CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Budak dikurung, didera bagaikan banduan !

26-6-2013 09:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21833| Komen: 218




BEGINILAH keadaan kaki mangsa yang cedera teruk kerana disyaki didera oleh bapa tirinya sejak dua bulan lalu.

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disyaki diseksa tanpa belas kasihan oleh bapa tirinya ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan badannya penuh dengan kesan dicucuh rokok selain dibiarkan kebuluran hingga tidak mampu berjalan.


Penderitaan kanak-kanak itu ditambah lagi dengan kesan bengkak dan melecur di kedua-dua belah kaki, lebam di seluruh badan termasuk mata dan mulut, kesan luka yang telah dijangkiti kuman dan bernanah selain dikurung sejak beberapa bulan lalu di sebuah rumah sewa di Gong Badak dekat sini.


Bagaimanapun, kanak-kanak itu bernasib baik apabila dia dapat diselamatkan pada pukul 5 petang kelmarin selepas seorang jiran bertindak menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Sepasukan anggota keselamatan yang pergi ke rumah itu diselubungi pilu apabila kanak-kanak tersebut terus meminta makanan dalam keadaan terketar-ketar ekoran kebuluran tanpa menghiraukan kesakitan yang dialaminya ketika itu.


Difahamkan, sebelum diselamatkan, jiran mangsa telah pergi ke rumah sewa tersebut setelah terdengar bunyi budak menangis selepas dipukul.



4

Bagus
3

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 26-6-2013 07:13 AM
ya allah.....jahatnya manusia...
Quote MissNigga 26-6-2013 07:14 AM
... Ya Allah ... kasihannya...

Wei jantan... kalo ko tak nak jaga anak tu, ko serah ler kat orang lain .... bangsatttttttttttt....
Quote jazaa 26-6-2013 07:15 AM
sorang lagi pompuan gatal bijik.....
Quote menjad 26-6-2013 07:15 AM
bapak xleh harap!
Quote MissNigga 26-6-2013 07:16 AM
tak dapat bayangkan... budak budak umur 7 tahun .... begging for food despite suffering from pain....

mmg kebulor giler ler budak nie .... kasihannya .........
Quote redz85 26-6-2013 07:19 AM
mak dia mana? tak kan diam aje anak sendiri di dera

syukur ada jiran yang ada hati perut
Quote noor2 26-6-2013 07:23 AM
bapa tiri......maknya mana???...eiii nila perempuan gatal nak kawin lagi...nak melempiaskan nafsu ja...nak belaian lelaki..tak dak lelaki tak leh hidup...sial sangat....anak2 terbiar...
Quote alieyrina 26-6-2013 07:29 AM
Smlm polis dah revealed gambaq pak tiri dia..ngan mak dia..harap2 xdan polis tangkap. Biaq kena belasah x pun kena

lenyek treler 20 taya depa ni
Quote tobby 26-6-2013 07:33 AM
moga dihukum dgn seberat2 hukuman. jgn pula hukuman lg ringan dari pencuri susu di supermarket.
Quote kakiputaralam 26-6-2013 07:34 AM
Masih wujud

Quote novelloverzz 26-6-2013 07:58 AM
Ya Allah siannya si anak...si mak tu sangap nak berlaki sampai sanggup biar anak didera..elokla dah kena tangkap..bukti dah ada depan mata..biar dua2 merengkok dalam penjara...
Quote novelloverzz 26-6-2013 07:59 AM
alieyrina posted on 26-6-2013 07:29 AM
Smlm polis dah revealed gambaq pak tiri dia..ngan mak dia..harap2 xdan polis tangkap. Biaq kena bela ...

ada pic x?
Quote md.jie 26-6-2013 08:06 AM
hramjadah punye mak pak
Quote katokcun 26-6-2013 08:07 AM
xtau nk ckp pe dah...xkan xleh pk..klu xnk bela..bg jer kt org...ramai jer yg nak....
Quote haryatie 26-6-2013 08:08 AM
knpa kejam nyer..
x der hati perut langsung..
yg si emak tu  pulak sampai nya hati dia biarkan ank tu didera..
klau x nak ank tu kasi jerk kat org lain..
Quote kakikuDibibirmu 26-6-2013 08:09 AM
ummah moslem sunni bukan?
Quote shakirajefrydin 26-6-2013 08:13 AM
macam haram perangai bapak tiri dia.. maknya pun dah berbulan kena dera bukan nak report polis.. kesian gila tgk adik ni.. macam mana keadaan kanak2 kecil menahan diri dia di simbah air panas, dirantai, dicucur putung rokok, dipukul, dibiarkan tak makan minum beberapa hari? Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada kanak2 kecil ini agar mejadi insan yang berguna kelak.. Kau hukumlah penderanya seperti mana kau melaknat orang2 yang memungkirimu.. Amin

Harap2 adik ni tak trauma sampai besar..
Quote abil_tetra 26-6-2013 08:17 AM
maknyer dah patah tgn dok hosp pon x btau org ey anak dia tgal kat rumah tu sorg2 dgn setan...sayang laki sgt ke nih. bole plak laki p bw lari bini dari hosp...
perangai x semenggah pon ada ati la nak jaga budak tuh. bg je la kat org...
ni psl takut laki tu x bg bekalan dadah la nih
Quote mjla 26-6-2013 08:17 AM
Bagi hukum rimba jer org cam nie...

Lihat semua komen(218)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.189854 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top