Oleh : TSLOO sumber foto : http://www.sinarharian.com.my/
Anak-anak muda negara perlu melakukan satu perubahan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara kini. Itu gesaan aktivis DAP,Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara Othman ketika menyampaikan ucapan di ceramah sulung Parti Pekerja Malaysia di Pasir Tumboh Menurutnya, walaupun sudah 58 tahun Malaysia merdeka, namun amat mengecewakan apabila pentadbiran negara semakin teruk, perjalanan ekonomi semakin meleset, mata wang jatuh, anak muda semakin ramai yang menganggur dan harga rumah semakin mahal. “Saya masih muda tetapi saya sudah letih dan tidak boleh tahan dengan keadaan negara yang semakin teruk ini. Saya yakin hadirin juga sudah tidak tahan dengan semua ini. Saya menyeru orang di sini, satu perubahan perlu dilakukan." katanya yang disambut sorakan hadirin.
Majlis turut dihadiri Pengerusinya, Mohamad Sabu, Timbalan Pengerusi, Salahuddin Ayub, bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim dan barisan pemimpin utama parti baru itu, malam tadi.
Lebih 1,200 hadirin membanjiri kawasan bandar satelit Pasir Tumboh bagi menghadiri ceramah sulung parti baru itu di sini, malam tadi. - CARI Infonet sumber : www.sinarharian.com.my/
|
CrowneGlory replied at 2-9-2015 08:33 PM
Kalau rara berdebat dgn anak zahid komedi best gak dpt tgk..
ADVERTISEMENT