Oleh : TS LOO
Tinjauan pada 2011 oleh Kajian Perokok Dewasa Global (GATS) mendapati kira-kira 4.3 juta atau 20.9 peratus penduduk Malaysia mengamalkan tabiat merokok setiap hari. Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid, tinjauan itu menunjukkan bahawa bilangan perokok tersebut terdiri daripada 39.9 peratus lelaki dewasa dan 0.7 peratus wanita dewasa. "Antara 10 dan 15 peratus atau lebih 100,000 kematian setiap tahun di negara ini disebabkan penyakit berkaitan dengan merokok." Pengguna tembakau bertanggungjawab menyumbang kepada apa yang sebaliknya boleh dicegah, kata beliau ketika menutup Seminar Mengenai Bahaya Merokok siang tadi.
Jainab berkata asap rokok boleh menyebabkan kematian kepada lebih lapan juta manusia setiap tahun pada 2030. Beliau turut memberi amaran bahawa merokok dalam kalangan remaja adalah satu trend yang membimbangkan dan jika tidak dikawal boleh menjadi semakin buruk pada masa hadapan. - CARI Infonet sumber : http://www.mstar.com.my/ |
9
Bagus |
17
Marah |
15
Terkejut |
11
Sedih |
13
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT