CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janganlah Sudah Dapat Duit, Semua Senyap - Kata Najib

9-8-2015 02:41 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 11333| Komen: 72


Oleh Fyruz Hanna

sumber imej : mynewshub.cc


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap ahli parti tidak hanya berdiam diri apabila pemimpin mereka diserang bertubi-tubi kerana apa yang dilakukannya bukan untuk kepentingan diri sendiri, lapor portal malaysiakini.

"Sebagai presiden parti, apa yang saya buat, sama ada kutip dana atau apa-apa, semata-mata untuk kepentingan parti, bukan untuk lain.


"Zaman saya banyak pertolongan (disalurkan) kepada bahagian, banyak kerja amal dibuat, ramai orang naik haji, banyak bahagian dapat sumbangan setiap bulan.

"(Tetapi) janganlah apabila (sudah) dapat, semua senyap. Apabila saya diserang, kita tambah lagi, tuang minyak," katanya.


Kata Presiden Umno itu lagi, pembangkang yang mempersoalkan dana yang dimasukkan ke akaun persendiriannya juga menerima bantuan dari luar.

Beliau sanggup menjelaskan sumber serta perbelanjaan dana Umno kepada parti pembangkang dengan syarat pembangkang bersetuju melakukan perkara sama.


"Sebab tu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah kata, (duit RM2.6 bilion) itu bukan rasuah, bukan duit 1MDB.

"Ia dah selesai, dah selesai," katanya. 


Menurut portal itu lagi, Najib berkata orang ramai tidak wajar menuduhnya menjual negara kerana beliau adalaah Perdana Menteri yang bertanggungjawab, katanya di mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Bandar Tun Razak semalam. - CARI Infonet.

12

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aechae 8-8-2015 03:58 PM
mengungkit lah ni??

main politik wang??
Quote lurve82 8-8-2015 04:02 PM
so kne backing membabi buta kah? agaknya dia ingt semua org blh di beli dgn wang ringgit...kah3...
Quote EJALTI 8-8-2015 04:02 PM
Najib: Umno sanggup bentang akaun jika........

8 OGOS 2015
http://www.sinarharian.com.my/po ... akaun-jika-1.417513



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno sanggup membentangkan akaun parti itu dengan syarat pembangkang turut melakukan perkara yang sama.
   
Perdana menteri dan presiden Umno itu berkata beliau sanggup berbuat demikian pada bila-bila masa memandangkan setiap dana yang diterima semata-mata untuk kepentingan parti, bukan untuk kepentingan peribadi.
   
"Pembangkang ini baik sangat ke? Kalau nak tahu segala-galanya dia pun kena terangkan dia dapat dana dari mana... jangan tuduh saya dan tuduh Umno sahaja, tapi dia (pembangkang) syok sahaja terima (dana).
   
"Dia boleh tahan juga, apa yang saya tahu, macam-macam juga masuk," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bandar Tun Razak di sini, hari ini.
   
Najib berkata sebagai perdana menteri, beliau bertanggungjawab atas apa sahaja yang dilakukan.
   
"Jangan kata saya jual negara. Saya tidak akan jual negara," katanya.  
   
Najib menegaskan derma yang diterima itu bukanlah kerana beliau memberi sesuatu kepada mana-mana pihak.   

"Saya terima pun bukan kerana saya bagi kontrak. Orang lain boleh terima kerana dapat kontrak (dan) mungkin dapat tanah diluluskan untuk pembangunan (kerana) orang bagi derma. Tetapi ini tiada kaitan sama sekali.
   
"Sebab itulah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah kata bahawa itu bukan rasuah dan bukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) punya duit," katanya.
   
Sehubungan itu beliau meminta anggota Umno terus mempertahankan parti kerana apa yang dilakukan adalah untuk kepentingan parti.
   
"Banyak kita bagi pertolongan kepada bahagian. Banyak tanggungjawab sosial korporat kita buat. Banyak orang belum pernah naik haji pergi haji. Banyak rumah yang tak pulih kita pulihkan.   
   
"Banyak bahagian dapat setiap bulan sumbangan. Janganlah bila sudah dapat ini, semua senyap. Bila saya diserang kita tambah lagi, kita tuang minyak," katanya.
   
SPRM pada Rabu mengesahkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri ialah sumbangan daripada penderma Timur Tengah.
   
Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu berkata: "SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri." - Bernama
Quote bluehedgehog 8-8-2015 04:08 PM
patutla senyap je ketua2 bahagian ameno...
Quote lurve82 8-8-2015 04:10 PM
bentang je la dulu..byk lak bunyik...as usual...salahkan pihak lain utk nampak diri sndr lebih suci murni syumul pelbagai...
Quote mikasa 8-8-2015 04:12 PM
bluehedgehog replied at 8-8-2015 04:08 PM
patutla senyap je ketua2 bahagian ameno...

Berapa diorg dpt? 1juta sorang ker
Quote lurve82 8-8-2015 04:12 PM
eleh pki nama sprm...sprm jgk la yg kne tukar..di siasat..masuk lokap pelbagai...xyah la jentik nama sprm...jijiks okek...
Quote lvsg8 8-8-2015 04:31 PM
najib ni dah jadi gila...bila masa pulak sprm claer dia dari rasuah..sprm tgh dok siasat src international tu..dah dia pi kacau pulak...tang 1mdb punya us700mil saja yg sprm clear... mereka cakap donation tapi satu donia tak percaya...semua dok gelakkan najib...padan muka hg najib jadi bahan ketawa satu donia..
Quote EJALTI 8-8-2015 04:31 PM
Najib to Umno: Don't turn on me after getting funds

2:00PM Aug 8, 2015
https://www.malaysiakini.com/news/307837



After Najib Abdul Razak's loyalists insisted that the RM2.6 billion deposited into his personal bank accounts were donations intended for Umno, the prime minister today reminded Umno leaders they themselves have benefited from the funds he raised.

As such, Najib said those who have benefitted should not add fuel to fire when he was under attack.
Quote lurve82 8-8-2015 04:34 PM
lvsg8 replied at 8-8-2015 04:31 PM
najib ni dah jadi gila...bila masa pulak sprm claer dia dari rasuah..sprm tgh dok siasat src interna ...

masa bila dia waras?
Quote mattzzx 8-8-2015 04:36 PM
entah lah labuuuuuu..........
Quote lvsg8 8-8-2015 04:43 PM
EJALTI replied at 8-8-2015 04:31 PM
Najib to Umno: Don't turn on me after getting funds

2:00PM Aug 8, 2015

semua dah dapat bahagian mmasing...semua kena senyap..kira macam ko garu belakang aku..aku garu belakang ko sajarasuah big scale..
Quote bluehedgehog 8-8-2015 04:43 PM
mikasa replied at 8-8-2015 04:12 PM
Berapa diorg dpt? 1juta sorang ker

lbih drpd la...
setakat 1juta sapa layan
seluruh negara ada 191 bhgian
setiap ketua dpt 5juta total baru 1b
ada lagi belen 1.6b
Quote crankshaft 8-8-2015 04:49 PM
The very same mutual statement from doner to JIB..."dah masuk million million lemon dalam akaun nko..takkan sonyap jer, JIB? Projek mega bila mau jolok?"

Quote lurve82 8-8-2015 05:01 PM
macai2 pun senyap jah hr ni...payment xmsuk lg kah?
Quote kaseh80 8-8-2015 05:10 PM
Jibun ni buukan manusia takde hati dan perasaan

Dah jadi setan
Quote ajinomotonosuga 8-8-2015 05:17 PM
sedih nasib korang ye

aku dok nampak seolah malaysia tu milik UMNO

bukan sepatutnya umno thru BN tu milik rakyat mesia , di amabah jalankan tugas untuk rakyat

kerajaan tu hamba pada rakyat

sebab kerajaan tu sebenonya tak wujud

yang ada tu rakyat sedang buat keje jek..walo PM

so apa keje dia?

keje dia pastikan anak mesia selamat jalan sana sini kalo bawak kete selamat, kalo pi pasor tadak sapa culik dera dan bunuh

kalo isteri kawin selamat tak di belasah suami

suami selamat plak dari dadah

anak2 selamat dari nyamok aedes..tu antara keje PM..untuk rakyat

dan imbalan or balasan nya nanti rakyat sanggup mati untuk pertahan tanah ini dari ancaman musuh

kalo gomen takdok duit..rakyat buleh derma..dengan senang hati pasei selama ni depa aman2 sebab amanah di jalankan gomen

itu sebeno fungsi penguasa macam islam ajar

tapi sedih aku baca apa najib cakap tu..macam oang tadak akal

gomen kasik duit suh pi haji? ya robbi..sapa ajar? banyak lai makan siput babi. OKU tak terbela budak2 terkandas belajar..pi laa bantu
Quote EJALTI 8-8-2015 05:18 PM
ajinomotonosuga replied at 8-8-2015 09:17 AM
sedih nasib korang ye

aku dok nampak seolah malaysia tu milik UMNO


Quote ajinomotonosuga 8-8-2015 05:20 PM
lvsg8 replied at 8-8-2015 04:31 PM
najib ni dah jadi gila...bila masa pulak sprm claer dia dari rasuah..sprm tgh dok siasat src interna ...

aku dah tau lama dia gila

sejak gila talak ceraikan bini dia pasei gilakan si katik tuh

sejak tu gila jadi mengila gila

hari ni kemuncak gila dia laa..dah mengalahkan oang gila! oang btui gila takkan gila cam tu..paling teruk dia lari bogel

ni dah le bogel (tak dak malu) peh tu dok canang sana sini pakaian dia paling cun dan ramai suke baju baru dia tu hahahahaha..adehhhh sakittt jiwa weiiii

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.068434 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top