CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Mangsa Letupan Di Bangkok Terima Sumbangan RM10,000

20-8-2015 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5522| Komen: 20




Oleh : TSLOO

sumber foto : http://media.themalaysianinsider.com/


Sumbangan RM10,000 akan diberikan kepada setiap anggota keluarga mangsa yang maut dalam insiden letupan bom di Bangkok pada Isnin lepas.


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong, sumbangan daripada kerajaaan itu adalah bagi membantu keluarga mangsa dalam urusan pengebumian.


Mayat Lim Siew Gaik, 49; menantu lelakinya Lee Tze Siang (33) anak lelakinya Neoh Jai Jun (20) dan cucu perempuannya Lee Jing Xuan, 4, yang diterbangkan dari Bangkok dengan pesawat Thai Airways TG 425, tiba di LTAPP pada 11 malam.

Turut kelihatan mengiringi kesemua mayat itu ialah anak perempuan Siew Gaik, Neoh Yee Ling, 33, yang terselamat dalam kejadian itu, serta lebih 20 anggota keluarga lain yang menunggu di Kompleks Kargo LTAPP.


Yang turut kelihatan di LTAPP ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dan barisan kepimpinan Barisan Nasional negeri.


Sementara itu, Chew berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat turut bersedia untuk membantu dan menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.


Dalam kejadian letupan bom di persimpangan Ratchaprasong berdekatan Kuil Erawan dan pusat membeli-belah di Bangkok pada 7 malam (8 malam waktu Malaysia) Isnin lepas, empat rakyat Malaysia terkorban dan tiga lagi cedera. - CARI Infonet


sumber : http://www.bernama.com/


8

Bagus
6

Marah
23

Terkejut
9

Sedih
37

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 20-8-2015 11:44 AM
pergi bercuti meninggal dapat bantuan?
Quote revolusi_30 20-8-2015 11:50 AM
Sikit nya ....
Quote bluehedgehog 20-8-2015 11:53 AM
shamsadis replied at 20-8-2015 11:44 AM
pergi bercuti meninggal dapat bantuan?

apa masalah jikalau diberi sumbangan ikhsan rm10k?
Quote gaara_X 20-8-2015 12:04 PM
untong ler....pi melancong then meninggal dapat 10K....
Quote bluehedgehog 20-8-2015 12:06 PM
gaara_X replied at 20-8-2015 12:04 PM
untong ler....pi melancong then meninggal dapat 10K....

bawa la bini ko gi melancong...
balik2 dpt 10k dan bole kawin lagi
Quote outcast 20-8-2015 12:19 PM
my deepest condolences to the Family... especially the wife ..
lost her mother , her husbdand, daughter and brother  at the same time..
Duit pun x da erti..
Quote outcast 20-8-2015 12:22 PM


kesian kan .. ada sorang lg ilang..  kesian anak yg 4 tahun tuh ..
Quote becir 20-8-2015 01:13 PM
Ada gak hati busuk pertikaikan 10k tu..chinese bukan manusia gitu...
Quote dino 20-8-2015 01:18 PM
becir replied at 20-8-2015 01:13 PM
Ada gak hati busuk pertikaikan 10k tu..chinese bukan manusia gitu...

kan..... ntah apa2.....
bygkan perasan korg hilang org tersyg serentak camtu.... duit tu tarak guna pun
Quote PongKang 20-8-2015 02:21 PM
outcast replied at 20-8-2015 12:22 PM
kesian kan .. ada sorang lg ilang..  kesian anak yg 4 tahun tuh ..

Sedihnya.. Rest in peace..yg sorg lg hilang semoga dijumpai segera.
Quote outcast 20-8-2015 02:23 PM
PongKang replied at 20-8-2015 02:21 PM
Sedihnya.. Rest in peace..yg sorg lg hilang semoga dijumpai segera.

tulah ..hilang ?
ermm  bygkan kalo kita jd bini tuh  mesti sedih ilang 4org yg rapat kot serentak ..

Quote PongKang 20-8-2015 02:25 PM
outcast replied at 20-8-2015 02:23 PM
tulah ..hilang ?
ermm  bygkan kalo kita jd bini tuh  mesti sedih ilang 4org yg rapat kot serent ...

Siannya. Moga2 dia kuat la ya..
Quote akusukaq 20-8-2015 10:12 PM
Bukti ekonomi kita maseh kukuh
Quote hanakikan 20-8-2015 10:47 PM
Ok la tu. Cina mati byk pakai duit.
Quote spiderman80 20-8-2015 11:10 PM
Mungkin ada yang tak faham, sebab mangsa ialah keluarga Cina, jadi mereka berikan pandangan seperti ini. Tak kira mangsa ialah Cina atau kaum lain, isunya ialah seseorang sudah kehilangan anaknya,ibunya,kakaknya,abangnya,ayahnya dan adiknya, Bertambah perit, kejadian malang ini melanda sebuah keluarga. Anda fikirkanlah, kalau anda berada dalam situasi ini, nanti ada forummer CI buat lawak bodoh kat thread khas ahli keluarga anda yang menghadapi kemalangan, apa perasaan anda?

Peringatan ini bukan untuk mereka yang berikan pandangan tak baik kepada keluarga mangsa pengeboman di Thailand ini, ia juga peringatan kepada semua hamba Tuhan, termasuk Spidey sendiri.
Quote spiderman80 20-8-2015 11:14 PM
BTW, apalah RM10,000 dalam situasi sedih seperti ini? Rasa-rasanya anda semua pun sanggup tak mahu bantuan RM1 juta oleh kerajaan sekiranya ahli keluarga anda meninggal dalam keadaan macam tu. Anda mesti kalau boleh mahukan nyawa orang tersayang kembali, bukan wang ringgit.
Duit yang hilang boleh dicari, nyawa orang tersayang yang hilang tak boleh dicari.
Quote lavabackhand 20-8-2015 11:16 PM
spiderman80 replied at 20-8-2015 11:10 PM
Mungkin ada yang tak faham, sebab mangsa ialah keluarga Cina, jadi mereka berikan pandangan seperti  ...

tuhan lu sembah apa nama..??


Quote spiderman80 20-8-2015 11:21 PM
lavabackhand replied at 20-8-2015 11:16 PM
tuhan lu sembah apa nama..??

Spidey sembah Lava.
Quote lavabackhand 20-8-2015 11:23 PM

lu sudah tukar tuhan ka..??

hari tu bukan lu sembah sun wukong ka..??


Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.049968 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top