Oleh Izzah Abbasy
Wanita dan solekan tidak dapat dipisahkan. Ia ibarat menaikkan seri bagi wajah yang sugul. Kebiasaannya wanita memerlukan masa yang lama untuk berdandan tetapi jika hari bekerja, adakah punya waktu untuk bersiap awal pada pagi hari? Kredit Foto : www.jeanmacdonald.com
Calitkan lipstik di bibir. Itu dah cukup untuk naikkan seri, tidaklah wajah pucat. Pilih warna yang terang dari kebiasaan. 3. Sedikit pemerah pipi Ambil saja lipstik anda di bibir dan sapukan di pipi. Ya, hanya perlu sedikit dan ratakan di atas kelopak mata dengan lipstik anda tadi. Senang, hanya guna satu produk. Lagi pun cara ini cukup jimat untuk anda. Untuk kesan yang cantik, anda boleh menggunakan butter lipstick NYX warna pink yang cerah. 4. Pelembap rambut Kalau rambut tidak sempat dicuci atau syampu setiap hari, anda boleh pakai pelembap jenis semburan pada rambut sebelum tidur. Kesannya setiap kali bangun pagi rambut anda lurus dan tidak perlu disikat. Hanya guna jari! 5. Sediakan tisu basah Cuci solekan anda dengan pantas menggunakan tisu basah atau make up remover dengan kapas muka. Jangan biarkan solekan melekat di muka anda terlalu lama. Anda boleh terus mencuci muka dengan air selepas solekan dibersihkan. Seterusnya, boleh mulakan langkah 1 hingga 3 semula. Mudah bukan? Rasanya tidak perlu mengambil masa yang lama dengan mencuba langkah seperti tertera. Solekan di pejabat tidak perlulah tebal. Sekadar menaikkan seri agar kulit tampak segar dan bermaya itu sudah memadai. - CARI Infonet
|
14
Bagus |
11
Marah |
19
Terkejut |
16
Sedih |
17
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT