CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bas terbabas: Seorang kanak-kanak maut, 6 cedera parah

20-6-2013 05:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5861| Komen: 30

KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut, manakala enam lagi cedera parah apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terbalik di Km 364 Jalan Raub-Bentong, dekat Raub, awal hari ini.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, bas ekspress yang dinaiki 19 penumpang itu dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Samsuddin Wan Wan Osman berkata kanak-kanak lelaki berkenaan, Muhammad Busam Suhaiming mati ketika dirawat di Hospital Raub akibat cedera parah di kepala dan badan.
"Enam lagi cedera parah termasuk pemandu kedua bas berkenaan berumur 53 tahun," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Dalam kejadian itu bas berkenaan dipandu seorang lagi pemandu berusia 40an, dan dipercayai pemandu berkenaan mengantuk menyebabkan bas berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di laluan bertentangan.

Dalam kejadian itu, enam lagi penumpang bas berkenaan turut cedera ringan.
"Mereka yang cedera parah kini dirawat di Hospital Temerloh (tiga mangsa), dan tiga lagi di Hospital Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata mangsa yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raub.
"Pihak polis telah melakukan ujian air kencing, ujian darah dan ujian alkohol ke atas pemandu terbabit," katanya.
Katanya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hiasan 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote botolmineral 20-6-2013 04:00 PM
pasrah ke parah...

Quote cef_gango 20-6-2013 04:02 PM
botolmineral posted on 20-6-2013 04:00 PM
pasrah ke parah...

pasrah cita ni kan?



salah da.. hehe
Quote azharuchan 20-6-2013 04:02 PM
pasrah itu redho...
Quote ikanmasin 20-6-2013 04:12 PM
6 org pasrah..bukan parah ke..sila betul kan ejaan anda...
Quote Al-Patih 20-6-2013 04:25 PM
hamid jendol ...mano dia aaahhhhh
Quote ogata 20-6-2013 04:25 PM
pasrah sebab apa?
Quote lipans 20-6-2013 04:28 PM
pasrah je la...
Quote mrdone 20-6-2013 04:32 PM
parah ler nie                                                                                 
Quote psychobubble 20-6-2013 04:51 PM
pasrah menghadapi kemalangan?
Quote MistrezHermanaz 20-6-2013 04:58 PM
knp yg lagi 6 tu berpasrah je..
Quote kenarikelabu 20-6-2013 05:12 PM
Pasrah pe kebende nih??? kok Parah logik gakk
Quote lolipopmanish 20-6-2013 05:13 PM
6 pasrah????
Quote MistrezHermanaz 20-6-2013 05:17 PM
rasenye mcm ni,sorg maut,6 cedera parah,6 lagi pasrah sbb bende dh jd kn,terima je la ketentuan tuhan..rasenye laaa
Quote chandrahusin 20-6-2013 05:23 PM
Innalillah
Quote Vokuro 20-6-2013 05:28 PM
kenapa yg sorang lagi pasrah?
pasrah dengan ketentuan elohem?
Quote Firaaz 20-6-2013 05:48 PM
6 pasrah.. nama kelas kot
Quote solstice 20-6-2013 06:07 PM
Innalillah

BN bangsat x nak buat highway KL - KB sbb Kelantan pembangkang
Dah berapa org maut sbb jalan teruk

Penang pulak boleh spend jota2 buat 2nd bridge sbb nak tarik pengundi Cina
Quote kakiputaralam 21-6-2013 06:43 AM
6 urang itu pasrah@redha dengan kemalangan terbabit

Quote harimau76 21-6-2013 06:49 AM
kesian kat budak 3 tahun tu...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.075690 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top