CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangkok Dibom: 4 Warga Malaysia Terkorban, 2 Lagi Cedera

17-8-2015 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 32973| Komen: 263



Oleh : TS Loo


Empat warga Malaysia terkorban manakala dua lagi cedera dalam insiden letupan di Bangkok.


Memetik laporan dari Astro Awani, Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain mengesahkan perkara itu dan berkata keenam-enam mereka adalah daripada keluarga yang sama.


Katanya lagi, beliau dalam perjalanan ke Hospital Besar Polis untuk bertemu keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden letupan itu.


Terdahulu Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan media mengesahkan bahawa dua warga Malaysia terkorban dalam insiden letupan bom di daerah Ratchaprasong, Thailand pada Isnin.


Mangsa dikenal pasti sebagai Lim Saw Gek dan anaknya Neoh Jai Jun.


Mayat mangsa ditempatkan di Hospital Besar Polis di sini bagi urusan bedah siasat.

                                             

Dua mangsa warganegara Malaysia juga telah dilaporkan tercedera dalam insiden tersebut.


Mangsa, Tan Rui Hun dimasukkan ke Hospital Hua Chiew untuk rawatan lanjut, manakala Tan Kim Siok telah dibenarkan keluar dari hospital setelah menerima rawatan.


Tambah kenyataan itu, pihak Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam memberikan bantuan konsular kepada mangsa serta pihak keluarga yang terlibat dalam insiden tersebut.


sumber : http://www.astroawani.com/



 


4

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
12

Sedih
12

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samperit 17-8-2015 09:28 PM

Quote Modngengade 17-8-2015 09:31 PM
Adakah ini cash kerana siam menindas ummah islam selatan thai?
Quote Changa 17-8-2015 09:35 PM
cash ke sis??
Quote sepiITUindah 17-8-2015 09:36 PM
Modngengade replied at 17-8-2015 09:31 PM
Adakah ini cash kerana siam menindas ummah islam selatan thai?

...dan PMnya tidak menerima derma 2.6b dari negara arab untuk menyekat IS

Quote Changa 17-8-2015 09:40 PM
Edited by Changa at 17-8-2015 09:41 PM

[fbv]10153629484407439[/fbv]

https://video.xx.fbcdn.net/hvide ... d7dd94f&oe=55D1FEA6
Quote MissNigga 17-8-2015 09:44 PM
Omai .. terrorist Isle dari selatan thai ker ..???
Quote Changa 17-8-2015 09:50 PM
Edited by Changa at 17-8-2015 09:57 PM
dcruins replied at 17-8-2015 09:39 PM
apa lagi amerika tak puas hati dengan gomen junta yang pro China PRC ni, dah pelobi2 dan agent2 kora ...

akak syak ini senjata HAARP US kan sis?
esok lusa pasti akan jadi WW3 untuk sekian kali nya??
Quote EJALTI 17-8-2015 09:55 PM
10 maut letupan bom di Bangkok

WARTAWAN SINAR HARIAN
17 OGOS 2015



BANGKOK - THAILAND. Satu letupan dipercayai berpunca dari sebutir bom meletup di sebuah kuil di tengah-tengah bandara raya Bangkok malam ini.

Memetik laporan AFP, dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 10 maut manakala beberapa yang lain cedera.

Beberapa cebisan tubuh mangsa turut dilihat bertaburan di lokasi kejadian yang berlaku di hadapan sebatang jalan di luar Kuil Erawan, dalam daerah Chidlom di tengah-tengah ibu kota Thailand itu.

“Saya boleh sahkan ia adalah sebutir bom, namun tidak dapat dipastikan jenis bomnya, kami (polis) sedang menjalankan siasatan,” kata jurucakap polis Leftenan General Prawut Thavornsiri.

Sementara itu, memetik laporan Astro Awani, Pegawai Perhubungan Keselamatan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Asisten Komisioner Fauzi Khan Ismail berkata, jumlah kematian berkemungkinan meningkat berikutan kawasan tersebut adalah pusat tumpuan pelancong.

Pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada rakyat Malaysia antara mangsa dalam kejadian itu.

Usaha menyelamat kini sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa di kawasan letupan.
Quote akusukaq 17-8-2015 09:59 PM
Edited by akusukaq at 17-8-2015 02:34 PM

Tak sangka temple tengah tengah  shopping area ni kena bom pulak. Aku suka window shoping kat Central Chidlom. Bukan kak Mah je
Quote EJALTI 17-8-2015 10:02 PM
Bangkok berdarah, letupan bom dekat kuil

9:38PM - 17 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/308921

ebuah bom meletup di luar sebuah kuil Hindu kecil di tengah-tengah Bangkok, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang, menurut polis dan pekerja penyelamat.

Menurut polis, letupan itu berlaku di kuil Erawan di ibu kota Thailand hari ini, lapor Reuters.

“Apa yang boleh saya katakan berlaku letupan di Bangkok tengah melibatkan bom motosikal,” timbalan ketua polis Thailand Aek Angsananond dilapor memberitahu agensi itu.

“Mereka kata ada kematian tetapi butiran lanjut belum dapat disahkan.”

Anggota polis dan pekerja penyelamat berkata 12 orang meninggal dunia manakala media pula melaporkan 20 tercedera.

Thailand terkenal sebagai sebuah negara bergolak.

Tentera memerintah Thailand sejak Mei 2014 selepas berbulan-bulan protes ganas antikerajaan sebelum ini.

Erawan yang terletak berdekatan sebuah hotel terkenal, pusat membeli belah dan pejabat antara tempat utama tumpuan pelancong, terutamanya daripada sekitar Asia Tenggara.
Quote Artemesiaa 17-8-2015 10:04 PM
Menakutkan kat kawasan tengah bandar lak tu
Quote mommymonster82 17-8-2015 10:10 PM
Ya Allah moga anak murid me n family dia selamat..
gi holiday kata budak2 tadi
Quote KLKnight 17-8-2015 10:15 PM
Bodo, yg terrorist ni mungkin bunuh org Islam kat sana juga! jgn main isu agama dgn isu terrorist! banggeng btl
Quote enchikfitz 17-8-2015 10:16 PM
Harap2 kawan i kat sana selamat. Baru jumpa last week. Smlm dh balik bangkok. Risau pulak
Quote XxNotTruexX 17-8-2015 10:20 PM
dcruins replied at 17-8-2015 10:07 PM
bukan dah nak masuk WW4 ke.... , tak payah jauh2 pun sampai ke level conspiracy nuts sampai kelu ...

Hahahaha ..... teori konspirasi anda yang tidak berdasar .....

Berdasarkan sejarah masa lalu .... pemberontak melayu islam (yang dibantu negara jirannya yang berbatasan atas dasar solidaritas melayu) yang diduga melakukan pemboman itu ....



Quote earthfault 17-8-2015 10:37 PM
Baru baik dari Sukhumvit pukul 7 tadi.
Quote EJALTI 17-8-2015 10:43 PM
Quote EJALTI 17-8-2015 10:43 PM
Quote Anak_Nogori 17-8-2015 10:43 PM
malaysia bila lagi?..

Lihat semua komen(263)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.075556 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top