Oleh : TS LOO
Ramai di kalangan suami sering merungut kepada kawan rapat mereka mengatakan isteri sikit-sikit melenting dan marah, ada saja perkara yang dilakukan tidak menepati kehendak isteri. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak, kasih sayang isteri lebih tertumpu ke atas anak-anak, sehinggakan si suami rasa amat kecil hati dan terkilan. Namun demikian, ada beberapa tips yang boleh dirujuk yang dapat membantu si suami lebih disayangi isteri.
1.Komunikasi Isteri biasanya lebih tertarik kepada seorang suami yang bijak berkomunikasi dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif. 2.Prihatin Isteri akan mengagumi suami yang sentiasa bersikap prihatin. Sikap prihatin suami pasti akan membuatkan si isteri berasa dihargai dan disayangi. Walaupun pada perkara yang dianggap remeh dan kecil, namun bagi si isteri ia begitu bermakna. 3.Memahami Seorang suami yang sentiasa memahami tidak akan mudah merungut mahu pun marah untuk mengubah kebiasaan buruk isterinya. Sebaliknya dia akan sentiasa berusaha memaafkan kesalahan dan menegur dengan baik segala kekurangan si isteri dan mencuba melihat dari sudut positif. 4.Tegas Isteri memerlukan seorang suami yang bersikap tegas dan bijak dalam mengambil keputusan. Misalnya, ketika bingung untuk membuat pilihan, si isteri memerlukan suami untuk membantunya membuat keputusan. Suami yang tidak pandai membuat keputusan biasanya kurang dihargai isteri. 5.Simpati Suami yang mudah bersimpati tidak hanya bersikap baik kepada isterinya, tetapi juga kepada keluarga si isteri, teman-teman dan orang sekelilingnya. Malah kebaikan yang ditunjukkan itu juga bukanlah sengaja dibuat-buat tetapi ia adalah semulajadi. 6.Romantis Suami yang romantis dan pandai melayan isteri dengan lemah lembut sering menjadi kebanggaan isteri. Apatah lagi jika si suami tidak lokek memberikan hadiah terutama di hari-hari penting seperti ulang tahun kelahiran dan sebagainya. Wahai si suami di luar sana, bukan susah sangat kan disayangi isteri? Apa yang penting luangkan lebih masa bersama keluarga, kalau boleh setiap tahun merancang perjalanan bercuti di dalam atau luar negara supaya anak dan bini betul-betul merasai masa yang berkualiti bersama anda sebagai suami dan ayah. Sumber info : pesona pengantin
|
18
Bagus |
7
Marah |
26
Terkejut |
16
Sedih |
13
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT