CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jejak Kasih : Gelandangan Itu Rupanya Bapa Kandungku!

22-8-2015 08:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6817| Komen: 19


Oleh : Dean BZ

Foto bapa Diana ketika menjadi gelandangan. Gambar Kecil: Diana dan bapanya yang kian pulih


Seolah-olah satu keajaiban telah berlaku apabila seorang jurugambar wanita yang telah 10 tahun mengambil gambar gelandangan, tanpa disangka-sangka akhirnya menyedari salah sorang daripada gelandangan itu adalah bapanya.


Diana Kim merupakan seorang jurugambar yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar gelandangan di sekitar kawasan Hawaii, seperti dilaporkan oleh sinarharian.


Setelah 10 tahun melakukan pekerjaan itu, Diana menyedari bahawa salah seorang gelandangan tersebut adalah bapa kandungnya yang terpisah sejak dia berusia 8 tahun selepas kedua ibu-bapanya bercerai. 


Melalui blognya, homelessparadise.com, Diana berkata, dia bertemu bapanya ketika mengambil gambar di sekitar Honolulu pada tahun 2012, dan kemudian dia menyedari bapanya adalah di kalangan gelandangan yang tinggal di kawasan berkenaan.


“Dia menghidap penyakit schizophrenia dan selalu bergaduh dengan seseorang yang tak wujud.” katanya.


Tambah Diana, sebelum ini, neneknya pernah memaklumkan kepadanya mengenai kesihatan mental bapanya yang merosot namun tiada siapa yang mengetahui di mana bapanya itu tinggal. 


Selepas bertemu semula dengan bapanya itu, Diana mencuba sedaya upaya untuk mendekati dan memberikan bantuan kepada bapanya itu walaupun bapanya itu enggan.


Bagaimanapun selepas bapanya mendapat serangan jantung pada tahun 2014, dia akhirnya bersetuju untuk dirawat. 


Setelah menjalani beberapa siri rawatan, bapanya kini kembali pulih dan menjalankan kehidupan normal.


Macam kisah jejak kasih pula, sedihnya. Apa pun semoga Diana Kim dapat menjaga bapanya sebaik mungkin selepas bertahun-tahun hidup sebagai geladangan. - CARI Infonet. 




Sumber : sinarharian
13

Bagus
10

Marah
15

Terkejut
17

Sedih
27

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jahcomel 22-8-2015 12:19 PM
sedinya
Quote xAthenax 22-8-2015 12:21 PM
mujur anak itu besar hati
kapeer lak tu
Quote amiraira 22-8-2015 12:25 PM
so sweet kan
Quote EJALTI 22-8-2015 12:28 PM

kannnnnnnnnnnnn.....

Anaknya tak buang ayahnya walaupun ayahnya gelandangan.....
Quote amiraira 22-8-2015 12:31 PM
EJALTI replied at 22-8-2015 12:28 PM
kannnnnnnnnnnnn.....

Anaknya tak buang ayahnya walaupun ayahnya gelandangan.....

selalunya yg  x mengaku,  ade la kan
yg ade pn, boleh dihantar kerumah org tua atau

ditinggal ditepi jalan



Quote clarizsa 22-8-2015 12:41 PM
baguslah...... bapa dia sakit ye?
seb baik mak dia bercerai msa dia kecik2 dulu...
Quote musangcomel 22-8-2015 12:44 PM
EJALTI replied at 22-8-2015 12:28 PM
kannnnnnnnnnnnn.....

Anaknya tak buang ayahnya walaupun ayahnya gelandangan.....

sbb ayah dia bukan saje2 abaikan dia
ayahnya ada sakit mental tu yg terus menghilang jd gelandangan
kira legit excuse la
cuba klu bapaknya tu mmg janta tak guna lari ikut pompuan lain ke
takdenya anak dia nak tolong
Quote highcastle 22-8-2015 12:58 PM
Boleh buat movie ni.............
Quote mommymonster82 22-8-2015 01:43 PM
Peringatan n teladan buat lelaki yg muda2  kakki pancut n lari... dah tua karang dah nyanyuk  tahulah untung nasib korg...
Quote lavaneonlite 22-8-2015 02:03 PM
mommymonster82 replied at 22-8-2015 01:43 PM
Peringatan n teladan buat lelaki yg muda2  kakki pancut n lari... dah tua karang dah nyanyuk  tahula ...

kalu lu nak sound laki lu...takyah post dalam forum la..

wassap direct je kat dia....


Quote mommymonster82 22-8-2015 02:05 PM
lavaneonlite replied at 22-8-2015 02:03 PM
kalu lu nak sound laki lu...takyah post dalam forum la..

wassap direct je kat dia....

lu terasa ker bhai?
Baguslah..mmg wa nk tujukan kat lu pon sebenarnya...
Quote jerukkedondong 22-8-2015 03:17 PM
Ending dia yg best....boleh pulih dan normal semula...
agama apa pun dalam dunia ni...mmg ajar ank2 buat baik pd ibu bapa..
Hensem bapak  dia pkai topi....senyum tu nmpk sngt dia seronok dn bahagia....tahniah anak dan bapak
Quote cucuq 22-8-2015 07:03 PM
happy ending
Quote finesse 22-8-2015 07:09 PM
knp berita sinar harian ni mcm x sesedih berita yg ada dlm tumblr? :z
Quote sukacactus 22-8-2015 07:18 PM
Bagus anaknya
Ada org xnak ngaku darah daging bila dah jd camni
Quote BebeQ 24-8-2015 12:09 PM
kesiannya kesah dia ni. jodoh pertemuan di tangan tuhan.
Quote ad_hoc79 24-8-2015 12:17 PM
rezeki dia dapat jumpa bapaknye semula
Quote dani-rox 24-8-2015 08:09 PM
bagus la si anak masih ingat dan kenal rupa apaknya.
dulu ai pernah baca artikel psl minah pembaca berita di US. Dia datang dari keluarga susah, lari ke NYC bina karier. Selepas bertahun2 dan berjaya capai impian, dia terserempak dgn emaknya yg tengah korek2 tong sampah. Dia buat2 tak nampak, terus blah dari situ katanya. Minah tu mcm salahkan emak dia atas kesusahan hidup dia. Bangga gila dia sbb berjaya atas titik peluh sendirik. Anak mcm tu pon ada.
Quote cmf_jeangrey 24-8-2015 08:39 PM
dani-rox replied at 24-8-2015 08:09 PM
bagus la si anak masih ingat dan kenal rupa apaknya.
dulu ai pernah baca artikel psl minah pembaca ...

Mungkin dia tak sedar kalau hidup dia tak sesusah dulu, dia takkan berjaya seperti skrg...mungkin hidup biasa2 je

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.099164 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top