CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Iklan Raya Tanpa Yasmin Ahmad

14-7-2015 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11028| Komen: 8|Original author: CARI-LTS


Oleh : LOO TUNG SEANG
Artikel Diterbitkan : 14 Julai 2015


Yasmin Ahmad, seorang pengarah dan penulis skrip yang terkenal dan mempunyai ramai peminat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Semua filem dan iklan yang dihasil olehnya pasti memberi kesan yang mendalam buat setiap orang yang menontonnya. Yang paling digemari oleh masyarakat adalah iklan Petronas untuk setiap perayaan. Kita semua bukan sahaja pernah menonton, malah tidak sabar menanti tayangannya di televisyen.


Namun, siapa sangka pada tahun 2009 kita kehilangannya.

Yasmin sering memupuk semangat keharmonian antara kaum, karyanya menjangkaui batasan dan perbezaan budaya melalui pendekatan yang lucu, berinspirasi dan penuh kasih sayang. Walaupun negara kita mempunyai pelbagai kaum yang berbeza budaya dan latar belakang, tapi setiap tahun kita semua meraikan setiap perayaan bersama-sama di tanah bertuah ini.


Untuk Hari Raya kali ini, mari kita meneruskan perasaan kasih sayang yang disemai oleh Yasmin Ahmad sebelum ini.



2008 - Mak Ok Tak
Bagi kita yang sudah dewasa, sering kali dan menjadi kebiasaan kita akan mengatakan kita 'sangat sibuk, tidak ada masa lapang balik rumah', sehinggakan ada kala kita akan membawa balik kerja kita ke kampung halaman, langsung tiada masa bersama ahli keluarga yang tersayang. Namun, mak kita sering akan beritahu kepada kita, "Tak Apa, Mak Ok."




2007 - Murai
Pada masa kecil, ayah kita biasanya akan mengajar kita setiap perkataan dan setiap sebutan dengan penuh kesabaran, tapi setelah kita membesar, adakah kita juga mempunyai kesabaran yang sama sembang dengan ayah kita yang sudah tua? 'Burung Murai' dalam filem tersebut memperlihatkan keagungan kasih sayang seorang ayah.




2006 - Plastic Bowl
Seorang ayah yang sedang sakit, masihkah anda berkeinginan untuk menjaganya? Bersedia tak anda menguruskan segala rutin hariannya? Dalam filem tersebut, sepasang suami isteri melarang ayahnya makan bersama mereka di meja disebabkan bahagian tangan ayahnya mengalami masalah bergetar, akibatnya banyak pinggan mangkuk jatuh pecah di atas lantai, jadi mereka pun membeli pingan mangkuk plastik buat ayahnya.  


Akan tetapi, pernah tak kita memikirkan, mana tahu satu hari anak kita juga berbuat sedemikian terhadap kita...




2005 - Maya
Seorang anak gadis dari masa kecil sampai ke dewasa, setiap kali mencapai kejayaan, dia akan memperolehi hadiah daripada ayahnya. Tetapi suatu hari dia ternampak seorang pemuda mandikan ayahnya yang buta, anak gadis itu berfikir dalam hatinya, pemuda tersebut tidak akan memperolehi sebarang hadiah atau balasan, tetapi kenapa dia masih nak menjaga ayahnya? Sejak hari itu, dunia anak gadis itu mengalami perubahan...




2004 - Dead Heroes
Pada tahun 2004, sambutan Hari Raya dengan Deepavali adalah pada bulan yang sama, jadi iklan yang dihasilkan ketika itu mengabungkan kedua-dua perayaan tersebut dengan membawa konsep walaupun negara kita terdiri daripada berbilang kaum, tetapi kita semua boleh meraikannya bersama-sama dan menjalankan kehidupan bersama-sama.




YASMIN AHMAD ( 7hb Januari 1958 - 25hb Julai 2009 )

Hasil Karya filemnya : 
Rabun - 2003
Sepet - 2004
Gubra - 2006
Mukhsin - 2007
Muallaf - 2008
Talenttime - 2009
 

CARI Infonet
15

Bagus
25

Marah
10

Terkejut
27

Sedih
17

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 14-7-2015 05:49 PM
yer...kehilangan besar...Alfatihah

tapi aku rasa ramai lagi yg berbakat cuma perlu digilap n diberi peluang
Quote mizsela 14-7-2015 08:48 PM
karya yasmin ahmad..menusuk jiwa
Quote silampumeja 14-7-2015 11:58 PM
Oh suka sepet tu...siap parasan orkid n his darling mase becinta ngan ex dulu....
Quote starbee 15-7-2015 11:19 AM
karya yasmin ahmad memang mendalam.. satu kehilangan besar...
Quote fuyupoktek 15-7-2015 01:30 PM
Lahai byk lg org lain yg berbakat dan boleh dicungkil
Quote isteri_ayil 15-7-2015 03:54 PM
ramai yg berbakat, tapi tak standing Yasmin Ahmad...  Muak betul aku nengok iklan raya media prima tu.... fake belaka..
Quote makton 20-7-2015 07:45 AM
Ohemji!!

iqram & fahrin dulu2 selebet je.. tp maintain hensem.

iklan yasmin & petronas x dpt dipisahkan.. sgt best!
Quote Rhyno 25-7-2015 04:23 PM
[center][/center]
[center]Sufieriors
Kelab Peminat Sufie Rashid
[/center]


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048754 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top