Apa kejadah semua ini, biasa dengar kan ayat tu suatu ketika dahulu. Selayaknya ayat ini digunakan untuk satu salon di Rusia yang menawarkan perkhidmatan gunting rambut secara bogel.
Dengan berbekal hanya £50, atau kira-kira RM293 anda mampu mendapatkan tukang gunting rambut bogel yang akan menggunting rambut anda.
Biasanya kan, jika ke kedai gunting rambut, ramai yang terlentok kerana bosan dengan pemandangan sekeliling, nak-nak jika mamak yang potong rambut. Namun, di salon ini LadyLista jamin mungkin ada yang tak berkelip melihat pemandangan sekeliling.
Sehinggakan pengunjung beratur panjang semata-mata ingin mendapatkan khidmat yang 'rare' ini.
Masalah salon di Rusia ini pula, ia terletak disebelah pusat penjagaan kanak-kanak yang membahayakan kanak-kanak untuk keluar bermain di taman permainan. Bayangkan, kerana ramai pengunjung yang mabuk ingin mendapatkan khidmat 'gunting rambut' ini, mereka tersalah masuk ke pusat penjagaan kanak-kanak tersebut.
Polis yang membuat penyamaran ke dalam salon itu terkejut kerana dengan hanya tambahan £100 lagi, pelanggan boleh sama berbogel ketika rambut dipotong.
Pemilik kedai bagaimanapun menafikan, mereka menjalankan perniagaan pelacuran, namun hasil rakaman yang dibuat oleh polis, mendapati pelayan kedai memberinya pilihan untuk perkhidmatan lebih daripada sekadar gunting rambut dengan bayaran £400. -LadyLista.
sumber: metro.uk
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|