CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Bugis terbakar akibat merokok

27-6-2013 02:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6894| Komen: 28



PELABUHAN KLANG - Replika kapal Bugis yang menjadi mercu tanda di Tanjung Harapan, di sini hampir musnah keseluruhannya akibat terbakar didakwa angkara ‘orang gila’ yang kuat merokok.
       
 Saksi, Mohd Dalip Mohd Noor, 44, berkata, dia pada mulanya melihat terdapat asap keluar dari celahan papan dari arah belakang replika kapal tersebut.
       
 “Semakin lama, kepulan asap tersebut dilihat semakin banyak sebelum seorang lelaki yang dikenali penduduk sekitar sebagai orang kurang siuman keluar dan turun dari kapal tersebut untuk menyelamatkan diri.
       
 “Tidak lama selepas itu, kelihatan api mula membakar bahagian dalam kapal tersebut, saya terus menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
       
 Menurutnya, 'orang gila' itu selalu menjadikan kapal tersebut sebagai tempat rehat kerana ia dilengkapi bilik air.
       
“Selain itu, tabiatnya yang suka meminta rokok daripada sesiapa sahaja yang ditemuinya mengukuhkan lagi keyakinan bahawa dia yang menyebabkan kebakaran tersebut,” katanya.
       
 Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Mohd Syamsul Jamil berkata, pihaknya menerima aduan daripada saksi pada jam 1.59 petang.
       
Menurutnya, sebuah jentera dan seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum tiba lima minit kemudian.
       
 “Kebakaran yang mengakibatkan 50 peratus daripada bahagian kapal hangus berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.15 petang,” katanya.
       
 Beliau berkata, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.


8

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakweneelofa 27-6-2013 11:43 AM
alah...replika hanyalah replika
Quote peachRose 27-6-2013 11:53 AM
knp aku rasa cam kelakar je berita nih?
Quote the_killer 27-6-2013 11:56 AM
kapal bugis pon...najib mesti marah ni...ini tanah melayu..sepatutnya kapal melayu diperbanyakkan
Quote pyropura 27-6-2013 11:58 AM
the_killer posted on 27-6-2013 11:56 AM
kapal bugis pon...najib mesti marah ni...ini tanah melayu..sepatutnya kapal melayu diperbanyakkan {: ...

.
..kapal Mulayu??



Quote eco_internet 27-6-2013 12:10 PM
asal org gila tu tak terbakar skali...kalau dia berjaya menyelamatkan diri dpd kebakaran, kiranya dia masih waras la tu...
Quote the_killer 27-6-2013 12:12 PM
pyropura posted on 27-6-2013 11:58 AM
.
..kapal Mulayu??

itu lah dia
Quote syafiq79 27-6-2013 12:27 PM
org gila merokok...heheheeh
Quote edoraixora 27-6-2013 12:29 PM
org gila tu hanya andaian awal....
Quote mizkajura 27-6-2013 03:35 PM
claim insuran isu....
Quote callance 27-6-2013 03:42 PM
ILANG LA TARIKAN UTK DTG TG GILA...
Quote gede-bab 27-6-2013 03:57 PM
tahu pulak orang gila tu menyelamatkan diri.....
Quote the_killer 27-6-2013 03:59 PM
kapal itu patut dihantar ke sulawesi..tempat asal muasal bugis nye
Quote amyainsamad 27-6-2013 04:03 PM
la...baru nk g sini
Quote the_killer 27-6-2013 04:11 PM
amyainsamad posted on 27-6-2013 04:03 PM
la...baru nk g sini

kamu bugis ke
Quote Limao 27-6-2013 08:06 PM
Ini adalah satu petanda JDT kalah esok sebab sultan die ngan sultan s'ngor keturunan bugis.  
Quote shayjr 27-6-2013 08:36 PM
perokok gile ke orang gile merokok...
Quote stryder_cats 27-6-2013 08:58 PM
dah la jerebu teruk kt pelabuhan klang... ada plak yg trbakar
Quote chique 28-6-2013 05:36 AM
selama ni dok pi tanjung harapan, tak tau pun yang tu replika kapal bugis. ni dah terbakar, baru ku tau.
Quote Fariz07 28-6-2013 10:06 AM
habis la bugis mengamuk kapal diaorang terbakar hehehe

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.049522 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top