CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kahwin Zaman Dulu-Dulu Lebih Nilai Sentimental. Setuju?

26-8-2015 07:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 39682| Komen: 94


Oleh : Dean BZ

Gambar hiasan. Sumber foto : www.ohdunia.my


Menjelang musim cuti sekolah pasti akan ada undangan perkahwinan dari saudara mara mahupun rakan-rakan. Bagi bakal pengantin, hari perkahwinan merupakan hari paling istimewa dan bersejarah dalam hidup. Oleh itu, acara dan majlis perlulah dibuat dengan meriah bak kata orang ketika itu pengantin akan bergelar Raja Sehari.

Persiapan, adat dan sambutan majlis perkahwinan pada zaman ini sudah jauh berbeza dengan sepuluh atau dua puluh tahun sebelum ini. Kita ambil sedikit contoh, jika dulu seperti sudah menjadi adat, ibu bapa akan menentukan siapakah calon hidup untuk anak mereka. Namun kini, anak-anak bebas menentukan pilihan masing-masing tetapi tidaklah bermakna 100% tanpa persetujuan ibu bapa. Perubahan ini amat berkait rapat dengan arus peredaran masa dan kemajuan teknologi maklumat yang mengubah sosial budaya masyarakat.


Mari kita lihat antara perbezaan perkahwinan dulu dan sekarang. 


#1- Rewang (gotong royong) vs Katering

Sumber foto : chitobebearchocholategoldish.blogspot.com

Dulu:
Jika ada kenduri pertunangan, perkahwinan atau sambut menantu, masyarakat akan rewang/bergotong royong membuat persiapan menjelang majlis perkahwinan. Kebiasaannya, kejiranan akan sama-sama turun membantu dan sesiapa yang pernah merasai suasana ini pasti tidak sukar melupakannya. Aktiviti rewang seperti ini memupuk semangat kejiranan yang tinggi serta mendekatkan lagi pertalian silaturahim antara masyarakat. Kini, aktiviti rewang semakin dilupakan dan jika ada pun sudah jarang kerana masyarakat lebih suka memilih katering kerana lebih cepat dan menjimatkan masa.


Sumber foto : setelkahwin.com

Kini:
Rata-rata masyarakat kini memilih katering kerana mungkin lebih mudah dan boleh memilih apa saja menu yang disukai mengikut bajet. Faktor masa juga menjadi punca katering menjadi pilihan lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Walaubagaimana pun, acara rewang masih lagi diamalkan di sesetengah kawasan, kebiasaannya di luar bandar.



#2- Kad Kahwin vs Jemputan Atas Talian


Sumber foto : unikversiti.blogspot.com

Dulu:
Dulu-dulu, kebiasaannya masyarakat Melayu akan menggunakan kad kahwin dan akan bertandang dari rumah ke rumah untuk menjemput sendiri kaum keluarga dan rakan taulan ke majlis perkahwinan yang bakal diadakan. Kini, penggunaan kad kahwin dilihat semakin hambar dan hanya kaum keluarga serta rakan paling rapat sahaja akan mendapat kad jemputan.

Sumber foto : www.bridesmaidtrade.com

Kini:
Penggunaan media sosial  secara meluas pastinya memudahkan lagi untuk berhubung walau dimana saja berada. Rata-rata masyarakat pasti memiliki akaun Facebook, Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Jadi, cara paling mudah, jemput saja ke majlis melalui Facebook atau WhatsApp. Kebaikannya pastilah menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu ke pejabat pos atau berkunjung rumah ke rumah semata-mata untuk menghantar kad jemputan. Tapi ada keburukannya juga, bagi sesetengah orang, jemputan melalui atas talian ini dianggap tidak bersungguh-sungguh jika tidak disertakan kad. Selebihnya, anda fikirlah sendiri.


#3- Berinai

Sumber foto : thesnowwybear.blogspot.com


Dulu:
Majlis berinai ni dulu-dulu pun ada cuma bezanya dulu inai dipakai hanya separuh jari sahaja.

Sumber foto : weddingdream2012.blogspot.com


Kini:
Inai sekarang? Nak sampai lengan pun ada, pelbagai corak dapat dilihat. Perubahan ini mungkin berkait rapat dengan serapan stail dan budaya Hindustan. Mungkinlah.


#4- Baju Pengantin

Sumber foto : www.dezamancottage.com

Dulu:
Cerita pasal baju ni, zaman dulu tak banyak pilihan dan tidak pelik pun jika hanya menggunakan satu persalinan. Fesyen ketika itu pun tak banyak, kebiasaannya hanya baju kurung dan kebaya sahaja.

Sumber foto : ohhinformasi.blogspot.com

Kini:
Sekarang baju pengantin memang banyak pilihan dan nampak lebih menarik. Cakap je nak fesyen apa, korea style, jepun style, british style semua ada.


#5- Pelamin

Sumber foto : lekatlekitgurl.blogspot.com

Dulu:
Zaman dulu-dulu kalau bersanding tak guna pelamin macam sekarang, ada yang bersanding atas lantai je atau pun letak dua kerusi, belakang letak tirai.

Kini:
Pelamin zaman sekarang memang banyak pilihan, macam-macam konsep baik stail english, stail arabic dan macam-macam lagi. Harga pun sampai beribu-ribu. Kalau dulu pakai dua kerusi, sekarang pakai sofa je.


#6- Fotografi

Sumber foto : asamgaram2puteri.blogspot.com

Dulu:
Ingat lagi zaman kamera pakai filem kodak? Dulu kalau tangkap gambar kahwin memang tak pasti gambar ok atau tak sebab tak boleh tengok hasil macam guna kamera digital sekarang, dulu mana ada screen display. Jadi dulu-dulu hanya jurugambar bertauliah je yang ada kamera sebab kamera dan filem zaman dulu memang mahal. Biasanya kalau tangkap gambar pun tak banyak sudut dapat ambil, cuma atas pelamin semata-mata.

Sumber foto : mediaterjah.com

Kini:
Fotografi perkahwinan zaman sekarang memang canggih-canggih sebab macam-macam kamera ada, guna telefon bimbit pun boleh. Aksi pula tak payah cerita, habis berposing atas pelamin, buat pula outdoor shooting. Macam-macam gaya dan effect boleh buat. Tak cukup gambar, rakam pula video. Memang canggih, harga pun cecah ribuan ringgit.

Itulah antara perbezaan kahwin zaman dulu-dulu dan sekarang, ada baik dan ada buruknya. Cuma pada pandangan penulis, tentang kenduri kahwin tu memang penulis lebih gemarkan rewang style kerana ia mempunyai nilai-nilai sentimental yang tinggi. Apapun, bab kata pepatah "biar mati anak, jangan mati adat". - CARI Infonet.






*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.


29

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
13

Sedih
27

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 26-8-2015 07:29 PM
Thread apakah ini ..?

@axl_bach
Quote sambaldurian 26-8-2015 07:34 PM
Skg ni duit abes kt pelamin ngan katering je. Dulu hiasan pelamin takat stage bar sikit, tirai ke langsir ke,pastu bunga paling popular, ialah pokok puding tgh2 kerusi.jadi le
Quote sabbath_shalom 26-8-2015 07:37 PM
Biar la...zaman berubah...kadang2 mak nenek kat rumah tu yg berlebih2 sampai paksa anak buat hutang peribadi...
Quote axl_bach 26-8-2015 07:37 PM
@spiderman80, tred. kebodohan. Apakah. ini??
Quote TuntungReturn 26-8-2015 07:38 PM
apa ni? bkn isu semasa. ni elok masok board lagenda,mitos & sejarah
Quote mbhcsf 26-8-2015 07:41 PM
??? aspek mana nak bincang?

okay kalau aspek - persediaan kenduri - memanglah memori saya dulu yg buat lagu ni terakhir tahun 1991 - my cousin's wedding - ada kat kampung - depa buat balai, masak kawah , potong  bawang etc
memang best memori tu

tapi zaman sekarang - suasana sosial dah berubah - org kejar masa, kos, kecepatan sesuatu  so benda yg boleh simplify depa simplify tapi , tapinya membazir  kat belah lain pulak -  itu fefaham sendirilah...sampai berhutang - ni satu benda yg jarang berlaku 20-30 tahun lepas , tapi sekarang , yes , kan?

well....dari aspek sentimental - ini subjective , may be ada dalam kepala benchmark ? yg mana nak dikira sebagai 'sentimental' dan ia berlainan dengan say, nilai sentimental pasangan yg berkahwin - yg pakai t - shirt dan baju biasa je menikah ( yg jadi topik isu semasa tak lama dulu - yg ramai orang tegur tu kan?


what is considered as sentimental ? ade criteria, ke?

Quote spiderman80 26-8-2015 07:52 PM
axl_bach replied at 26-8-2015 07:37 PM
@spiderman80, tred. kebodohan. Apakah. ini??

Bro, thread yang dibuka oleh Wartawan Cari, momod tak ada kuasa untuk tutup.
Quote ultra78 26-8-2015 07:54 PM
Zaman sekarang kena ada photobooth







cc @aechae
Quote aechae 26-8-2015 08:00 PM
spiderman80 replied at 26-8-2015 07:52 PM
Bro, thread yang dibuka oleh Wartawan Cari, momod tak ada kuasa untuk tutup.

reporter Cari ni darjatnya lg tggi eh?

Quote aechae 26-8-2015 08:03 PM
ultra78 replied at 26-8-2015 07:54 PM
Zaman sekarang kena ada photobooth

antara bnda yg iols x berkenan....sorry

nk bergambar randomly sudah....ni nk kna acah2 bajet cute...

Quote ultra78 26-8-2015 08:08 PM
aechae replied at 26-8-2015 08:03 PM
antara bnda yg iols x berkenan....sorry

nk bergambar randomly sudah....ni nk kna acah2 bajet c ...

iols pun tak berkenan


Quote hanamunir 26-8-2015 08:11 PM
zaman sekarang kena ada candy buffet tak pun dessert table, kalau tak mulut orang mula la,
eleh makan macam ni je, nasi dengan lauk jerrrrr?
Quote spiderman80 26-8-2015 08:13 PM
aechae replied at 26-8-2015 08:00 PM
reporter Cari ni darjatnya lg tggi eh?

Mereka ni Super Moderator, jangan main-main.

Bukan darjat ke apa, tapi entah kenapa thread yang dibuka oleh Wartawan Cari, momod tak ada button tutup seperti biasa. Mungkin pihak admin dah mengeluarkan fungsi tu khas untuk Wartawan Cari.
Quote estrelle 26-8-2015 08:16 PM
ishh kalo tak buat benda alah yg remeh2 tu xpe kan..serius nak simple je kawen nanti..
Quote makneng 26-8-2015 08:43 PM
sabbath_shalom replied at 26-8-2015 07:37 PM
Biar la...zaman berubah...kadang2 mak nenek kat rumah tu yg berlebih2 sampai paksa anak buat hutang  ...

Khennn lps mejelis pakat2 ikat perut.  Dek kerna mejlis yg sehari timbun hutang seumur idup.
Quote glump 26-8-2015 08:45 PM
Masa rawang aku bersosial  ngan org ramai masa rawang aku belajar resepi n tradisi  setempat.zaman dh berlalu  
Quote sabbath_shalom 26-8-2015 08:48 PM
Edited by sabbath_shalom at 26-8-2015 08:51 PM
ultra78 replied at 26-8-2015 07:54 PM
Zaman sekarang kena ada photobooth




Selama hari ni puas aku pikir pejadahnye semua tu...baru tau photobooth rupanye... Lol
Quote sabbath_shalom 26-8-2015 08:50 PM
makneng replied at 26-8-2015 08:43 PM
Khennn lps mejelis pakat2 ikat perut.  Dek kerna mejlis yg sehari timbun hutang seumur idup.

Ada yg terputus tengah jalan akibat hutang kahwin sis....

Ada setengah tu pulak...kahwin tapi bila malam tak dapat bersama akibat stress hutang 24/7
Quote xAthenax 26-8-2015 08:50 PM
kaka suka gambar kawin anak wak Yidin



Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.287026 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top