CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ke Lombok Ke Kita?

14-9-2015 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 203919| Komen: 726


Oleh : Dean BZ

Sumber foto : gilitransfers.com


Bila sebut pasal Lombok apa yang anda gambarkan? Sudah pasti mengenai kehebatan kata-kata cinta jejaka Lombok yang banyak memikat hati gadis Malaya bukan? Namun tahukah anda, Lombok merupakan antara destinasi yang perlu dilawati kerana banyak tempat-tempat menarik disini.

Lombok merupakan sebuah pulau di kepulauan Sunda Kecil atau Nusa Tenggara yang dipisahkan oleh Selat Lombok dari Bali di sebelat barat dan Selat Alas di sebelah timur dari Sumbawa.Pulau ini mempunyai keluasan 4,725 km2. Mataram merupakan bandar utama yang terdapat di pulau ini.


Penduduk Pulau Lombok pada tahun 1990 adalah seramai 2,403,025 orang.Lebih kurang 80% penduduk pulau ini adalah terdiri daripada suku Sasak, sebahagian besarnya memeluk agama Islam. Di kalangan mereka terdapat sebuah golongan yang menganuti agama Islam tempatan yang dipanggil Wetu Telu. Baki penduduk di Pulau Lombok adalah orang Bali, Jawa, Cina dan Arab.

Gunung Berapi Rinjani mempunyai ketinggiannya setinggi 3,726 meter di atas permukaan laut, iaitu gunung ketiga tertinggi di Indonesia.

Sumber : ms.wikipedia.org

Jom kita tengok antara keindahan yang terdapat di Lombok :


Sumber foto :blog.vokamo.com

Sumber foto : mendakigunungrinjani.blogspot.com


#1- Pesona Hutan Gunung Rinjani
Bagi yang gemarkan hutan, Taman Nasional Gunung Rinjani amat menenangkan dan hijau dengan bermacam flora dan fauna asli. Selain terdapat berbagai jenis burung,Taman Nasional Gunung Rinjani juga terkenal dengan populasi monyetnya yang begitu banyak. Gunung Rinjani merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 3.726m. Disini terdapat banyak tasik yang begitu memukau dan juga menjadi tempat perkhemahan para pendaki.


Sumber foto : www.selasar.com

Sumber foto : infotourlombok.com


#2- Air Terjun Sendang Gile
Cantikkan? Nampak sejuk dan sesuai untuk dijadikan tempat membuang stress. Air terjun ini juga dipercayai ada magik, sesiapa yang mandi akan jadi muda setahun. 


Sumber foto : www.wisatania.com


#3- Pantai Senggigi
Pantai Senggigi terletak di sebelah barat pulau Lombok. Keindahan pantai berpasir putih yang bernama Senggigi tidak dapat diragukan lagi dan ia destinasi amat sesuai untuk berbulan madu.

Sumber foto : wwww.baliblog.com

Sumber foto : www.enjoylombok.com


#4- Pura Batu Bolong Lombok
Sama seperti pura yang ada di pulau Bali, pura ini juga mengharuskan pengunjung menggunakan kain berwarna kuning di pinggang selama berada di dalam kawasan pura, juga perlu menjaga kesopanan kerana pura merupakan tempat ibadah keagamaan.


Sumber foto : katalogwisata.com 

Sumber foto : www.pegipegi.com

Sumber foto : koransuararakyat.org


#5- Pulau Gili
Selain Pantai Senggigi, pantai di Pulau Gili merupakan antara pantai tercantik yang terdapat Lombok. Kejernihan air yang membiru, pasir pantai yang putih serta keindahan terumbu karang menjadikan pantai-pantai di pulau ini antara destinasi wajib buat penyelam dan juga pencinta alam. 


Selepas melihat keindahan yang terdapat di Lombok ini, ada tak rasa nak ke sana? Apa tunggu lagi, jom ke Lombok. Jauh perjalanan, luas pemandangan. - CARI Infonet

18

Bagus
5

Marah
15

Terkejut
5

Sedih
18

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote farisya 2-3-2010 11:15 PM
tahla takthu ler lak yg i thu ramai gak gadis malaysia ikut jejaka lombok.maybe diaorgni jenis ensem2 n cantik2 lau tak mcmner ramaijer kawen dgn jejaka lombok
Quote masuco 2-3-2010 11:25 PM
tahla takthu ler lak yg i thu ramai gak gadis malaysia ikut jejaka lombok.maybe diaorgni jenis ensem2 n cantik2 lau tak mcmner ramaijer kawen dgn jejaka lombok
farisya Post at 2-3-2010 23:15


depa kuat mandremmm kot!{:2_77:}
Quote farisya 2-3-2010 11:30 PM
depa kuat mandremmm kot!{:2_77:}
masuco Post at 2-3-2010 23:25

yg ni den no komen la hahahahahahahahhaha tingat lak aku kat sowang minah ni yang lari dgn jejaka indon nm abg Jo huhuuhuhuhuhuhuhu
Quote pawangBuaya 2-3-2010 11:33 PM
rupa tak penting...
ayat mesti baaeekkkk punyaa....
Quote farmasi 2-3-2010 11:34 PM
lombok ni ala2 bali gak, kat sana pun ada pantai kuta.
kalau dapat harga murah garuda mcm iklan dia bole la
fly in ke mataram, lombok then naik feri ke bali, balik
kl dari denpasar dgn mas. yg heran garuda kata ada
offer ke mataram tapi aku cari harga mahal je bukan
macam yg dia advertise. maybe kena tel ofis dia la kut
Quote farisya 2-3-2010 11:37 PM
lombok ni ala2 bali gak, kat sana pun ada pantai kuta.
kalau dapat harga murah garuda mcm iklan dia bole la
fly in ke mataram, lombok then naik feri ke bali, balik
kl dari denpasar dgn mas. yg hera ...
farmasi Post at 2-3-2010 23:34

huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu g nek tongkang jer
Quote dvpro 2-3-2010 11:42 PM
Post Last Edit by dvpro at 2-3-2010 23:43
lombok ni ala2 bali gak, kat sana pun ada pantai kuta.
farmasi Post at 2-3-2010 23:34

Tapi yg membezakan, kat Lombok tak byk pelancong sangat. Pembangunan pun masih belum over mcm Bali, bak kata masih virgin.
Quote azie99 3-3-2010 12:06 AM
tk atas respond semua....tapi tadi kat tv dia tunjuk beach biru giler dgn few resort mmg teruja lah tgk. mmg jam2 tu lah rasa nak pegi. chef wan siap bole massage tepi pantai lg..tak leh jadi ni kena cari gak
Quote azie99 3-3-2010 12:09 AM
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu g nek tongkang jer
farisya Post at 2-3-2010 23:37

sya, naik tongkang kang takut tak smpai lak...karam kat laut. nak berenang pun kuak lentang jer tau...hehheh
Quote azie99 3-3-2010 12:11 AM
lombok ni ala2 bali gak, kat sana pun ada pantai kuta.
kalau dapat harga murah garuda mcm iklan dia bole la
fly in ke mataram, lombok then naik feri ke bali, balik
kl dari denpasar dgn mas. yg hera ...
farmasi Post at 2-3-2010 23:34

Farmasi,
feri dr lombok ke bali brapa lama? jgn lah sehari semalam lak
Quote adaraish 3-3-2010 01:20 AM
Lombok ni, kalau maid dr sini biasanya rajin2. Seperkara yg tak berkenan pasal lombok ni , org2 islam dia lebih kurang macam di padang/bukit tinggi, suka bela anjing as binatang peliharaan. anjing2 ni siap di gendong,  dibelai,dipeluk. Tak tahu lah macam mana depa ni rasa biasa aje dgn anjing ni.
Quote dvpro 3-3-2010 01:33 AM
Post Last Edit by dvpro at 3-3-2010 02:07
feri dr lombok ke bali brapa lama? jgn lah sehari semalam lak
azie99 Post at 3-3-2010 00:11

Aku tolong jawabkan, feri mau makan masa dekat 5 jam jugak. Pastu kalau nak seberang dari Lombok ke Sumbawa lebihkurang 1½ jam. Pastu kalau sambung ke timur lagi boleh naik feri ke Flores, makan masa 8 jam.

Tapi kalau nak cepat, dari Bali boleh naik speedboat, yg ni cuma makan masa 2-2½ jam saja, tapi tiket dia mahal berganda2 berbanding public ferry. Kalau setakat nak ke Pulau Gili, Lombok (kat barat laut Lombok), ada yg boleh sampai dalam 1 jam saja.

Lagi pasal Lombok, kalau pantai yg senang nak pergi dekat dengan Mataram (lebihkurang 17KM), ialah Pantai Senggigi, tapi tak berapa cantik. Tapi Pantai Senggigi ni yg paling developed, so byk resort, restoran dan kedai kat sini.

Kalau yg cantik dan privacy ialah Pantai Kuta atau Kute kat selatan Lombok, lebihkurang 60KM dari Mataram. Tak banyak resort kat sini, yg terkenal Novotel. Kat sini juga terkenal dengan aktiviti surfing.

Kalau nak pergi pulau yg lagi jauh dari hiruk pikuk dan pantai yg lagi virgin, ialah Kepulauan Gili (ada 3 pulau kesemuanya). Kat sini popular dengan snorkeling dan diving.
Quote tweety 3-3-2010 02:26 AM
lombok ni yg ramai jejaka hensom tu kan..
Quote KoSe 3-3-2010 10:12 AM
lombok dan pulau2 lain sehingga TIMOR LESTE mmg menarik untuk dilawati..aku tunggu airasia bukak flight pi sana..
Quote azie99 3-3-2010 01:01 PM
Post Last Edit by dvpro at 3-3-2010 02:07


Aku tolong jawabkan, feri mau makan masa dekat 5 jam jugak. Pastu kalau nak seberang dari Lombok ke Sumbawa lebihkurang 1½ jam. Pastu kalau sambung  ...
dvpro Post at 3-3-2010 01:33

confuse sket pasal kuta nih.....bukan ke kat bali... ke ada lain kuta ke atau kuta yg sama?, tak jumpa lah mana2 iklan/tour agen dok promote lombok ni
Quote azie99 3-3-2010 01:02 PM
lombok ni yg ramai jejaka hensom tu kan..
tweety Post at 3-3-2010 02:26

maybe kot...tu pasal lah ramai yg rela lari gi sama...hihihi. tapi saya nak gi cuti jer....
Quote dvpro 3-3-2010 01:25 PM
confuse sket pasal kuta nih.....bukan ke kat bali... ke ada lain kuta ke atau kuta yg sama?
azie99 Post at 3-3-2010 13:01

Heheh... jangan konpius, memang ada Kuta Beach kat Bali dan Lombok.

tak jumpa lah mana2 iklan/tour agen dok promote lombok ni
azie99 Post at 3-3-2010 13:01

Try sini: Lombok Network
Quote tweety 3-3-2010 06:11 PM
jom jom kita gi lombok..azie nanti cerita ok vacation kat sana..
Quote azie99 3-3-2010 11:46 PM
jom jom kita gi lombok..azie nanti cerita ok vacation kat sana..
tweety Post at 3-3-2010 18:11

InsyaAllah nak pegi ni... tengah dok gather2 dgn kawan2 yg kaki snorkeling. tapi dlm hati tu takut gak sbb sume yg nak pegi ni wanita2 jelita ...hihihi. ramai sgt yg ckp pria sama hebat... takut terlekat lak kat sana.
tapi info dvpro mmg bagus, klik jer kat Lombok Network tu...

Lihat semua komen(726)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.237285 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top