CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Larangan ‘Couple Seat’ Untuk Pasangan Bukan Muhrim

22-7-2015 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 16726| Komen: 137


sumber foto : http://uf.cari.com.my/



Pawagam Lotus Five Star Cinemas (LFS) mengambil langkah mempamerkan notis larangan penggunaan kerusi berkembar atau "couple seat" bagi pasangan bukan muhrim dan yang belum berkahwin.


Pawagam yang terletak di Seri Iskandar itu mengeluarkan notis berkenaan atas arahan dari pihak pengurusan pawagam atas nasihat dari Majlis Daerah Perak Tengah dan telah mula berkuatkuasa sejak pawagam tersebut mula beroperasi dua tahun lalu.


Menurut satu laporan dari laman Portal Perak News, pawagam tersebut adalah satu-satunya pawagan di kawasan tersebut dan pengunjungnya adalah mereka dari sekitar daerah Perak Tengah.


Memandangkan Seri Iskandar menjadi kawasan tumpuan golongan generasi Y berikutan bandar itu menempatkan institusi pengajian tinggi, tidak hairanlah pawagam itu menjadi tempat untuk pelajar-pelajar mendapatkan hiburan.


Pawagam LFS mempunyai 12 kerusi berkembar dan tujuh bilik pawagam.


Rata-rata pasangan yang sudah berkahwin ketika ditemui berkata ia(notis larangan) adalah langkah yang terbaik bagi mengekang gejala sosial dari berleluasa dalam kalangan generasi muda.


Lain pula bagi golongan belia, ramai dari mereka yang menyifatkan tindakan itu tidak wajar.


"Bagi golongan belia, ramai yang berkata ianya tidak wajar dan pengunjung wajar diberikan kebebasan dalam menilai tingkah laku dan berfikir secara matang.", kata laporan terbabit.


Mengulas perkara terbabit, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahukan operasi panggung wayang dikaji semula kerana ia merupakan satu bentuk maksiat yang merosakkan akidah.


"Panggung wayang itu sendiri sudah maksiat, apakah lagi duduk di kerusi bersama itu menggalakkan orang untuk buat maksiat di dalam panggung.


"Sepatutnya tidak perlu diberi lesen, mereka bukan hendak tengok wayang tetapi mahu beromen di dalam itu," katanya ketika dihubungi.








19

Bagus
29

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
14

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote becir 21-7-2015 12:51 PM
Taliban wins yo..
Quote 2bz 21-7-2015 01:02 PM
Akibat takutkan bayang bayang, kerusi pun mampu mengugat akidah. PPRT sungguh tahap pemikiran ini. Melentur buluh biar dari rebung. Kalau didikan ugama sempurna, pi letak sofa pun tak jadi masalah.
Quote gekkou 21-7-2015 01:04 PM
macam mana dia nk detect?
time beli tiket kah?
time nk masuk kah?
time dah duduk kah?

Quote bluehedgehog 21-7-2015 01:05 PM
eleh...byk yg naik motor picit2 je awat x sound?
Quote miabebe 21-7-2015 01:10 PM
Nk couple seat kene bw kad/sijil nikah eyh gitu??
Quote bellaa 21-7-2015 01:10 PM
ada dah praktik kat wayang area sri iskandar.

maybe kena tunjuk kad nikah dulu. baru leh bookin kapel seat.
Quote axl_bach 21-7-2015 01:31 PM
pencegahan yg bagus......
Quote Oxy 21-7-2015 01:33 PM
Bagus lah,

Ada yang butthurt ke
Quote Badut.Sarkas 21-7-2015 01:33 PM
Apsal tak haramkan terus tengok wayang? Baru la rasa taliban.. ummah pasti suka
Quote famri7 21-7-2015 01:34 PM
Edited by famri7 at 21-7-2015 06:20 AM

Gigeh la nk single seat dalam cinema,bus,flight,train,van ..semua lah sis yang x syaariah compliance...selama inni kita berdosa lah sis? Ya allah ampunilah kami.
Quote umisha 21-7-2015 01:35 PM
sejak bersuami baru sekali tengok wayang.
itu pun anak2 yg ajak.....
Quote lurve82 21-7-2015 01:36 PM
hakak xpernah berkapel seat dgn bapak gula hakak...skrg ni rasa nk gedik2 berkapel seat pulak la...tp xde citer best kat wayg skrg...sendu sgt....
Quote harkktuih 21-7-2015 01:36 PM
mungkin pasni lelaki dok skali kat kapel seat pun xleh..
Quote Maideen. 21-7-2015 01:37 PM
Isle menang lagi!

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Quote alieyrina 21-7-2015 01:42 PM
Bagus jugak.aku ok jah..kalau x mau tu xpyhla tgk kat situ...tempat len byk lg cinemas
Quote ajinomotonosuga 21-7-2015 01:47 PM
kalo yang mai booking kapel seat tu bukan orang islam, macam mana?
Quote ajinomotonosuga 21-7-2015 01:50 PM
salah istilah muhrim tu laaa alien.. MAHRAM

muhrim tu oang pakai kat mekah tuh..ihram tuh

mahram ialah kelompok yang haram di nikahi..macam abang dan adik pompuan..so depa dua ni mahram

kalo abang tu dan nora danish..itu baru bukan mahram..depa dua boleh nikah nora dan abang tuh

tu aku tanya, kalo pasangan tu bukan oran islam..macam mana?

kalo di benarkan makna peraturan tu tak adil, oang bukan islam boleh berpasangan dan duduk sesama 1 kosi pun

tapi orang islam tak boleh..so nanti kene denda dan jadi miskin oang islam gak

dah ler miskin, bodoh lepeh tu wat peraturan bodoh.saling membodohkan..pasai pa oang islam mesia bodoh?
Quote Maideen. 21-7-2015 01:57 PM
ajinomotonosuga replied at 21-7-2015 01:50 PM
salah istilah muhrim tu laaa alien.. MAHRAM

muhrim tu oang pakai kat mekah tuh..ihram tuh

Orang bukan Islam tak apa aji sebab depa bukannya jenis yang bila duduk sebelah sebelah terus nak bermukah.....

Wallahualam.
Quote white_musk 21-7-2015 02:03 PM
Maideen. replied at 21-7-2015 01:57 PM
Orang bukan Islam tak apa aji sebab depa bukannya jenis yang bila duduk sebelah sebelah terus nak  ...

kenapa orang islam duduk seblah menyebelah lelaki perempuan nak bermukah?
kan ajaran islam dah ajar jangan bermukah... yang duduk couple seat tu mengikut ajaran islam atau tidak?
orang bukan islam yang nampaknya ikut ajaran islam

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.060039 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top