CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Senarai Ular Yang Membaham Makanan Lebih Daripada Kemampuan

8-7-2015 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 13968| Komen: 28

Oleh Fyruz

1. Membaham kambing yang bunting

a99376_snake-eat_1-lamb (1).jpg
Memang ular sawa ini jenis yang percaya diri dengan 'berangan' membaham seekor kambing bunting. Ular ini yang panjangnya 18 kaki mungkin kebulur dan melihat hanya kambing ini sahaja yang mampu mengenyangkannya tanpa ular itu tahu ia menu terakhir hidupnya. kejadian dipercayai berlaku di Kampung Jabor, Terengganu.


2. Menelan landak seberat 13kg
a99376_snake-eat_2-porcupine.jpg
Ular ini juga merupakan spesis yakin dan pasti dengan membunuh landak seberat 13kg ini dapat menghilangkan kelaparannya. akhirnya ular ini mati dan terdampar di tasik Lake Eland Game Reserve di Afrik Selatan. Selepas dibedah siasat, dipercayai ular ini mati akibat menerima beribu sengatan duri landak.

3. Mati menelan Aligator
a99376_snake-eat_3-alligator.jpg
Walaupun percaya diri itu perlu, namun harus kena pada tempatnya. Jangan seperti ular ini yang percaya bukan pada tempatnya. Nasib memang nampak sangat tak menyebelahi ular ini kerana mati sebelum habis menelas aligator ini. Panjang aligator yang cuba ditelan adalah 6 kaki panjang jenis American Alligator.

4. Ular memakan ular yang sedang menikmati makanan
a99376_snake-eat_4-cannibal.jpg
Jika anda lihat sendiri rakamannya, ingatkan ular ini ingin mencuri tikus yang baru diburu oleh ular seekor lagi, namun sebenarnya ular itu sebenarnya yang menjadi mangsa ula lain. Spesis ular ini mampu memakan spesisnya sendiri.

5. Mati selepas menelan lipan
a99376_snake-eat_7-centipede (1).jpg
Ini berlaku pada anak ular dari spesis orok-orok ini. Dengan panjang lebih kurang sama anak ular ini cuba menelan lipan ini. Dan seperti dalam kebanyakan cerita tamil, Lipan pun bangkit dan melawan anak ular ini dalam perut dan akhirnya ular ini mati. Bayangkan sengatan lipan ini mampu mengoyakkan kulit ular ini.

6. Mati selepas menelan selimut elektrik
a99376_snake-eat_8-electric.jpg
Pembedahan terpaksa dijalankan ke atas seekor ular yang tak bernasib baik apabila tertelan ataupun dengan sengaja (tak dapat dipastikan) menelan selimut elektrik yang lengkap dengan wayar dan alat kawasan sekali.Selimut elektrik ini juga bukan lah kecil saiz katil queen. Disebalik cerita bagaimana ular ini boleh menelan selimut ini adalah kerana selimut elektrik ini diletakkan bersama arnab bagi memanaskan arnab, namun arnab telah lari tinggal selimut sahaja. -CARI Infonet.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shanshero 8-7-2015 05:22 PM
cemane ular dan arnab tu boleh sebilik
Quote zameyla 8-7-2015 05:23 PM
haha.....yg tertelan selimut tu lawak.......
Selamat rabbit tu.......
Quote quepastiputeh 8-7-2015 05:25 PM
gile la.. ular baham ular... ko rasa??
Quote miabebe 8-7-2015 06:10 PM
Mia tasangka ulo sawa ni klako ulo nya...
Quote purpledesire 8-7-2015 06:23 PM
hahaa..ular tertelan selimut..selimut elektrik plak tu..huhuu
Quote kuzaime 8-7-2015 08:24 PM
konfiden telan landakk..
Quote katewilma 8-7-2015 08:45 PM
Hahahaha anak ular nk telan lipan.. hahaha #kongdifen
Quote ipes2 8-7-2015 09:14 PM
kita selalu tertanya Tanya kan, macam mana ular ni boleh telan orang, telan tikus, telan kambing etc etc.. padahal semau ni boleh lari laju kemain.. pendek kata ular tu takleh kejar lah..
.. tapi sebenarnya, reflex ular sawa ni is really quick, u memang tak sempat nak lari punye bila dia dok tunggu u senyap senyap.

kan ada berita kat mane dah yg 4 org lelaki lari panjat pokok terdekat sebb ular sawa sudah tangkap dan telan membe depa dan dok tunggu kat bawah pokok... ie depa dah sempat tengok betapa cepat ular tu serang member depa tu yg depa stayed atas pokok more than 24hrs.

also makin binatang meronta, makin kuat ikatan muscles dia, also almost reflex jugak rasnya (sila check this fact)..
begitulah. Sekian terima kasih
Quote katewilma 8-7-2015 10:14 PM
Thanks @ipes2.. ular nmpk pelahan tp laju sbnrnyr..
Quote nist02 8-7-2015 10:18 PM
Tiap mahluk ciptaan Allah pasti ada kelemahannya....
Quote nur_fiza 8-7-2015 11:28 PM
STONER replied at 8-7-2015 10:44 PM
kat kampung abg dulu.. ular telan myvi dik

ha? telan myvi? keta myvi tu? mcm tipu je..
Quote nur_fiza 8-7-2015 11:30 PM
yeke telan myvi? tipu la.
Quote tungkai 9-7-2015 12:11 AM
Mungkin lawak ular yang telan selimut tu tp bila tengok balik aku syak sebab kelaparan...
Quote Suchi 9-7-2015 07:05 AM
jaatnya ulor ni
siap mkn kambin tgh ngandung
kejamnyaaaa
Quote nicuya 9-7-2015 10:04 AM
kipidap n dongibab
Quote idadzira 9-7-2015 10:54 AM
ular ooo ular
Quote kanaganpilley 9-7-2015 11:33 AM
ayoooo yuularrr...
Quote Artemesiaa 9-7-2015 11:52 AM
Makanan yang mengakibatkan ia terbunuh
Quote nizamjogja 9-7-2015 11:54 AM
Ular tak pernah pakai baju ha ha ha

Lihat semua komen(28)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.174858 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top