Oleh Adib Za Bukan mudah untuk menguruskan anak kecil ketika bercuti terutama bagi mereka yang pertama kali memilikinya.
Ini yang terjadi kepada pasangan selebriti Scha Al-Yahya dan Awal ketika bercuti di Eropah baru-baru ini. Mengakui situasi bertukar menjadi agak 'mencabar' tanpa pembantu rumah ketika bercuti, Scha berkata, “Sebenarnya saya tidak mahu bawa Lara bercuti bersama kami, tetapi Awal pula tidak sampai hati. Ini kali pertama kami bercuti dengan anak tanpa pembantu rumah dan keadaan kami menjadi kucar kacir. Mana nak jaga anak, nak jaga beg luggage lagi”
“Tak sangka ia menjadi satu pengalaman yang sangat sukar. Memang serik dibuatnya. Untuk percutian akan datang, saya akan pastikan membawa pembantu rumah bersama atau sesiapa sahaja agar memudahkan pergerakan,” ujarnya menerusi portal Mstar Online. Begitulah yang dilalui oleh pasangan ini dalam menguruskan anak kecil mereka Lara Alana yang mungkin belum biasa dan selesa dengan situasi ketika di luar negara. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya ia boleh mengajar Scha dan Awal bagaimana menguruskan sikap dan emosi si kecil dengan lebih mahir selepas ini. Bukan begitu? - CARI Infonet |
11
Bagus |
7
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Mana nak jaga anak, nak jaga beg luggage lagi”
PulutDereyan replied at 22-7-2015 12:30 PM
meols sorang penah bwk anak bercuti..
galas backpack besar.. tangan pegang anak dua belah.. rsa ok ...
ADVERTISEMENT