Oleh : Dean BZ
Sumber foto : www.rappler.com Pesawat Trigana Air Indonesia yang membawa 54 penumpang dan krew terputus perhubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada Ahad di timur daerah Papua. Memetik laporan news.detik.com, kali terakhir pesawat itu menghubungi menara ATC Sentani pukul 2.55 petang waktu tempatan. Pesawat itu berlepas dari Jayapura pukul 2.22 petang dan sepatutnya tiba di Oksibil pukul 3.04 petang waktu tempatan.
Operasi mengesan pesawat itu ditangguhkan ke pagi Isnin jam 6 waktu tempatan kerana hari semakin gelap. Jurucakap Kementerian Pengangkutan J.A. Barata mengesahkan pesawat itu hilang hubungan. “Kami tidak pasti apa yang berlaku kepada kapal terbang dan kita menyelaraskan dengan pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada AFP. “Cuaca pada masa ini tidak baik, sangat gelap dan mendung. Tidak kondusif untuk carian. Ia kawasan pergunungan.” Pada Disember pesawat AirAsia terbang dari bandar Indonesia Surabaya ke Singapura terhempas di Laut Jawa ketika keadaan cuaca ribut, membunuh semua 162 orang di atas kapal.- CARI Infonet. |
13
Bagus |
19
Marah |
24
Terkejut |
37
Sedih |
14
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
anarina replied at 16-8-2015 06:15 PM
Sheeshh esok nak fly nii dah la mmg ada anxiety prob. Nak kena amik ubat tido gamaknya.
ADVERTISEMENT