CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Akhirnya Najib mengalah dan penstrukturan air Selangor akan dibincang dgn Khalid

27-6-2013 02:27 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5564| Komen: 36

MB: Penstrukturan semula air S'gor dijangka selesai Sept

10:41AM Jun 27 2013

Proses penstrukturan semula industri pembekalan air di Selangor dijangka selesai pada September berikutan komitmen yang ditunjukkan Perdana Menteri untuk bekerjasama bagi menyelesaikan perkara itu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya telah menerima surat Datuk Seri Najib Tun Razak bertarikh 19 Jun lepas menyatakan beliau sangat terbuka dan bersedia berbincang bagi menyelesaikan penstrukturan semula bekalan air seperti dikehendaki Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

"Perdana Menteri menyatakan beliau telah meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk mengambil tindakan susulan bagi mengadakan perbincangan dengan kerajaan Selangor dalam tempoh terdekat.

"Kerajaan negeri melihat perkara ini sebagai perkembangan positif ketika kita menyiapkan draf dokumen pengambilalihan syarikat konsesi mengikut terma dan syarat yang akan dipersetujui serta selari dengan WSIA," katanya dalam kenyataan di Shah Alam semalam.

Abdul Khalid berkata pihaknya juga telah menyiapkan draf mengenai tanggungjawab dan bidang kuasa semua pihak termasuk Perbadanan Kementerian Kewangan, Perbadanan Urus Air Berhad dan syarikat konsesi.

Beliau berharap Perdana Menteri mendapat mesej jelas mengenai kesungguhan dan komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan penstrukturan semula ini demi kepentingan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor menyokong penuh cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menutup sementara sekolah agama kerana jerebu bagi kawasan yang mengalami Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 300.

Sehubungan itu, beliau berkata semua sekolah agama negeri, sekolah yang menerima bantuan (Kafa Integrasi) dan sekolah persendirian yang berdaftar di bawah Jais secara automatik wajib ditutup untuk sementara apabila IPU melebihi 300 seperti yang diarahkan Kementerian Pendidikan.

"Bagi kawasan IPU antara 250 hingga 300, pihak pentadbiran sekolah yang berkenaan perlu memaklumkan kepada jabatan tentang penutupan sekolah. Sekolah di kawasan IPU di bawah 250 masih boleh dibuka dengan mengambil langkah seperti memakai topeng muka, mengehadkan aktiviti luar kelas dan segera merujuk ke hospital jika pelajar atau guru mengalami gangguan kesihatan," katanya.

Abdul Khalid berkata semua sekolah perlu mematuhi panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Pendidikan untuk menutup sekolah atau memberi cuti kepada guru dan murid akibat jerebu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 27-6-2013 12:20 PM
sebenarnya PM kita kena laa sunjuk sikap free mind...takkan selalu kita je betul...orang lain dok salah je...kan berunding gini kan bagus.....
Quote gogo2 27-6-2013 12:23 PM
gaara_X posted on 27-6-2013 12:20 PM
sebenarnya PM kita kena laa sunjuk sikap free mind...takkan selalu kita je betul...orang lain dok sa ...

dorang ingat boleh dpt balik Selangor dlm PRU13. Mana tahu majoriti lagi tinggi sebab Selangor tempat urban.

BN sekarang takyah harap nak dpt balik Selangor.

Jadi sekarang terpaksa runding.

Penang pun BN sudah mengalah dan semua dibuat rundingan dgn Lim Guan Eng.

Khalid dan Guan Eng dah jadi power dlm state memasing.
Quote perang_candu 27-6-2013 12:23 PM
Keputusannya Khalid Ibrahim diistiharkan menang.  Najib kalah.
Quote pyropura 27-6-2013 12:24 PM

....baguslah begitu wahai puak 47%....
Quote akughi 27-6-2013 12:30 PM
PM cakap mari berdamai jadi elok la kalo PM berunding ngan MB2 ni......usaha awal tuk menyelesaikn masalah dan berdamai.....semoga pemimpin pembangkan boleh mencontohi PM kite ni......
Quote gogo2 27-6-2013 12:33 PM
akughi posted on 27-6-2013 12:30 PM
PM cakap mari berdamai jadi elok la kalo PM berunding ngan MB2 ni......usaha awal tuk menyelesaikn m ...

sekarang terpaksa mengalah. Dulu main tutup buka air mcm budak kecik
Quote jerukkedondong 27-6-2013 12:33 PM
kan bagus  cam ni..
aku ingat najib dengar cakap kak mah pinky jer...
Quote melia_star 27-6-2013 12:40 PM
baguslah...akhirnya Najib tunjuk sikap matang dan pro sbg PM...thumbs up Najib...
Quote akughi 27-6-2013 12:45 PM
gogo2 posted on 27-6-2013 12:33 PM
sekarang terpaksa mengalah. Dulu main tutup buka air mcm budak kecik

bukan sekarang terpaksa mengalah.....tapi PM yg ajak berdamai, jadi dia kene mulakn dulu, yg ko ni tak sudah2 menyalak ape hal.......ke ko masih lagi di takuk yg lame?
Quote AHMADVW 27-6-2013 12:47 PM
aku hrp gomen juga byr royalti kat kelantan, itu hak rakyat dia
Quote gogo2 27-6-2013 12:48 PM
akughi posted on 27-6-2013 12:45 PM
bukan sekarang terpaksa mengalah.....tapi PM yg ajak berdamai, jadi dia kene mulakn dulu, yg ko ni ...

ok lah.. i support PM jugak kalau dia nak berdamai...
Quote totokreturn 27-6-2013 12:49 PM
Tan sri khalid bagi kata 2, jika mahukan projek langat 2 diteruskan di selangor.. syabas harus dipulangkan kepada kerajaan selangor dan harga air yg akan dikenakan nanti sama sekali tidak akan membebankan rakyat selangor..... najib terpaksa tunjuk demi projek langat 2..

Tapi, ada macai pikir, najib dah jadi baik hati...kah...kah...
Quote mehmet 27-6-2013 12:49 PM
gogo2 posted on 27-6-2013 12:23 PM
dorang ingat boleh dpt balik Selangor dlm PRU13. Mana tahu majoriti lagi tinggi sebab Selangor tem ...
Khalid dan Guan Eng dah jadi power dlm state memasing
ye, dan yang aku bimbang cuma dalaman parti diorg jek... still boleh wat kerja  at reasonable/effective cost

Quote melia_star 27-6-2013 12:51 PM
totokreturn posted on 27-6-2013 12:49 PM
Tan sri khalid bagi kata 2, jika mahukan projek langat 2 diteruskan di selangor.. syabas harus dipul ...

ala tok....bagilah can sikit kt Najib tu....at least lembut sket hati dia tuh......
Quote perang_candu 27-6-2013 01:18 PM
Kan aku dah kata.. Najib terpaksa melutut kat Khalid. Sebenarnya Khalid lebih power dari Najib.. Khalid 1 - Najib tulur. Satu kemenangan moral keatas pakatan rakyat. Bye bye BN..
Quote gede-bab 27-6-2013 01:20 PM
bagi jerlah Selangor urus air tu...kalu terbukti esok makin teruk ambil balik...kalu makin baik teruskan sajer....saja nak gaduh2....
Quote surwanis 27-6-2013 01:39 PM
harap xde la masalah ayer lagi...
Quote cikatilia 27-6-2013 03:14 PM
berikutan komitmen yang ditunjukkan Perdana Menteri

dia gak yg betol kan....
dia gak yang komited
dia lah segala2nya



Quote dino 27-6-2013 03:16 PM
gogo2 posted on 27-6-2013 12:33 PM
sekarang terpaksa mengalah. Dulu main tutup buka air mcm budak kecik

ok ape... najib dah berpijak dibumi nyata... skrg bukan masa nak gaduh2 dah,.... masa bekerja semua.... biar anwar meroyan sorang2 nak jd pm...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.096828 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top