Oleh Izzah Abbasy
Ramai yang menjadikan kolam renang sebagai tempat bersantai mahupun untuk berenang. Tetapi pernahkah anda terfikir untuk berenang di kolam yang sekelilingnya terdapat ikan jerung? Nak teruskan berenang atau terus lari? Di, Las Vegas terdapat kolam renang unik di mana kolam renang ini mengelilingi tangki besar yang mengandungi ikan jerung, ikan pari dan kehidupan laut yang lain. Lebih unik, kita boleh memasuki ke dalam terowong dalam tangki tersebut. Akuarium air masin ini terdapat rumah kepada ikan jerung, ikan buntal, ikan Tangs dan lain-lain hidupan laut eksotik. Kolam renang unik ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Las Vegas. Golden Nugget mempunyai kolam yang luar biasa dan meletakkan ia pada kedudukan tinggi bersaing dengan beberapa hotel terbaik di Las Vegas Strip. Kolam yang bernilai $30 juta mempunyai akuarium 200,000 gelen air masin. Ia sebuah kolam yang sangat menarik. Anda boleh berenang dengan melihat lebih daripada 200 jenis ikan, termasuk ikan pari yang mengelilingi kolam 30 hingga 50 kaki, tangki akrilik 200,000 gelen penuh dengan kehidupan marin, dan tiub gelongsor air tertutup tiga tingkat. Anda akan melalui tangki ini dalam masa lapan saat sahaja. Kolam ini diuruskan oleh The Mirage sendiri di rumah akuaria tersebut. Akuarium ini dibersihkan 2 hingga 3 kali seminggu oleh kakitangan akuarium dan akan menyelam ke dalam tangki. Penyelam boleh dilihat pada awal pagi kerana mereka akan menggosok batu karang, lap tingkap akrilik, dan sifon batu. Penyelenggaraan ini membantu memastikan air yang sihat untuk kehidupan laut ini dan mengekalkan pandangan dari segi estetik. Boleh fikir berkali-kali untuk berenang di sini. Sebab, kena fikir jugalah kalau tiub atau tangki tersebut pecah, tak pasal-pasal ikan jerung boleh makan kita. - CARI Infonet
Kredit info : dairishare |
10
Bagus |
10
Marah |
24
Terkejut |
15
Sedih |
18
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT