CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Time Magazine Nasihat Obama Untuk Hindari Najib

29-7-2015 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 9277| Komen: 35

Oleh : Fyruz Hanna

sumber foto: todayonline.com


Time magazine menggariskan 5 sebab mengapa Obama harus menghindari Najib ketika ini. Antara sebab terbesar adalah kerana skandal 1MDB.

Seperti yang dilaporkan Time, pakatan US dan Malaysia dilihat lancar dengan berkembangnya pasaran ekonomi untuk negara Islam moden seperti Malaysia.

"Namun ketika ini, semua berita yang datang dari Malaysia adalah negatif. Selepas terlibat dengan skandal rasual, Najib pada Selasa menyingkirkan Timbalannya.

Antara isu yang dibangkitkan oleh Time Magazine adalah:

1. 1MDB - Apabila Najib dituduh mempunyai kaitan dengan projek 1MDB selepas akaun peribadi Najib menerima 700 juta USD pada Mac 2013.

2. Anwar Ibrahim - Pesaing hebat Najib, Anwar Ibrahim yang dipenjara atas kesalahan sodomi.Pemerhati Hak Asasi manusia berpendapat undang-undang itu adalah lapuk.

3. Shaariibuugiin Altantuyaa - Semasa Najib memegang jawatan Menteri Pertahanan, sejumlah 1.25 billion USD kotrak telah ditandatangan untuk memberi 2 kapal perang dari Perancis. Altantuya sebagai penterjemah untuk memudahkan rundingan mengugut orang kuat Najib, Razak Baginda. Namun, Najib menafikan terlibat dengan semua kegiatan tersebut. 

sumber: time.magazine
19

Bagus
30

Marah
15

Terkejut
20

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lurve82 29-7-2015 10:04 AM
ala...nanti xde kwn nk gi main golf sama2 kat miami...
Quote scorpionkiki 29-7-2015 10:07 AM
Kalau nama dia saja busuk tu tak palah.... ni tarik dgn nama malaysia sekali... bodoh betul najib dan cainya
Quote miabebe 29-7-2015 10:13 AM
Mia stujuk nan posting #3...

I love my mesia...

Vodoh jibby!.!.!...
Maap kn mia...words vomit
Quote amansihat 29-7-2015 10:15 AM
awat nazir razak sonyap je la ni?dah janji apa kat cimb bank?blood is tiker den water..
Quote bluehedgehog 29-7-2015 10:18 AM
amansihat replied at 29-7-2015 10:15 AM
awat nazir razak sonyap je la ni?dah janji apa kat cimb bank?blood is tiker den water..

baik diam2
nanti mcm kes bos ambank bru tau
Quote abangbikerz 29-7-2015 10:22 AM
bluehedgehog replied at 29-7-2015 10:18 AM
baik diam2
nanti mcm kes bos ambank bru tau

Xkan nak bunuh adik sdri kot. Xtau le kan
Quote naswakaya 29-7-2015 10:25 AM
apa kebaikan yg telah najik buat selama ni ya?
Quote EJALTI 29-7-2015 10:44 AM
Versi BM uolsssss

Majalah Time nasihat Obama elak Najib

9:14AM - 29 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306525



Sebuah artikel yang disiarkan oleh majalah Time semalam menyarankan supaya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengelak bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Mendahului senarai lima sebab untuk Obama berbuat demikian ialah skandal 1MDB.

Menurutnya, semua berita dari Malaysia adalah negatif dan ia menegaskan bahawa Najib memecat timbalan beliau dan peguam negara semalam, yang didakwanya satu tindakan untuk membersihkan pengkritik.

Laporan yang diterbitkan dalam talian itu semalam berkata, Perdana Menteri Britain, David Cameron berdepan tekanan domestik kerana mahu meneruskan lawatan ke Kuala Lumpur minggu ini walaupun kontroversi itu semakin membesar.



Ulasan itu ditulis oleh editor bersekutu majalah Time, Charlie Campbell, dan ditulis sebagai satu senarai yang menyimpulkan setiap satu daripada lima isu yang sepatutnya menjadi alasan untuk mengelakkan bertemu Najib.

Cameron dijadual tiba di Kuala Lumpur esok, manakala Obama dijangka menghadiri Sidang Kemuncak AS-Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur pada akhir bulan November.
Quote kudajantan77 29-7-2015 10:49 AM
Inilah pemimpin yang pernah umum nak hapuskan matrikulasi semasa jadi Menteri Pendidikan dulu ... sejak tu aku tak pecaya Si Dogol ni ...
Quote NAT_11 29-7-2015 10:57 AM
EJALTI replied at 29-7-2015 10:44 AM
Versi BM uolsssss

Majalah Time nasihat Obama elak Najib

Mesti Najib kemaluan besar kalau alih-alih Cambell kensel lawatan
dia ke Malaysia dengan alasan kena selsema bebiri and Obama
pulak cuma antar wakil ke Sidang Kemuncak Asean tu..............
Quote cupin_cipin 29-7-2015 11:17 AM
majalah time ni saje je kan, dengkilah tu kat wsj n teringin gop nak dpt surat dr loyar buruk bijan
tak menang tanganlah loyar buruk bijan nak kena tulis surat kat sokabar2 yahudi yg cemburukan kecemerlangan bijan mentadbir negara
cadangan kandungan surat utk majalah time
- ko tak bg client aku berkawan dgn obama yek
- ko kata client aku guna duit yg dia songlap tru 1mdb untuk spedo obama yek
- aku bg ko masa 14 ari untuk jawab
- p/s ko ada loyer dop kat mesia
Quote stania83 29-7-2015 11:23 AM
ade org cakap, selagi Najib tak sign TPPA selagi tu foreign media akan burukkan Najib.
Quote ultra78 29-7-2015 11:27 AM
Bolehlah lawyer najib hantar surat kat Time magazine pulak


Quote delsmomm 29-7-2015 11:39 AM
semoga najib dpt hidayah utk resign...




Quote krisp 29-7-2015 11:42 AM
scorpionkiki replied at 29-7-2015 10:07 AM
Kalau nama dia saja busuk tu tak palah.... ni tarik dgn nama malaysia sekali... bodoh betul najib da ...

bolehlah kita awardkan dia title BAPAK MEMALUKAN MALAYSIA.  
Quote scorpionkiki 29-7-2015 11:46 AM
stania83 replied at 29-7-2015 11:23 AM
ade org cakap, selagi Najib tak sign TPPA selagi tu foreign media akan burukkan Najib.

Mungkin..... kita kena open minded pasal benda ni.... bukan boleh percaya pun us ni.... tp persoalan yg senang untuk najib jelaskan ialah... adakah duit RM26 ribu juta masuk dlm akaun dia.... a simple yes or no jer kan....
Quote MissNigga 29-7-2015 11:48 AM
Ingatkan ada ancaman besar kalo Obama insists nak jumpa ngan Bijan gak .. ghupernya nak jaga image
Quote malawi6 29-7-2015 11:49 AM
seluruh dunia jijik dengan malaysia
Quote azie.dz 29-7-2015 11:51 AM
ngeh ngeh

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.059686 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top