Oleh Adib Za
Amat mendukacitakan apabila berita hari ini melaporkan penutupan empat buah majalah yang bukan calang-calang bagi masyarakat negara ini.
Memetik laporan Mstar online, antara majalah tersebut ialah Jelita dan Anjung Seri yang merupakan terbitan Berita Publishing. Ia bukan sahaja memberi tamparan hebat buat penggemar majalah terbitan negara, malah industri itu sendiri. Sebelum ini, pada pertengahan tahun, majalah LISA juga mengumumkan penutupannya dengan edisi "bingkisan terakhir" majalah itu. Persoalannya benarkan GST menjadi penyumbang utama kejatuhan jualan majalah-majalah ini (seperti yang dilaporkan) atau trend berubah di kalangan masyarakat itu sendiri?
Jika dahulu, tahun 80-an, 90-an masih belum meluas penggunaan komputer dan internet, masyarakat sangguh berhabisan membeli pelbagai jenis bahan bacaan seperti majalah, buku dan akhbar. Malah, koleksi majalah misalnya, bukan sesuatu yang asing bagi kaum wanita terutamanya. Namun, itu dahulu. Jika lihat pada trend sekarang, adakah mereka ini masih membeli bahan bacaan sebagai terapi merehatkan minda dan menambahkan pengetahuan? Majalah kini dilihat perlu bersaing dengan gajet dan juga perisian yang memberikan sesuatu yang lebih segera dan segar kepada pengguna. Begitu juga dengan jualan akhbar, kesemuanya semakin menurun berbanding 10 hingga 15 tahun yang lalu. Memetik laporan The Wall Street Journal, pada awal tahun lalu sahaja jualan majalah telah menurun sebanyak 12 peratus, manakala langganan majalah mengalami penurunan 1.8 peratus. Di Amerika Syarikat, majalah Woman's World walaupun masih mendominasi pasaran, namun ia telah mengalami kejatuhan yang sangat banyak iaitu 16 peratus, menurut portal tersebut. Penurunan jualan majalah ini nampaknya bukan sahaja isu tempatan atau negara, malah ia turut dirasai seluruh dunia. Nampaknya, rugilah generasi kini yang kurangnya membeli bahan bacaan, tidak seperti generasi ibu bapa mereka dahulu. Ya, memang mereka masih boleh mendapatkan info melalui internet, namun mereka tidak dapat merasai satu pengalaman yang berbentuk nostalgia seperti majalah ini. Kita bimbang, berapa banyak lagi bahan bacaan yang bakal berkubur jika masyarakat tidak mahu membaca seperti dahulu. Apa pun, diharapkan suatu hari nanti, sejarah bakal berulang apabila bahan bacaan seperti majalah, buku dan akhbar ini kembali menguasai pasaran. Jangan berhenti daripada membaca. - CARI Infonet |
22
Bagus |
19
Marah |
13
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
amal12bh replied at 2-7-2015 02:09 PM
byk faktor menyumbang majalah sekarang x laku..motip sgt nk salahkan gst semata2..benda tgh hot, itu ...
noraidil_06 replied at 2-7-2015 02:15 PM
dulu fav sgt mjlh jelita.tp nape anjung seri pun bungkus?
straycat replied at 2-7-2015 02:25 PM
Anjung seri macam out of trend. Orang prefer Impiana. Bandingkan je la cover anjung seri dengan im ...
noraidil_06 replied at 2-7-2015 02:28 PM
betul la tu.pastu ditambah plak dgn glam deko.
ADVERTISEMENT