CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UMNO Tidak Boleh lagi Berdiam Diri, Sudah Tiba Masa Bertindak - Gesa MB Johor

4-8-2015 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11486| Komen: 49


Oleh : TS LOO

sumber foto : akaun Facebook datuk Seri Khaled Nordin



"Umno tidak boleh hanya membisu bila parti tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti atau disiplin kepartian mentaati pemimpin,"  itu gesaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Menulis di laman Facebook rasminya pagi ini, menteri besar Johor itu mengingatkan ahli Umno usah terus berdiam diri jika amanah yang diberikan kepada parti dan pemimpin sudah pun dikhianati.

Khaled di antara yang lantang bersuara mengenai kesetiaan dan tindakan ahli parti selepas pemecatan timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ahli Parlimen Pagoh.

"Umno tidak lagi boleh hanya jadi pemerhati, bila bangsa masih bergelumang dengan kemiskinan dan jurang keberadaan, tambah beliau.

Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Wang itu merupakan sumbangan derma dan bukannya disalurkan daripada entiti berkaitan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khaled yang juga bekas menteri Kabinet itu berkata, sudah sampai masanya Umno bergerak beberapa langkah ke hadapan agar menjadi lebih proaktif dan lebih dominan.

Khaled berkata, ahli Umno juga tidak seharusnya digunakan untuk mempertahankan "golongan tertentu" atas nama taat setia kepada parti atau pemimpin.

Kenyataan Khaled dibuat seminggu selepas Muhyiddin digugurkan daripada Kabinet sebagai timbalan perdana menteri. - CARI Infonet


3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intriQue 4-8-2015 02:01 PM
Sad and very angry :
Quote chipsmoremore 4-8-2015 02:06 PM
abis lar korang semua kena sumbat masuk penjara.....

muat lg ke penjara kt mesia ni utk kita????

Quote EJALTI 4-8-2015 02:07 PM
Selayak nya la uols.....

Asyik mengencing rakyat marhein......asyik merompak harta rakyat marhein...
Lahanat sungguh....
Quote jerukkedondong 4-8-2015 02:07 PM
Negaraku....
Tanah tumpahnya darahkuuuuu..
Rakyat hidupppp..
Bersatu dan majuuu......:::::
Quote cikilala 4-8-2015 02:17 PM
..terburai satu persatu ..ni baru sikit bijaN ..kalo bukan kerana kebodohan sendiri dok masuk akaun sendiri ..

moga pemimpin yang tidak amanah ini dapat balasan yang setimpal..ajal bila2 masa jer menunggu..

rakyat akan tagih hak mereka di mahkamah Allah esok..
Quote kaseh80 4-8-2015 02:18 PM
Hari hari GELAP Malaysia
Quote kenarikelabu 4-8-2015 02:21 PM
Aku tak troll Najib. Tapi aku mintak duit sikit dr dia...dlm sejuta je. Derma kat aku plak la kan..
Quote Bateesta 4-8-2015 02:23 PM
stakat troll je najib gelak je
Quote peYno 4-8-2015 02:28 PM
setakat troll BBNu ni mail tmj punya level jee
Quote leylapple 4-8-2015 02:31 PM
chipsmoremore replied at 4-8-2015 02:06 PM
abis lar korang semua kena sumbat masuk penjara.....

muat lg ke penjara kt mesia ni utk kita???? ...

kalo muat pun, najib jadi PM bangla
Quote chinta89 4-8-2015 02:37 PM
chipsmoremore replied at 4-8-2015 02:06 PM
abis lar korang semua kena sumbat masuk penjara.....

muat lg ke penjara kt mesia ni utk kita???? ...

penjara yg dh ditutup akan dibukak balikkkkkk
Quote clarizsa 4-8-2015 02:43 PM
amboi zahid.. dh mula tunjuk kukubesi nampaknyaa..
x kesian kt marhaen ke nk penjara bagai..

biarla kitorang release stress dgn troll ke apa..
x jejas pun duit derma bos korang tu dgn troll2 cmni..

bru naik pangkat dh mula nk seksa rakyat.. huh..
Quote musangcomel 4-8-2015 02:49 PM
kenarikelabu replied at 4-8-2015 02:21 PM
Aku tak troll Najib. Tapi aku mintak duit sikit dr dia...dlm sejuta je. Derma kat aku plak la kan..  ...

aku pon nak mintak gak
sejuta dr 2 bilion apa la sgt kan
mcm sebutir pasir kat pantai je gamaknya
kita mintak2 dia derma ni mcm leh dpt je kan uols
mimpi la

Quote snipersnake 4-8-2015 03:05 PM
nih la Kim Jong Jib
Quote rashiman 4-8-2015 03:25 PM
chipsmoremore replied at 4-8-2015 02:06 PM
abis lar korang semua kena sumbat masuk penjara.....

muat lg ke penjara kt mesia ni utk kita???? ...

tak perlu penjara.....denda aje....

x suka najib....
masa pemilihan umno jgn sokong najib
masa PRU jgn pangkah najib
cara ini tak kena penjara atau denda....

Quote kelana36 4-8-2015 03:42 PM
rashiman replied at 4-8-2015 11:25 AM
tak perlu penjara.....denda aje....

x suka najib....

Yang boleh tak nak pilih/pangkah najib orang Pekan jer... orang luar dari pekan tak boleh buat apa apa..

yang pilih dia jadi PM orang UMNO sahaja, orang yang tak sokong tak boleh buat apa apa..
Quote Tlalu 4-8-2015 04:09 PM
UMNO memperbodohkan ahli ahlinya...sekali lagi dgn terang terang dan telus nyata..takder segan silu dah hehehe
Quote qronaldo7 4-8-2015 04:17 PM
musangcomel replied at 4-8-2015 02:49 PM
aku pon nak mintak gak
sejuta dr 2 bilion apa la sgt kan
mcm sebutir pasir kat pantai je gamakny ...

dah dapat share2 la ye
Quote kudajantan77 4-8-2015 04:19 PM
Pakat doa supaya Allah lepaskan negara ini daripada bala pemimpin pelaq dan kawaq hat dok ada ni....bagi mampuih cepat sikit...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.101223 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top