|
Oleh Adib Za Akibat sering mencuri pakaian dalam wanita, seorang lelaki di bandar Linyi, China ditahan polis.
Lelaki yang berusia 44 tahun itu, Liang didapati ketagihan meramas dan mencium pakaian dalam wanita, selain telah mengumpul lebih 150 pasang pakaian dalam itu di biliknya. Penangkapan ini adalah susulan siasatan yang dilakukan oleh pihak polis apabila kelakuannya mencuri pakaian dalam wanita dirakam di sebuah kedai. Rakaman itu jelas menunjukkan Liang sengaja mengambil pakaian dalam yang dijemur di luar kedai sebelum bergegas melarikan diri.
Mengakui telah mula mencuri pakaian dalam wanita sejak 3 tahun lalu, Liang juga mengatakan dia tidak dapat tidur tanpa meramas dan mencium seluar dalam yang dicurinya. Walaupun tidak menyebabkan kerugian wang yang banyak di kalangan mangsa, namun perbuatan tersebut membuatkan kaum wanita berasa trauma dan ketakutan. - CARI Infonet |




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.193610 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.