Oleh Izzah Abbasy
Sebiji telur sudah cukup untuk memenuhi keperluan kalori dan lemak dalam badan kita. Telur sudah semestinya mengandungi nutrisi penting kerana ia kaya dengan protein untuk kesihatan tubuh badan. Biasa dengar atau tidak, kuning telur sebenarnya lebih baik daripada putih telur. Tetapi, ramai yang menolak untuk tidak mengambil kuning telur ini kerana punca kegemukan dan sebagainya. Tahukah anda, kuning telur terdapat pelbagai khasiatnya seperti ; 1. Kaya nutrisi Bahagian kuning telur lebih banyak mengandungi nutrisi berbanding putih telur. Hampir 90% zat dan nutrisi terselit dalam kuning telur. Putih telur hanya mengandung protein. 2. Vitamin K Jarang nak dapat vitamin K menerusi sayur dan buah tetapi anda boleh 'rebut' vitamin ini dalam kuning telur. Vitamin K jarang ditemui di sayur dan buah. Vitamin ini sangat diperlukan untuk kekuatan tulang dan membantu mencegah osteoporosis. 3. Otak sihat Kuning telur mempunyai vitamin B-komplek yang tinggi, pastinya jika anda makan kuning telur mampu meningkatkan kecerdasan otak. Khasiat ini diperlukan untuk cegah tekanan dan alzheimer. 4. Penurunan berat badan Jangan terlalu berfikir negatif dengan menolak kuning telur semata tidak mahu gemuk. Sebaliknya kuning telur kaya dengan nutrisi dan dapat meningkatkan tenaga dalaman tubuh walau anda tidak makan banyak, hasilnya anda lebih efektif menggunakan kalori tubuh. 5. Mencegah kanser payudara Istimewa untuk wanita, kuning telur adalah ubat pencegah kanser payudara kerana kuning telur kaya dengan vitamin selenium. Nutrisi ini mencegah tumbuhnya sel kanser pada payudara dan mencegah kanser usus besar. Fakta kuning telur mampu memengaruhi kadar kolesterol dalam tubuh juga tidak boleh diabaikan. Telur juga boleh menjadi pengganti kepada pengambilan karbohidrat jika anda ingin menurunkan berat badan atau 'on diet'. - CARI Infonet
|
22
Bagus |
26
Marah |
28
Terkejut |
24
Sedih |
5
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT