Ramai ibu-ibu bimbang dengan dengan perubahan payu dara selepas bersalin kerana dikatakan payu dara akan mula kendur berbanding sewaktu zaman anak dara. Benarkah hal ini berlaku? Memetik dari majalah terkemuka pa&ma, difahamkan aktiviti penyusuan bukan punca utama payu dara kendur. Sebaliknya ia disebabkan oleh kehamilan. Namun usar gusar, disini ada senaman ringkas yang mampu memejal dan menegangkan kembali payu dara selepas bersalin. Apabila payu dara pejal, hidup pun lebih yakin dan tidaklah nampak terlalu "emak-emak" kan. Nah, jom kita tengok cara senaman ringkas yang dikongsikan oleh pa&ma :
Pusing bahu Duduk di atas kerusi dengan bahu tegak. Pusing secara membulat pada kedua-dua arah. Ulang sebanyak 12 kali bagi setiap arah. Tekan tapak tangan Temukan kedua-dua belah telapak tangan dan tekan secara bertentangan pada bahagian tengah tapak tangan. Tahan selama 10 saat baru dilepaskan. Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali. Tangan ke atas Tegakkan kedua bahagian lengan pada sudut 90° dan gerakkan keduanya ke atas dan silangkan bahagian pergelangan tangan setinggi yang boleh. Ulang langkah ini sebanyak 10 hingga 12 kali. Kuatkan otot dada Berdiri tegak dan angkat lengan hadapan sehingga paras siku. Cuba tegangkan otot dada dan lengan dengan pergerakan. Kira satu hingga lima kemudian baharu dilepaskan. Ulang langkah ini sebanyak 10 kali. Sumber : pa&ma
|
4
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
5
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT