Oleh Izzah Abbasy
Suka bercuti di mana? Luar negara? Tempat sejuk? Kawasan hutan? Pantai? Kenapa ramai yang suka ke tempat yang mempunyai pulau dan pantai yang cantik? Ha, inilah masanya untuk kongsikan pengalaman anda apabila berada di tempat yang menenangkan. Iyalah, seharian dan berbulan-bulan asyik dengan tekanan kerja, pulau atau pantai adalah suatu destinasi yang sangat tepat untuk mengembalikan ketenangan dan meredakan tekanan. Kalau sebut pantai, ramai yang ke Bali, Indonesia mahupun pantai yang terdapat di luar negara. Namun, tanpa kita sedari pantai atau tempat pelancongan di Malaysia masih banyak yang cantik dan memukau pandangan. Kali ini, penulis kongsikan dengan anda penginapan Panuba Inn di Pulau Tioman, Pahang yang mempunyai pemandangan yang cantik di sekelilingnya. Berada di dalam bilik penginapan pun jelas kelihatan pemandangan laut yang terbentang luas ini. Membiru dan menghijau sahaja. Ternyata, menyamankan. Harga untuk bilik penginapan yang disediakan bermula daripada RM95 hingga RM195 semalaman. Jika mahu ke Pulau Tioman ini, anda perlu menaiki feri yang disediakan di Jeti Tanjung Gemok, Rompin Pahang. Sudah berkira-kira untuk bercuti? Ambillah peluang untuk ke Panuba Inn Pulau Tioman ini. Pasti tidak akan mengecewakan anda. - CARI Infonet
Kredit Foto : Rizal Hakimm |
19
Bagus |
11
Marah |
13
Terkejut |
12
Sedih |
24
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jelitaqasyah replied at 12-11-2015 04:32 PM
ada kawan yang duk kat tioman n family dia ada resort kat cni.. yg ni ke ek??? nnt nk cnfirmkan
ADVERTISEMENT