Oleh : Dean BZ Sumber foto : resepisarawakian.blogspot.com Siapa kat sini pernah makan landak? Pasti jarangkan yang berpeluang merasa keenakkan daging landak kerana landak merupakan haiwan eksotik yang dilindungi oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Sudah pastilah tidak dijual dipasar-pasar basah. Dilaporkan bahawa semangkuk sup daging landak mampu mencecah RM10 dan pasaran daging segarnya mencecah RM60 sekilogram. Landak sangat unik dan cara untuk melapah kulitnya juga mungkin jarang yang kita lihat. Oleh kerana badan landak dipenuhi dengan duri, jadi cara untuk menyiang landak adalah dengan menyiat seluruh kulitnya dengan hanya menggunakan tangan sahaja. Mengikut perkongsian seorang forumer CARI, daging landak dikatakan manis dan lembut, kadangkala rasanya sedap mengalahkan daging rusa. Selain dimasak, hempedu landak juga dipercayai baik untuk mengubati penyakit lelah/semput namun harus ditelan secara mentah selepas landak disembelih. Ini pula Resepi LANDAK GORENG BERKICAP yang dikongsikan oleh resepisarawakian.blogspot.com Bahan-Bahan: Seekor landak yang telah dipotong Kicap Garam dan perasa Bahan A: Halia 1 cm dihiris Cili padi 1 biji Bwg Merah 1 biji Bwg Putih 2ulas Serai 2 btg diketuk Bahan B : Ditumbuk: Bwg merah 1 biji Bwg putih 2 ulas Serai 1 btg Halia 2cm Cara-Cara Memasaknya: Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan Bahan A diikuti Bahan B dan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan Daging Landak dan 2 cawan air dan tutup kuali. Tunggu sehingga air dalam kuali hampir kering, jika landak masih liat , tambahkan air semula dan biarkan sehingga daging lembut. Apabila air dah dalm kuali dah kekeringan , daginbg tersebut hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan daging hangus. Kemudian masukkan kicap , garam dan perasa. Siap dan hidangkan. Nampak menyelerakan sungguh, teringin nak rasa. - CARI Infonet.
|
20
Bagus |
15
Marah |
21
Terkejut |
15
Sedih |
21
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT