


Kan.. Tgk kaler cam bukan inai jer. Propah agaknyer. Hahaha
Quote mizzmimi 7-12-2021 07:29 PM
Journey to the West.. Bersama Monkey King
Quote Katanya 7-12-2021 08:09 PM
Geliiiiiiiiiiiiiiii
Quote Fazzbulous 7-12-2021 08:16 PM
buang la title dai tu..tak layak..tolonglah..
Quote jerukkedondong 7-12-2021 08:21 PM
Kau kepam dik walo apa pun kaler wambutmu
Quote jejarihalus 7-12-2021 08:21 PM
Pakai inai boleh jadi ke....Aku pakai inai X jadi pun gitu
Quote laksmanabentan 7-12-2021 08:24 PM
jejarihalus replied at 7-12-2021 08:21 PM
Pakai inai boleh jadi ke....Aku pakai inai X jadi pun gitu

hahahaha...
mana nak jadi kalau makan inaiii...
harus bleaching dulu then pakai inaii....

semoga berjodoh dengan si joy tuh...
sesuai da sgt...

Quote slyfynx 7-12-2021 08:26 PM
Eh, inai kt rambut itam mmg x la kaler cenggitu.
Nak nipu pun biarla bijak
Quote fazila17 7-12-2021 08:30 PM
Dah2 la pakai gelaran da’i tu. Tak sesuaiiiii
Quote Fly_over 7-12-2021 08:37 PM
jambang heshe tanam ke? tak mcm jambang. mcm muka berbulu
Quote cashewnut 7-12-2021 08:46 PM
Korang memang kelakar bagi komen. Semua betul kena tepat pulak tu. Geli hati aku baca.

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.169905 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top