CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rindukan 'Street Food'? Ayuh Ke Genting Sehingga Hujung Bulan Ini

14-9-2015 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10913| Komen: 42

Oleh Adib Za
Foto Adib Za, Suk Wah

Anda rindukan makanan jalanan di negeri kelahiran anda? Siapa boleh lupakan char kuey teow atau rojak pasembor di Pulau Pinang? Atau ikan bakar, ais kacang dan cendol yang mudah didapati di pasar malam atau kawasan medan selera? Begitulah keunikan makanan penjaja, gerai atau jalanan yang menjadi identiti kepada Malaysia yang berbilang kaum. 




Berita baiknya, bermula 7 hingga 30 September ini, anda tidak perlu pergi jauh, digabungkan kesemua makanan jalanan (street food) yang terkenal di Malaysia ini di bawah satu bumbung melalui Festival Makanan Malaysia.

Acara yang diadakan di First World Plaza, Genting Highlands ini merupakan kali kedua dianjurkan selepas kejayaan dan permintaan memberangsangkan tahun lalu. Apa yang menariknya di sini ialah, pelbagai makanan yang terkenal sebagai makanan jalanan ditampilkan meliputi 'signature dish' di pelbagai negeri. 


Ini termasuklah laksa asam, nasi ayam Hainan, nasi kandar, murtabak, mee suah itik herba, sup kambing dan sebagainya. Ia sekaligus membolehkan anda menikmati kesemua jenis makanan ini pada masa dan lokasi yang sama ditambah dengan fasiliti serta kemudahan yang menyelesakan.

Menurut Pengurus First World Cafe, Rajis Othman terdapat lebih daripada 21 'gerai' yang menyediakan pelbagai makanan jalanan yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia.

"Bagi menampilkan suasana seperti kawasan penjaja dan medan selera sebenar, kami menghadirkan gerai dan replika yang mirip dengan suasana pasar malam. Ini termasuklah gerai, lampu jalan, papan tanda dan sebagainya. Dari segi kualiti, kami berikan yang terbaik kerana setiap jenis makanan disediakan oleh chef berpengalaman," ujar Rajis.




Penulis berkesempatan merasai sendiri suasana di  "Malaysian Street Food" ini yang dibuka untuk dua sesi (12 tengahari sehingga 2.30 petang, 5.30 petang sehingga 9.30 malam).

Di kiri dan kanan dipenuhi dengan gerai-gerai yang menjual makanan yang mengimbau kenangan anda ketika berada di kampung halaman dan zaman kanak-kanak. Rambang mata juga dengan pelbagai jenis makanan, tidak tahu mana satu yang hendak didahulukan. 

Tau Fu Fa panas menjadi pilihan sebagai pembuka selera. Jika anda inginkan teh tarik, jangan risau, di sini ada disediakan di gerai air. Apa kata kita mulakan dengan rojak buah dan juga nasi goreng kampung pedas yang disediakan panas-panas.



Satay Kajang sentiasa menjadi kegemaran penulis, tambahan di sini disediakan oleh Chef Ramzan yang mempunyai restoran Rono Satay Kajang. Resipi turun termurun dari tahun 1965 ini wajib dicuba ya! 

Aneka menu laut yang menjadi hidangan di Kuala Selangor juga boleh dinikmati di sini. Ikan bakar, sotong dan udang disediakan segar dan panas-panas, tidak dilupakan sos dan sambal belacan yang mengancam. 




Anda gemarkan makanan yang lebih berat? Nasi ayam Hainan dan char kuey teow yang menjadi 'top seller' di Genting tidak harus dilepaskan, disediakan oleh Chef Leong. Selain itu, aneka mee buat penggemarnya boleh dicuba seperti mee sup wantan, mee suah itik herba, Ipoh Hor Fun dan mee sup bebola ikan. 

Masakan mamak seperti nasi kandar yang didatangkan dengan ayam berempah, kambing masala, acar dan papadum turut setia menanti anda! Tidak dilupa roti canai dan juga murtabak yang disediakan panas-panas. Memang kecur air liur dibuatnya.




Bagi anda yang sukakan kuih muih, di sini terdapat lambakan dan pelbagai jenis kuih Melayu dan Nyonya, seperti kuih bingka, kuih talam, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, aneka pau dan sebagainya.






Jangan lepaskan peluang anda untuk membawa keluarga ke Malaysia Street Food ini. Hanya sehingga hujung bulan ini! Hanya RM65 bagi dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. - CARI Infonet
15

Bagus
14

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enKeladi 14-9-2015 05:13 PM
wow best nyer...#lama dah x pergi
Quote ladybird_ 14-9-2015 05:17 PM
nak tau fu panas satu!
Sedapnyer...
Quote ladybird_ 14-9-2015 05:17 PM
*tau fu fa
Quote uori 14-9-2015 05:19 PM
Quote BungaTepiMeja 14-9-2015 05:20 PM
suk wah tu sejenis makanan ke? dengar mcm sedap... mcm suun mcm tu
Quote comel91 14-9-2015 05:21 PM
ais kacang... sukenye.. memang kegemaran sangat.. tak dela mahal sngt kan..bawah 100..
Quote aiskrimvanilla 14-9-2015 05:22 PM
makan makan dan makan... bestnyee..
Quote alieyrina 14-9-2015 05:24 PM
Argghh...nangis dulu
Quote TuntungReturn 14-9-2015 06:01 PM
pesal penang bnyk sgt? ..
Quote skyreds 14-9-2015 06:30 PM
lapo3 ...
Quote bellaa 14-9-2015 07:33 PM
akak @AbukRokok jom 21/9 - 22/9 naik genting
Quote @inardni 14-9-2015 07:37 PM
Halal ke
Quote kelapaparut 14-9-2015 07:44 PM
Nmpk gmbr nasi ayam kat atas tu mcm menari2 je ayam, suke ye kene makan
Quote airfilterkotor 14-9-2015 08:41 PM
Macam konsep kat The Mall (Yaohan) suatu ketika dahulu jer.
Quote primemova 14-9-2015 08:54 PM
Malaysian street food apa benda... Mostly makanan cina penang jer... Better rename ke malaysian chinese street food or jalan alor street food
Quote ejans 14-9-2015 09:06 PM
65 tu mkn unlimited ke. Buffet eh? Kalo cemtu mcm best je. X rugi. Ada seafood bakar bagai
Quote mesmerize 14-9-2015 09:16 PM
fullamak kena pegi ni sis. halalun toyyiba ke ?
Quote mesmerize 14-9-2015 09:17 PM
lef buffet style sis. ingatkan ala - carte. tapi oklah RM65 kalau nak cekik semua menu tu. banyak tu.
Quote shamsadis 14-9-2015 09:26 PM
makanan berasal dari Guangzhou dengan Kunming ka

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.058250 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top