CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoren beli sisa sayur & buah kitar PATI utk hidangan!

21-6-2013 02:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8294| Komen: 45

21 Jun 2013



KUALA LUMPUR - Seramai 12 peniaga sayuran, buah dan pembantu am warga asing yang mengambil upah memunggah serta menolak troli barang di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Harian, Kuala Lumpur, ditahan Jabatan Imigresen, petang kelmarin.
       
Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, warga asing itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dan barang jualan disita anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tindakan lanjut.
       
 Menurutnya, sebahagian peniaga terbabit dipercayai menjual sisa sayuran dan buah yang dikitar semula.
        
"Warga asing terbabit menjadikan sayuran dan buah yang dibuang pembekal atau pemborong sebagai sumber rezeki.
       
 "Sayuran dan buah itu dipercayai menjadi pilihan sesetengah pengusaha kedai makan, termasuk restoran di sekitar ibu kota," katanya.
       

 Beliau berkata, Ops Kutip yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Mohd Zamry Mohd Nor bersama tujuh anggota penguat kuasa itu dijalankan atas maklumat dan aduan awam.
       
 “Dua lelaki Bangladesh dan 10 Myanmar, termasuk seorang wanita daripada 50 warga asing yang diperiksa, ditahan dalam operasi tersebut atas pelbagai kesalahan,” katanya.
       
James berkata, 11 warga asing terbabit ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan.
       
 “Manakala seorang lagi ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas dan permit.
       
 "Semua yang ditahan itu berusia lingkungan 22 hingga 50 tahun dan mereka bawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta untuk tindakan lanjut," katanya.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 21-6-2013 01:24 PM
hari ni angkut, esok ada semula.. kalau betul nak banteras, sila serbu hari-hari..
Quote sapp73 21-6-2013 01:27 PM
keji betul tokey kedai...beli sayur, buah murah...charge pelanggan tetap mahal umpama guna buah/sayuran segar
Quote aikee04 21-6-2013 01:28 PM
Berhati-hatilah bila mkn ditempat yg murah....
Quote ren0_0 21-6-2013 01:33 PM
memang dah lama tahu pun.aku pun pelik nape ramai sangat suka membeli kat myammar tepi jalan tu. sayur2 tu ada yang dorang kutip dalam tong.dah la meniaga dalam gelap
Quote Artemesiaa 21-6-2013 01:37 PM
Dah bertahun berlaku dan berapa kali kena hangkut tapi masih belum ada penyelesaiannya.  Pemintaan tinggi dari pengusaha kedai makanan menyekat kejayaan membentras aktiviti sebegini.
Quote carly_lah 21-6-2013 01:50 PM
agak2 ada x kita yg dlm forum ni termakan sisa2 nie? kalu darurat.. fahamlah.. ni belum pun darurat....
Quote C.K 21-6-2013 01:55 PM
selayaknyalah untuk kamu orang yang suka melahap diluar...udah tahu bertahun2 mereka buat kerja jahat seperti itu...kenapa kamu orang masih gegeh melahap diluar?.....memasak dirumah dan bawa bekal ga boleh kah?...ummah jepun yang maju itupun pergi kerja kah pergi sekolah kah bawa bekal sendiri masing2 dari rumah...inikan pula setakat rakay dunia ketiga semacam kamu orang....sikap malas dan ga mahu bersusah payah kamu orang telah memakan diri kamu sendiri
Quote kadijot 21-6-2013 01:56 PM
pekedai tau nak untung je....beli sayur dr pati....
Quote ell768 21-6-2013 01:59 PM
semua nak untung lebih..hampeh betul..
Quote ctaz 21-6-2013 02:05 PM
laaaa baru tau ker....
bukan kisah lama ker......



HAR
Quote AngsaMerah 21-6-2013 02:20 PM
depan mata aku pernah jadi kat pasar malam kawasan aku nih. aku tengah beli sayur then nampak pekerja gerai tengah asing2kan sayur ..yg mana tak layu/tak elok dia letak dalam satu bakul besar. masa aku nak bayar tu dengar pekerja tu tanya tuan gerai.."sayur ni hantar kat kedai Acheh sana tu ye.." then terus dia angkat hantar kat kedai runcit Acheh kat situ. kat kawasan aku ni kedai runcit mmg semua kedai orang Acheh. sejak haritu aku tak beli lagi sayur2 kat kedai runcit kat situ. geli!
Quote johnazizul 21-6-2013 02:22 PM
Selalu nampak.... Pickup beli kat yg tepi jln longgok2 ni...
Quote chaintea 21-6-2013 02:25 PM
Sila letak Van or letak penguasa bertugas di sana
jgn bagi muka..

Quote cikatilia 21-6-2013 02:28 PM
aku dulu baca diorg kutip dari tongsampah sisa2 yang pekedai lain buang..
then jual semula.

laku la dibeli pengusaha restoran..


Quote ciklipoo 21-6-2013 02:39 PM
makan kt restoran ni kdg kita xtau dorang masak pakai barang yang bersih ke tak...
elok beli sayur masak kt rumah kalo rajin la..
Quote tongkatwaran75 21-6-2013 02:55 PM
ctaz posted on 21-6-2013 02:05 PM
laaaa baru tau ker....
bukan kisah lama ker......

cam hebat...
tapi apa guna mklmt jika utk disimpan...

Quote amyainsamad 21-6-2013 02:57 PM
dulu..kini dan selamanya..........
Quote ctaz 21-6-2013 03:00 PM
tongkatwaran75 posted on 21-6-2013 02:55 PM
cam hebat...
tapi apa guna mklmt jika utk disimpan...

laa...kan hari tu ada pernah masuk dalam berita....
ker aduan rakyat.....
aku lupa...
aku tau dari situ la....



bukan hebak pon....
HAR



Quote gede-bab 21-6-2013 03:03 PM
warga asing juga yang cerdik....

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045577 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top