Tular di Twitter mengenai tikus berkeliaran di kedai makan Teppanyaki, pusat membeli belah terkenal ibu kota, Pavilion. Pengguna Twitter @Azwinshafinaz dalam ciapannya berkongsi tangkap layar Instastory Sarah Shimmers berkenaan kehadiran tikus di kedai makan terkenal dan berada di dalam pusat membeli-belah terkemuka itu. Berdasarkan perkongsian itu, Sarah memaklumkan pekerja di premis berkenaan mengenai tikus tersebut. Malangnya, pekerja terbabit tidak mengendahkannya. Sarah berasa kecewa kerana sewajarnya pekerja premis itu melakukan sesuatu apabila melihat kehadiran haiwan perosak berkenaan. Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warga maya yang berharap pihak pengurusan dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan agar kedai itu membersihkan kawasan premis mereka. Ini kerana kehadiran tikus adalah sangat berbahaya. Ia boleh mengakibatkan penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis yang boleh membawa maut. - CARI
|
Thunderclouds replied at 9-12-2021 12:34 PM
I dok lam gua. Xpenah masuk pavilion. Last mkn kt teppanyaki wayyyyy back early 2000 d ...
ADVERTISEMENT