CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Video@CARI Gaya Hidup Lihat artikel

Jual Beli Pahala, Amalan Biasa di Malaysia

22-10-2015 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 8478| Komen: 22

Video Oleh: FirdausZ


Penyalahgunaan agama untuk keuntungan bukan satu perkara baru dalam sejarah manusia. Di Malaysia sahaja banyak penjualan produk yang mengkomersilkan ayat Al-Quran, upah membaca Al-Quran, dan doa ini yang semakin diterima dan menjadi budaya penduduk terutamanya yang beragama islam.

Perbuatan mengekspoitasikan agama dari cabang yang berbeza boleh mempengaruhi orang awam dan selakigus mengelirukan dengan penyebaran hadis-hadis dan nas palsu. 

Ia merupakan satu jenayah besar dalam agama kerana membuat/menyebar dakwaan palsu menggunakan Al- quran walhal tiada sebarang nas dari Allah mahupun RasulNya.

Seperti yang diterangkan Dr Maza didalam blognya:

Kadang-kala nas yang digunakan itu benar, tetapi dieksploitasikan. Umpamanya al-Quran memang menyebut tentang kelebihan madu seperti firman Allah:
(maksudnya)

“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah peraturan Tuhanmu yang dimudahkannya kepadamu”. (dengan itu) akan keluarlah daripada perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah al-Nahl: ayat 68-69).

Ayat ini adalah umum, tidak dikaitkan dengan mana-mana produk tertentu. Maka janganlah digunakannya untuk dikhususkan kepada syarikat tertentu, padahal sudah ribuan tahun manusia meminum madu dan menikmati manfaatnya, sebelum syarikat-syarikat hari ini wujud.

Namun, apabila lidah penceramah agama berkempen untuk produk tertentu, maka jelaslah bahawa dia telah mengeksploitasikan agama untuk memajukan poketnya, bukan mendaulatkan agamanya. Jika dia ingin berkempen orang ramai meminum madu, silakan. Ayat tadi pun berkempen untuk itu. Tetapi hendaklah secara umum, bukan berkepentingan. 

Justeru itu, perkara sebegini harus dibanteras dan dihentikan supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan atas perkara ini. -CARI Infonet.
28

Bagus
17

Marah
27

Terkejut
15

Sedih
19

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 22-10-2015 11:22 AM
Hihi. Jangan hencap tau.
Quote melia_star 22-10-2015 11:25 AM
kwn aku ada jual air Ghau. Dengarnya ada campuran air zamzam?!

So, failed di situ.
Quote kentel 22-10-2015 11:26 AM
lokasi ni area seksyen 7 jerk...compemkan @MissNigga
Quote MissNigga 22-10-2015 11:40 AM
kentel replied at 22-10-2015 11:26 AM
lokasi ni area seksyen 7 jerk...compemkan @MissNigga

iols pakai pc opis ler yang .. tak leh nak nengok ... utube kena block
Quote kentel 22-10-2015 11:40 AM
MissNigga replied at 22-10-2015 11:40 AM
iols pakai pc opis ler yang .. tak leh nak nengok ... utube kena block

motep gadis urban x reti unblock youtube???
Quote kivio 22-10-2015 11:52 AM
Malaysia mudah cair.
Quote MissNigga 22-10-2015 11:52 AM
kentel replied at 22-10-2015 11:40 AM
motep gadis urban x reti unblock youtube???

PC opis yunk ... mana boleh simply unblock apa apa yang diblock ...
mau terima surat chenta dari VP syarikat ...
Quote nour2001 22-10-2015 11:57 AM
Ada lagi..ada yg tawar pakej tolong katamkan al Quran. Nak murah dpt pahala sikit, pakej mahal dptlah pahala..
Quote nour2001 22-10-2015 11:58 AM
Aiseh...pahala banyak
Quote selendangmerah 22-10-2015 12:59 PM
bila ditegur .. byk laa issue lain yg timbul .. uhuh

confirm deme kata wahabi ..

huhu
Quote nolya 22-10-2015 01:14 PM
nour2001 replied at 22-10-2015 11:57 AM
Ada lagi..ada yg tawar pakej tolong katamkan al Quran. Nak murah dpt pahala sikit, pakej mahal dptla ...

memang bongoklah sesape yg menyahut tawaran trs. nampak sangat orang tu tak faham ttng mempelajari dan memahamii al-Quran. Orang yg membuat tawaran pun spt nak ambil kesempatan atas kebodohan orang lain.  Kalau haji memang boleh dibuat, itupun kena ada syarat2nya.  Tetapi khatam al-Quran, beristighfarlah..... esok2 nanti ada pula tawaran untuk buatkan solat dan puasa.  Apa nak jadilah dgn orang2 Islam ni......
Quote bluehedgehog 22-10-2015 01:16 PM
salam dr maza
klau itu olang anggap dia tu setaraf level Tuhan cm mn plak ye?

Quote fire_place 22-10-2015 01:24 PM
Kebanyakan apa yg dr maza ckp tepat
Tp kang ada je lah yg terasa panas
Kang hencap pula maza wahabi.
Quote aduh2sayang 22-10-2015 02:44 PM

macam2 ler zaman sekarang... air zam2 pun ada yang menipu
Quote TuntungReturn 22-10-2015 02:48 PM
p ramlee dh cite mati pun leh tipu, minah ke do mati dlu. ni kn jual agama
Quote freebird 22-10-2015 02:51 PM
penganut agama melayu memang senang kena tipu...
Quote batmana 22-10-2015 03:44 PM
dh tau bnda tu tak betul, apasal main ckp  pkai tulis aja?

pihak berkuasa ada,

napa tak pernah dlm seumur hidup MAZA , dia pi report polis ka, ttg apa2 masalah cmni. stkt tulis dlm blog aja.

pstu psl kazim hadis palsu, senyap2 dlm surat sesama staf je. apasal tak tegur terus depan2, tepon maza ni xde duit topup ka?

aku lagi hangin dgn ulama2x cmni, dh tau ada yg tak betul tu, pi lar tegur depan2, ni setakat tulis dlm blog, igt derang kisah ka????..

apa jauhnya, pusat jualan madu tu 10000 tahun perjalanan cahaya dari planet bumi ka?

pi lar ckp depan2 CEO,

ni balik2 setakat tulis je, alahaaaii..


lemah tul ulamak cmni.
Quote perang_candu 22-10-2015 03:55 PM
batmana replied at 22-10-2015 03:44 PM
dh tau bnda tu tak betul, apasal main ckp  pkai tulis aja?

pihak berkuasa ada,

ulama pon kena jual nama dulu.. baru cakap cakap nya laku.

ko pernah dengar term 'viral' tak

Quote clarizsa 22-10-2015 04:23 PM
jual dosa pahala...

rajin tolong kira dosa pahala...

mmg perkara biasa sgt2 kt malaysia ni...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.149137 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top