CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Menghadap Agong, Kabinet Bakal Dirombak?

28-7-2015 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 49726| Komen: 615


Oleh : Dean BZ


Desas desus mengenai rombakan Kabinet telah hangat diperkatakan sebelum ini dan dijangka berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri.

Memetik laporan Utusan Online bertarikh 27 Julai 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat, yang pertama sejak dibentuk pada 2013.

Beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu.

Lapor akhbar itu lagi, antara menteri yang disebut-sebut terlibat dalam rombakan itu ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang akan diberi tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Beliau yang baru dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) dikatakan bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang bertukar potfolio lain.

Seorang lagi pemimpin dari Sabah akan dilantik menganggotai Kabinet. Bagaimanapun potfolio beliau masih belum dapat dipastikan. Seorang timbalan menteri juga disebut-sebut akan dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh dan sekurang-kurangnya dua muka baharu dilantik sebagai timbalan menteri.

Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Perdana Menteri semasa dihubungi bagi mengulas khabar angin rombakan Kabinet menjelaskan; “Spekulasi tetap spekulasi, akhirnya Perdana Menteri yang akan membuat penentuan,”

Status Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun tidak pula dilaporkan dalam akhbar milik UMNO itu.
Timbalan Perdana Menteri kebelakangan ini dikatakan sering memberi komen yang mungkin tidak sependapat dengan Perdana Menteri dan beberapa ahli-ahli UMNO.

Najib mungkin bakal melakukan perubahan drastik atau lebih banyak kejutan besar bakal dilakukan. Tindakan ini jelas dapat dilihat bagi memastikan pasukan baru itu benar-benar menyokong beliau disaat-saat getir ketika berdepan pelbagai krisis, terutamanya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - CARI Infonet.



27

Bagus
16

Marah
17

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 28-7-2015 10:06 AM
too good to be true
Quote chinta89 28-7-2015 10:10 AM
sape yg tak ngan ngn bang jibby bersiap sedialahhhhhh
Quote nirman 28-7-2015 10:19 AM


Prime Minister Najib Abdul Razak is reported to have met the Yang di-Pertuan Agong to present his new cabinet line-up.

Umno-mouthpiece Utusan Malaysia Online reported just after midnight that details of the reshuffle would be announced soon.

There is speculation that it may be as soon as this afternoon.

Also today, The Malaysian Insider reports that Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, who has vocally criticised Najib's handling of 1MDB, may not survive the reshuffle.

The portal speculates that Home Minister Ahmad Zahid Hamidi (photo) will take over as the new deputy prime minister.

Zahid is also expected to retain his Home Ministry portfolio, The Malaysian Insider adds.

According to Utusan Online, among the other changes are Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Abdul Rahman Dahlan taking over as communications and multimedia minister, to reflect his new position as the new BN strategic communications director.

G Palanivel's spot in the cabinet as natural resources and environment minister may also be vacated pending the outcome of MIC's party re-elections in September.

The Umno-owned media also reported that a deputy minister would be promoted to a full minister, with two newcomers being made deputy ministers.

Zahid tasked with wooing rural Malays?

Asked to confirm the reports of a cabinet reshuffle, a source close to Najib said: "Speculation is still speculation. In the end, the prime minister will decide."

Other speculations on the reshuffle include Home Minister Ahmad Zahid Hamidi taking over the Rural and Regional Development Ministry, with his task being to shore up support from rural Malays.

It is believed that the current minister, Mohd Shafie Apdal (photo) will be demoted to the Prime Minister's Department.

The possible reshuffle comes as discontent towards Najib builds following exposes alleging that RM2.6 billion had been deposited into his personal accounts.

Muhyiddin has said that Umno and BN would lose if the next general election is held soon.

Najib previously reshuffled the cabinet in June last year, to make room for five MCA leaders and Gerakan president Mah Siew Keong.

The move bloated Najib's already large cabinet to 35 full ministers, including the prime minister and deputy prime minister, and 27 deputy ministers.
Quote nirman 28-7-2015 10:20 AM
The  internal UMNO war is on!
Quote Anak_Nogori 28-7-2015 10:20 AM
Najib ngadap agung pun semalam tidak ada yg tahu..malah tidak ada mana media mahupun org BN termasuk pemimpin2 UMNO yg tidak senada dgn Najib pun sedar..ianya dibuat dgn begitu rapi oleh najib.

Quote leylapple 28-7-2015 10:26 AM
Anak_Nogori replied at 28-7-2015 10:20 AM
Najib ngadap agung pun semalam tidak ada yg tahu..malah tidak ada mana media mahupun org BN termasuk ...

byk benda yang najib buat org tidak tahu....

hanya dia dan beberapa org jer yang tau....

pelik betul seorang PM buat keja sendiri2 sahaja... dia nie PM ker apa?
Quote Anak_Nogori 28-7-2015 10:30 AM
KJ dikhabarkan akan dipindahkan...tidak menyumbang pun pada kekuatan belia, sukan dan pada UMNO.
Quote Anak_Nogori 28-7-2015 10:31 AM
Shafie afdal yg tidak senada dgn PM pun bakal disingkirkan..seorang muka baru dari sabah akan dilantik sebagai menteri penuh..
Quote Anak_Nogori 28-7-2015 10:32 AM
Sbareery Cheek akan dipindahkan semula ke Belia dan Sukan.
Quote Anak_Nogori 28-7-2015 10:35 AM
Rahman Dahlan bakal dilantik menteri Penerangan multimedia..
Quote Anak_Nogori 28-7-2015 10:36 AM
Edited by Anak_Nogori at 28-7-2015 10:41 AM

Ahmad Maslan bakal dinaikkan pangkat jadi menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), ganti Shafie Afdal.
Quote haruslah 28-7-2015 10:36 AM
Anak_Nogori replied at 28-7-2015 10:32 AM
Sbareery Cheek akan dipindahkan semula ke Belia dan Sukan.

shabery? KBS???? pfttttt

dah xde belia lain ke?
Quote prizadane 28-7-2015 10:38 AM
bestnya drama ni.. hai lah najib!
Quote scorpionkiki 28-7-2015 10:41 AM
leylapple replied at 28-7-2015 10:26 AM
byk benda yang najib buat org tidak tahu....

hanya dia dan beberapa org jer yang tau....

TPM pun tak tau apa yg PM buat.... sedangkan kita yg kerja ni ..ie Timbalan Dekan pun tau semua kerja Dekan...
Quote Anak_Nogori 28-7-2015 10:43 AM
leylapple replied at 28-7-2015 10:26 AM
byk benda yang najib buat org tidak tahu....

hanya dia dan beberapa org jer yang tau....

Dah org keperayaaan dia pun tidak boleh dipercayai, mesyuarat kabinet pun boleh bocor..lebih baik dia buat cara ini...

aaa semua tergamam..semuanya tiba2 hilang jawatan..

padan dgn muka masing2..
Quote Anak_Nogori 28-7-2015 10:44 AM
KJ dipindahkan ke kementerian sumber manusia.
Quote Anak_Nogori 28-7-2015 10:45 AM
Shahidan dan Hassan Malek digugurkan.
Quote leylapple 28-7-2015 10:46 AM
Anak_Nogori replied at 28-7-2015 10:43 AM
Dah org keperayaaan dia pun tidak boleh dipercayai, mesyuarat kabinet pun boleh bocor..lebih baik  ...

org kepercayaan tak blh dipercaya ker PM sendiri yang jenis mmg takleh percaya?


Quote Anak_Nogori 28-7-2015 10:47 AM
Sharil Samad dioffer semula jadi menteri penuh...beliau menolaknya atas faktor usia..beri pada yg muda.

Lihat semua komen(615)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.095450 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top