CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kumpulan anak monyet digari polis krn ceroboh gerai & premis !

24-6-2013 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5628| Komen: 31



Ahli PPKM mengutip barangan yang bersepah setelah dipecahkan ahli kumpulan Anak Monyet.

KULIM - Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim bersama ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat (PPKM) Kulim berjaya menahan dua dari empat remaja berusia 14 hingga 16 tahun dipercayai ahli kumpulan Anak Monyet.
       
 Suspek ditahan kira-kira jam 3.30 pagi semalam, ketika sedang mengumpil pintu sebuah premis perniagaan di sini.
       
Ketika ditahan dua dari suspek terlibat berjaya melarikan diri ke kawasan perumahan sebelum menyorok di belukar terletak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.
       
Menyedari dua ahli kumpulan itu ditahan polis, suspek yang bebas bertindak agresif dengan mengumpil tiga kedai lain termasuk sebuah gerai menjual keropok serta mainan di tengah pekan Kulim.


Antara pintu premis yang diumpil suspek.
       
Sehingga kini polis masih menjejaki dua suspek terlibat dan akan menahan mereka dalam masa terdekat.
       
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, permasalahan sosial dalam kalangan remaja bawah umur hari ini semakin membimbangkan.
       
Menurutnya, selain terlibat dalam aktiviti jenayah, kumpulan ini juga melakukan pelbagai kegiatan menyalahi undang-undang termasuk pengedaran dadah.
       
“Kami meminta ibu bapa dan guru untuk mengambil serius tentang masalah ini. Jangan terlalu memanjakan anak-anak sehingga merosakkan akidah mereka.
       
 “Polis tidak akan teragak-agak untuk menahan sesiapa sahaja melakukan aktiviti jenayah,” katanya.



8

Bagus
15

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mr_crab 23-6-2013 01:40 PM
tembak bagi mampus je yg 2ekor tu lg
Quote mak_wa95 23-6-2013 01:42 PM
perangai macam monyet...bangga dengan nama anak monyet....bapa mereka bapa monyet...sudah tentu ibu mereka ibu monyet...elok la sangat,di sekolah cikgu tak leh nak jentik anak depa....panggil  wartawan masuk paper segala, wartawan pula putar belit isu,sudahnya berjela-jela laporan kena buat..sampai ke kementerian...last-last cikgu yang kena tindakan..tukar sekolah...
Quote kakiputaralam 23-6-2013 01:48 PM
Pas berita ni,ramai ar budak2 sekulah gelar mereka anak monyet

Quote jfq 23-6-2013 01:50 PM
tangkap pastu letak dalam zoo sama kandang dgn monyet yg lain
Quote none88 23-6-2013 01:55 PM
ingatkan betoi2 monyet tadi hehehe...
Quote sueism 23-6-2013 02:29 PM
la me also ingat anak monyet betul2
Quote Innrukia 23-6-2013 02:31 PM
mati2 ingat betoi anak monyet yg comei tu
hampeh la tt nih
Quote rospinki 23-6-2013 02:44 PM
Mati2 duk ingatkan monyet betul..imajin monyet meronta2 kena gari..aleh2 anak orang rupanya. Risau mikir masalah budak2 skrg makin teruk perangai sekor2..
Quote Grengo 23-6-2013 02:57 PM
ingatkan monyet betul kene gari...
:lol
Quote raxief 23-6-2013 03:04 PM
aku pun ingat anak monyet kena gari .. haremmm betul nama kumpulan..
Quote ~boolean 23-6-2013 03:15 PM
  “Kami meminta ibu bapa dan guru untuk mengambil serius tentang masalah ini. Jangan terlalu memanjakan anak-anak sehingga merosakkan akidah mereka.

maaf, jangan libatkan guru dalam hal ni ya bila budak2 jadi dajal..
tugas guru hanya untuk ajar matapelajaran...
kalau buat lebih2, nanti kena serang ibu bapa...
baru dimarah sikit, ibu bapa sudah buat report polis sampai keluar media bagai...
lepas tu poremer dan ibu bapa salahkan guru sebab tak pandai approach remaja...



Quote munchkin 23-6-2013 03:30 PM
tulah ingatkan monyet betul2 tadi
Quote degil81 25-6-2013 07:26 AM
memang dasar anak monyet betul
Quote redz85 25-6-2013 07:32 AM
14-16 tahun pukul 3 pagi berada di luar.. aku dulu kul 10.30 dah kena tidur.. tv cerita best tak dapat tengok
Quote MissNigga 25-6-2013 07:47 AM
mmg dari family monyet tol...
mak pak bio anak merayau rayau ... kol 3-4 pagi .....
Quote lipan_bara 25-6-2013 08:36 AM
kulim lg....x abis2
Quote artcrime 25-6-2013 08:42 AM
guru tak leh usik.. ibu bapa tak leh usik.. siapa yg boleh diusik? musti salah A kan?
Quote kaknab 25-6-2013 09:06 AM
mesti ibu bapak pun dah x larat nk tegur/halang sikap anak yg mcm ni.. dugaan & cabaran buat ibuk2 bapak2
di usia anak belasan ni.. bnyak2 kan berdoa. mungkin boleh amalkan surah taha (1-5)   

(Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil)
usaha/ikhtiar untuk kebaikan anak2. x nak la anak2 terlibat dalam kegiatan x berakhlak dan meningkat kan kadar jenayah mcm ni, sayang usia masih muda..

atau ibuk2 bapak2 pergi umrah cuba2 berdoa di depan kaabah,pancuran emas. manatau tuhan makbulkan anak2 baik sikapnya.
Quote tobby 25-6-2013 09:06 AM
kulim lagi.  jahat2 anak org kulim nih.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.059098 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top