CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Bijak, Jangan Perbodohkan Rakyat - Titah Sultan Johor

26-8-2015 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21412| Komen: 249


Oleh : Dean BZ                          

Sumber foto : sinarharian


Satu petikan titah ucapan dari Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang dikeluarkan di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers baru-baru ini menjadi tarikan  nitizen.

"Rakyat pada hari ini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai maklumat yang diterima, janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi menutup keadaan sebenar."

Baginda turut memetik soal ketidakstabilan politik dan ekonomi negara pada masa ini.

"Suasana politik dan ekonomi negara yang berada dalam keadaan yang tidak stabil pada masa ini merupakan isu utama yang perlu ditangani oleh kerajaan dengan segera," titahnya.

Memetik dari laporan sinarharian, walaupun kedudukan sebagai Sultan tidak dibenarkan untuk mencampuri urusan politik, tetapi baginda juga bertanggungjawab untuk memastikan suasana kehidupan rakyat di negeri Johor berada dalam keadaan yang baik, maju dan makmur.

"Saya mengesa kepada pihak kerajaan yang memerintah supaya segera menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sekarang ini, antaranya mengenai kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk.


"Suka juga saya ingatkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan janganlah mengutamakan kepentingan peribadi," titah baginda.

"Selesaikanlah masalah-masalah yang timbul dengan segera," tegas baginda lagi.


Baginda bertitah sempena Hari Ulangtahun Rejimen Gerak Khas Yang Ke-50. - CARI Infonet.



20

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 25-8-2015 03:46 PM
Wolves that lead sheep ---> deep
Quote ocho 25-8-2015 03:48 PM
wolves of wall street ?
Quote dizek 25-8-2015 03:50 PM
wolves named sarawak report, the edge
and co.
Quote mattzzx 25-8-2015 04:01 PM
sultan yang berjiwa rakyat yang dapat menyelami kesusahan rakyat......
Quote famri7 25-8-2015 04:03 PM
mattzzx replied at 25-8-2015 08:01 AM
sultan yang berjiwa rakyat yang dapat menyelami kesusahan rakyat......

Menyelam dgn kapcai tampa helmet jah sis?

Senyum sinis jah.
Quote mattzzx 25-8-2015 04:04 PM
famri7 replied at 25-8-2015 04:03 PM
Menyelam dgn kapcai tampa helmet jah sis?

Senyum sinis jah.

nape tu?

Quote prettyuglybabe 25-8-2015 04:08 PM
banyak kali dah johor ni berbunyi
Quote spiderman80 25-8-2015 04:09 PM
prettyuglybabe replied at 25-8-2015 04:08 PM
banyak kali dah johor ni berbunyi

Tu yang Peyno tersentap.
Quote cilok 25-8-2015 04:11 PM
sultan negeri lain??
Xde sore ker??
Quote solstice 25-8-2015 04:14 PM
Dah berpuluh tahun UMNO BN dok memperbodohkan rakyat
Tp tak semuanya boleh diperbodohkan
Quote namirulmukminin 25-8-2015 04:19 PM
cilok replied at 25-8-2015 04:11 PM
sultan negeri lain??
Xde sore ker??

Soltan Pahang memang penjilat tegar Najib... Kompom takdak bunyi punye...
Quote asyriqa 25-8-2015 04:20 PM
Akhirnya ada la juga sultan yg berani menegur...hat lain2 tuh...jaga tembolok n rete masing2 aja ler
Quote freebird 25-8-2015 04:22 PM
solstice replied at 25-8-2015 04:14 PM
Dah berpuluh tahun UMNO BN dok memperbodohkan rakyat
Tp tak semuanya boleh diperbodohkan

dah 50 tahun lebih baru sedar??
Quote MatDeghem 25-8-2015 04:23 PM


musang walls street  


Quote NAT_11 25-8-2015 04:27 PM
Alehhhhhhhhhh.....berbunyi kerana ada sesuatu yang terbuku
di qalbuuuu............................................................................
Otherwise sonyap and jilat gak........
Quote #h$=== 25-8-2015 04:32 PM
Cakap tak serupa bikin. Aritu siapa yang galak sangat nak suruh sekolah semua guna bahasa inggeris ?
Quote dizek 25-8-2015 04:34 PM
Tuanku bagi peringatan
kepada red bean army

bukan semua orang bodoh

Quote mawarika 25-8-2015 04:37 PM
Tembak lagi dan lagi.. Rakyat menderita tau dakkk
Quote rammad25 25-8-2015 04:56 PM
kenapa ada II, IV, IV, III, IV... tolong explain sikit sapa yang tau...
klu tak silap tu rakaat dlm solat..

Lihat semua komen(249)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.225711 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top