CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjara Yang Mewah Untuk Pengganas Di Arab Saudi

30-7-2015 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8523| Komen: 13


Oleh : TS LOO



Selain dilengkapi puluhan pengawal bersenjata berat automatik, penjara kawalan amat ketat Al-Hair disifatkan seperti sebuah hotel ‘mewah’ berbanding penjara.

Terletak 40 kilometer di selatan ibu negara, Riyadh, ia penjara terbesar Arab Saudi dan dibina khusus untuk penganas rangkaian Al-Qaeda dan pengganas IS. 


Di sebalik tirai besi tebal, ada pelbagai fasiliti mewah untuk mengurung 1,100 tahanan kes terorisme, termasuk sel lengkap dengan katil ukuran king size, set televisyen, peti sejuk dan bilik mandi selain mesin wang ATM.


Selain Al-Hair,  Menurut Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Nayef  Arab saudi sejak sedekad lalu sudah pun memiliki 4 buah lagi penjara yang sama dengan kawalan maksimum di seluruh negara, tetapi kecil sedikit saiznya.







 


Baru-baru ini, wartawan dibenarkan meninjau kemudahan di setiap penjara mewah terbabit sebagai salah satu strategi kerajaan membimbing tahanan secara penuh berhikmah.


Tidak seperti Guantanamo Bay milik Amerika Syarikat yang menzalimi banduan, Arab Saudi sebaliknya mengurus kebajikan keluarga tahanan teroris itu termasuk menyediakan wang bajet beli makanan, sewa rumah dan yuran sekolah anak.


Bahkan, pihak berkuasa menawarkan belanja hotel penginapan dan pengangkutan untuk anggota keluarga banduan datang dari jauh ke Riyadh bagi menjenguk bapa, suami, abang atau adik lelaki yang dihukum menjadi penghuni Al-Hair.




 


Di dalam kompleks penjara tersebut, ada dibina sebuah hotel sebagai ‘hadiah’ kepada banduan yang berkelakuan baik lengkap dengan hiasan bunga segar, makanan buffet dan ruang khas untuk anak-anak tahanan datang bermain. 


Yang istimewa, bagi banduan yang sudah berkahwin. kerajaan Arab Saudi tetap menyediakan beberapa bilik khas untuk tahanan kumpulan ekstremis itu boleh mendapatkan ‘waktu seks’ bersama pasangan selama lima jam untuk bersetubuh sekali sebulan. - CARI Infonet




11

Bagus
21

Marah
18

Terkejut
16

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lindarafee 28-7-2015 10:29 AM
kerajaan tanggung depa ke depa tanggung sendiri mcm penjara mexico tu. kalau kerajaan tanggung penjara mewah cam ni , semua org nak dok penjara lah
Quote sgbuloh 28-7-2015 10:59 AM
macam tu sekali layanan pada pengganas?

kat malaysia anwar ibrahim masuk penjara terus kena tumbuk.
Quote delsmomm 28-7-2015 11:03 AM
uiyyyooo...

patutla byk yg berlumba2 nk gi suria & arab...

untong2 bleh masok penjara..
Quote abduldel 28-7-2015 11:30 AM
pergh macam tidak percaya saja. tempat mewah untuk pengganas.
Quote whadda 28-7-2015 11:40 AM
bagus jugak die buat pendekatan cam ni... at least biar diorang tau banyak benda boleh buat... perkenalkan dengan aktiviti yg sihat... bukan asik nak berperang je... klo die tempatkan kat penjara mau lagi mengganas...
Quote cmf_Kimmy 28-7-2015 08:54 PM
bestnya jadi pengganas...dpt layanan istemewa.
Quote Artemesiaa 29-7-2015 10:51 AM
Dah macam hotel service lak
Quote manjalara_01 31-7-2015 03:31 PM
cmf_Kimmy: bestnya jadi pengganas...dpt layanan istemewa.


kalau mcm ni..baik jadi pengganas terus..
semua ditanggung beres....uhuhuuhu....
Quote bellaa 31-7-2015 10:09 PM
cmf_Kimmy replied at 28-7-2015 08:54 PM
bestnya jadi pengganas...dpt layanan istemewa.

be careful what u wish for
Quote BuBuComey 5-8-2015 04:32 PM
Mak aih..tip top punya layanan
Quote iznanaziz 22-10-2015 12:49 PM
lindarafee replied at 28-7-2015 10:29 AM
kerajaan tanggung depa ke depa tanggung sendiri mcm penjara mexico tu. kalau kerajaan tanggung penja ...

BETUL. DUK LAMA PUN TAK PA. BEST.
Quote supernaturalee 22-10-2015 01:02 PM
whadda replied at 28-7-2015 11:40 AM
bagus jugak die buat pendekatan cam ni... at least biar diorang tau banyak benda boleh buat... perke ...

tah nye
igt suka2 je nk bazir bg kemewahan mcm ni





Quote sayang_mulut 22-10-2015 01:52 PM
kelas pinggan glass ikea

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.042118 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top