CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Kereta Perodua Bakal Naik!

5-9-2015 02:18 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12325| Komen: 35

Oleh Izzah Abbasy

Berikutan kejatuhan nilai ringgit, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah mencatat penyusutan keuntungan sebelum cukai sebanyak 5 peratus setakat ini. 


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salle berkata hampir 90 peratus komponen Perodua dipasang secara tempatan, namun masih wujud sesetengah komponen yang diimport menggunakan Dolar AS, sekaligus memberikan tekanan kos kepada syarikat.


Perodua masih mengekalkan harga sama untuk semua model keluaran Perodua namun penyusutan nilai ringgit berterusan menyebabkan pihaknya perlu menilai semula harga. Sementara itu, menurut laporan Astro Awani, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan;

"Masih terlalu awal untuk mengatakan apa yang boleh dilakukan. Kami masih mengkaji kesan, sudah pasti kelemahan ringgit menjejaskan industri secara keseluruhan," katanya.

Beliau turut mengulas tindakan NAZA Automotive Manufacturing (NAM) yang membuang lebih 300 pekerja baru baru ini.

"Kebanyakan pekerja ini telah diserap oleh perserta industri automotif lain. Ia bukan sesuatu yang membimbangkan jika dibandingkan pada tahun 1998."

Turut memberi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Madani Sahari, "Pengeluar akan mula mempromosi secara besar-besaran menjelang akhir tahun dan saya galakkan orang ramai membeli kereta." - CARI Infonet
18

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
19

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 4-9-2015 04:49 PM
mohon @peYno bagi sepatah dua...
Quote epis 4-9-2015 04:51 PM
tak berkereta la saya nampaknya sampai bila-bila... berhujan berpanas la merempit ke sana sini... huhuu....
Quote sub5zero 4-9-2015 04:55 PM
Spare part potong body maibi nih import US kah? harap macai2 umngok yg melompat kegirangan bila RM tergolek dog bg komen sket
Quote lostnfaun 4-9-2015 04:56 PM
Bkn nazri kata bagus ringgut jatuh ker...
Quote namirulmukminin 4-9-2015 04:56 PM
Hanya orang gila je cakap kejatuhan RM bagus utk negara!!!... Mana itu Nazri Teksi aku nak sumbat skit mulut dia dgn batang ekzos teksi!!!
Quote AbukRokok 4-9-2015 05:00 PM
harga mercedez bmw  naik gak ke
Quote mdhelmi 4-9-2015 05:03 PM
kene naikkan jugak ke
bukan ke kereta malaysia ni overprice
Quote TuntungReturn 4-9-2015 05:23 PM
vellfire naik harga x?
Quote belilies 4-9-2015 05:30 PM
Aku rase xde impak pun naik rege.. Yg keje gomen senang je blh app gov loan. Yg sakitnya cuma pekerja swasta yg br nak bertatih.

Sebbaek aku dah beli kete.
Quote Peya 4-9-2015 05:40 PM
Sen baik aku dah beli myvi awal
Quote tungkai 4-9-2015 05:53 PM
Untung susut 5% pastu meroyan nak naikkan harga supaya boleh maintain margin ko..Boleh eh camni..Choii....
Quote mommymonster82 4-9-2015 06:34 PM
Semua pentingkan diri jer...
Quote tiang@pi 4-9-2015 06:47 PM

Quote ultra78 4-9-2015 07:20 PM
Nak naikkan harga sebab keuntungan jatuh 5%.
Quote peYno 4-9-2015 08:26 PM
sebelum ni kan peyno dah cakap
company cam perodua ni yg terkesan kejatuhan RM

sebab raw material byk import.. guna USD... pastu jual kat local je.. guna rm... mmg sakit la
Quote kecimpret 4-9-2015 08:30 PM
mungkin inilah maksud nazri taxi kjatuhan rm bgs utk negara..tp dia x ckp ianya x bgs utk rakyat
Quote tightcherry 4-9-2015 10:22 PM
Boikot jgn beli... Makin byk kete..nyemak bikin jem
Quote bluehedgehog 4-9-2015 10:24 PM
Beli motorsikal klau x mampu beli keta...
Kata munturi umno
Quote msxx 4-9-2015 11:12 PM
Bl basikal lebih afdol, kata munteri

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062427 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top