CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tips Bercuti Dengan Keluarga Besar

2-11-2015 06:28 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 7552| Komen: 23

Oleh : Fyruz Hanna


Adakah anda mempunyai masalah untuk menentukan tempat yang ingin dituju dengan keluarga besar. Bercuti bersama keluarga besar bermakna bersama dengan berbagai usia dan generasi, daripada ayah dan ibu, abang, kakak, nenek, anak saudara dan lain-lain.

Bukan mudah untuk menyatukan keinginan yang berbeza kerana masing-masing mempunyai keinginan dan gaya percutian yang tersendiri.

Oleh itu, ada beberapa perkara yang perlu diuruskan supaya percutian menjadi satu memori indah dan menyenangkan anda

Penginapan
Carilah hotel dengan kemudahan bersantai seperti pantai, kolam renang, area tempat duduk santai seperti balkoni supaya dapat dijadikan pusat sosial anda.

Kegiatan Outdoor
Rancang kegiatan luar anda bersama keluarga dengan mengambil kira semua peringkat umur, paling mudah lawatilah tempat-tempat bersejarah.

Restoran
Pemilihan tempat makan juga amat penting. Kerana keluarga yang besar ini, pilihan restoran juga harus menepati selera semua.

Tempat kunjungan
Berkungjung di galeri seni, tempat beli-belah dan tempat sejarah antara hiburan anda bersama keluarga. -CARI Infonet.
27

Bagus
28

Marah
31

Terkejut
26

Sedih
32

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (161 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skyreds 2-11-2015 09:00 PM
aku pernah organize trip untuk 4 family with small kids termasuk aku .... 2 weeks vacation  

haru-biru .... tapi alhamdulillah semua se-kepala, xde simpan dalam hati   
Quote Peterpan17 3-11-2015 09:34 AM
Aku tak suka holiday ramai2 smp 20-30 org. Sakit kepala aku. Byk sgt ragam. Klu setakat 10-12 org, oklah.
Quote sweetzniz 3-11-2015 09:57 AM
pening nk organize cuti family ramai2..pulak tu masing2 susah nk kuar duit..tgh pkr ape cara nk buat utk cuti tahun dpn ni
Quote green~tea 3-11-2015 10:00 AM
serabut bercuti ramai sgt.. aritu tea gi jepun 2 family pun dah mcm kelam kabut sbb anak2 kecik lg... pastu interest kami tak sama... kitorang nak gi beli barang sports, the other family plak nak tengok robot2 , manga, koleksi2 figure tu... yang pompuan nak mengusha kosmetik sk2 plak... pastu makanan pun tak sama minat... kalo dpt yang cerewet nak sijil halal bertempek kat pintu lagi la.. kadang2 kalo benda tu tkde sijil halal, tp they cook using vegetable oil & tempura seafood /vegetable pun dah oke... adeh
so end up we always choose proper muslim restaurant & the cost if course lerrrrr mahal sgt2,..
Quote lurve82 3-11-2015 11:29 AM
last trip ke krabi...6 family..best giler..next xtau nk g mana...sblm ni pernah ke bali..klu dlm malaysia ni dh byk sgt tmpt..dh tak terkira...
Quote Peterpan17 3-11-2015 11:34 AM
Edited by Peterpan17 at 3-11-2015 11:36 AM
green~tea replied at 3-11-2015 10:00 AM
serabut bercuti ramai sgt.. aritu tea gi jepun 2 family pun dah mcm kelam kabut sbb anak2 kecik lg.. ...

Klu dah mcm tu, elok berpecah saja. Aku klu travel dgn family, kami akan pesan kat msg2 nak tgk apa. Pastu berpecah. Set kan satu masa jumpa blk kat meeting point pukul berapa. Ko nak soping smp 3 jam ke, 4 jam ke.  Ada time tu, aku ckp, aku tak akan jumpa korang kat meeting point. Korang pandai pandailah cari jln blk atau nak gi mana. Aku dgn wife nak explore tempat lain. Biasanya klu jln dgn family, kami akan sewa kenderaan psl ada budak & org tua. So aku biarkan kenderaan tu derang guna nak gi mana, kami laki bini buat dan pergi tmpt kami suka

Tp klu pergi negara yg perlu byk berjalan, aku takkan bawa family psl derang ni jenis malas jln. Ini sebelah wife aku lah. Badan semua set mcm badak. Klu boleh nak naik turun depan pintu hotel. Malaslah aku layan org begini. Jln 1km pun dah mengeluh. Setakat Indon, Thailand,  Vietnam tu oklah blh sewa keta. Klu gi negara maju dan mahal, larat ke nak byr sewa keta dgn driver.

Quote green~tea 3-11-2015 12:44 PM
Peterpan17 replied at 3-11-2015 11:34 AM
Klu dah mcm tu, elok berpecah saja. Aku klu travel dgn family, kami akan pesan kat msg2 nak tgk ap ...

lagi satu yang menyampah kalo dpt jenis berkira time makan pastu asik harap orang bayar.. adoiiiiiii.... nak ignore kang kebulur plak, sbb dah duduk negara orang... kitorang mmg tak kisah naik LRT, best aje jalan2 camtu... road trip pun best, cam sewa caravan ke ape, masak sendiri...
tea pernah aje ala2 backpack travel keliling south korea dengan kengkawan 12 orang.... mmg syok lah kalo dpt sekepala.. tp biasanya kitorang break further 2 groups... cuma berjanji utk jumpa time nak makan aje...
Quote Peterpan17 3-11-2015 12:58 PM
green~tea replied at 3-11-2015 12:44 PM
lagi satu yang menyampah kalo dpt jenis berkira time makan pastu asik harap orang bayar.. adoiiiii ...

Kan. Bencinya aku jenis org mkn pun nak berkira. Kita yg kena byr. Ipar aku (bini kpd adik wife aku) dulu mcm tu, kena sound je dgn aku. Lantaklah ko nak terasa ke idak. Klu rasa tak mampu nak byr mkn mahal kat tempat org, baik jgn jln. Dok sana diam diam kat rmh. Skrg ni aku malas dah nak travel dgn family. Rimas sungguh. Dgn budak yg menangis sepanjang jln. Sakit kepala aku tau. Klu 8 jam tu, 8 jam jugalah menangis.

Aku rela travel sorang sorang klu wife aku tak free. Dulu lah tp skrg ni dia pun byk masa dlm tangan, so senanglah kami travel together.
Quote barfi 3-11-2015 01:33 PM
Bess nya uollss bercuti reramai.. my family sekarang semua terikat dengan pelbagai komitmen. Nak2 pula sekarang ekonomi menekan. Hmmmmm
Quote sweetzniz 3-11-2015 04:20 PM
yang x best ialah masing2 tak nak kuar duit..duit penginapan pn payah..duit makan pn buat bodo..harapkn sorg jer bayar iaitu mak ayah..gila ke..masing2 ada anak bini still nak mak ayah tanggung..mak ayah aku pn dh cm malas klau nk g memane.ktrg xdela sampai ke luar negara pn..dlm malaysia jer.tu pn dh pening
Quote Peterpan17 3-11-2015 04:36 PM
sweetzniz replied at 3-11-2015 04:20 PM
yang x best ialah masing2 tak nak kuar duit..duit penginapan pn payah..duit makan pn buat bodo..hara ...

Dah tau bangka pun msh harap mak bapa byr. Jgnlah ko buat lg family trip begini. Kesian mak bapa ko. Aku klu org tak nak kuar duit, selamba je aku minta, bak sini ko punya share. Kena tanya kuat kuat depan depan. Klu tak selamanya kita yg kena byr. KLu tanya terang2 gitu tak blh nak lari.
Quote suka2 3-11-2015 09:21 PM
holiday dengan family ni tengok la jugak family tu jenis macam mana. kalau family yg reti fikir dan jenis tak banyak songeh pastu masing2 laju je hulur duit untuk apa2 kos memang terbaik la. biasa yang jadi pening kepala ni bila ada ahli rombongan yg berkira nak keluar duit pastu harap adik beradik lain tolong payungkan. paling cilaka short duit ingat tercicir rupanya ada family tak bayar tapi buat diam jer
Quote suka2 3-11-2015 10:03 PM
sweetzniz replied at 3-11-2015 09:57 AM
pening nk organize cuti family ramai2..pulak tu masing2 susah nk kuar duit..tgh pkr ape cara nk buat ...

kalau semua pun jenis susah keluar duit lebih baik takpayah buat family holiday. nanti hujung2 ko jugak yg pening. kalau family lain hint2 suh organize family trip ko terus buat budgetary tengok berapa ramai yang sanggup. kalau bising mahal apa ko organize je la piknik ala2 pot luck kat tepi pantai ke, tepi sungai ke, takpun tepi tasik pun boleh. takpayah nak bermalam punya la. tapi jangan pulak ko masukkan aktiviti bbq bagai. org2 kedekut ni nanti ada je nak bunyi "anak aku makan sikit anak kau makan banyak. anak aku dua anak kau lima". semua helah taknak keluar duit
Quote miz_butcher 3-11-2015 11:23 PM
Lagi satu kan....buat trip family tempat yang dorang dah penah pegi... Pastu nak komen2 kenape tak pilih homestay dekat dengan bandar..kenapa pilih pulau ni, bukan pulau satu lagi sebab cantik..dulu... Dia punya nak bandingkan tu macam tahun lepas je pergi, cerita die nak dekat 10 tahun kau sebok nak banding2.. Dah la kita yang bayo semua ikot jelakan tak payah banyak bunyikk... Haishhh..ingat balik mulut orang tua tu buat aku panas jer
Quote Peterpan17 4-11-2015 09:27 AM
miz_butcher replied at 3-11-2015 11:23 PM
Lagi satu kan....buat trip family tempat yang dorang dah penah pegi... Pastu nak komen2 kenape tak p ...

Ipar aku pernah ckp mcm ni bila kami ke Bandung/Jakarta May 2015 baru ni. Aku ckp senang je, dulu lain skrg lain. Cerita dulu ko gi bandung tu msh bujang, blm ada anak. Skrg ni ko dah kahwin dan ada anak. Cuba kira berapa tahun tu. Byk perubahan. Sedangkan kat KL setahun ko tak dtg pun byk perubahan. Terus dia diam. Bila blk KL, aku terus terang ckp kat derang, lain kali nak jln2, korang jln sendirilah. Malas dah aku nak organize psl byk sgt bunyik. Terasa hati lah kot. Tahun depan bulan 3 gi Bali derang sendiri. Tp paling jilake bawa bini dgn anak je, mak bapa di tinggal. Kecik ati mak/pak mentua aku.  Aku kisah apa, mmg aku gi Jepun pun bulan 3 tahun depan. Ada aku kisah Bali tu.
Quote akusukaq 4-11-2015 09:32 AM
suka2 replied at 3-11-2015 02:03 PM
kalau semua pun jenis susah keluar duit lebih baik takpayah buat family holiday. nanti hujung2 ko  ...

Kalu dah nama nya pergi melancung ke mana mana pun memang kena sanggup keluarkan duitKalu menginap kat rumah sedara mara pun kita kena jgk berbelanja dan ringan tangan membantu memasak mengemas bagai.
Mana ada free lunch kan. Kalu sayang sgt duit duduk je kat rumah ngadap empat dinding. Keluar shoping makan luar pun guna duit jgk



Quote lurve82 4-11-2015 10:19 AM
bercuti ramai2 ni best...ble berkumpul blik tu dok la sembg2 pasal trip2 ni...gelak2..kena kan org..best..sbb sekepala semua..klu tak dpt yg sekepala tu yg leceh tu...
Quote Peterpan17 4-11-2015 12:08 PM
akusukaq replied at 4-11-2015 09:32 AM
Kalu dah nama nya pergi melancung ke mana mana pun memang kena sanggup keluarkan duitKalu menginap ...

Org mcm ni mmg wujud. Dia klu sendiri kuar kat mana2 tak pula kedekut nak keluar duit. Tp bila keluar ramai2, dia expect org byr utk dia. Mcm ko ckp lah, klu kedekut nak keluar duit utk byr tong tong time holiday, dok diam diam kat rmh. Mengadap 4 dinding. Jgn ikut trip dan menyusahkan org.
Quote noqiz 4-11-2015 03:03 PM
Aku pun bosan kalau buat family trip..ada yang buat2 lupa nak bayar time makan
Aku tak lah mintak duit setiap family..cuma masa makan tu..faham2 je lah..sepatutnya gilir gilir bayar...nie tak....buat buat tak tau je
Harap orang lain bayar..walaupun kat malaysia je ..bayar dalam RM je
Tapi teruk jugak...3 hari 2 malam..makan semua aku bayar...3 family pulak tu.tapi kena niatkkan dalam hati...nak kena ikhlas..kalau tak sia sia je belanja dia orang makan..tapi susahnya nak ikhlas

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053279 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top