Oleh Izzah Abbasy
Thomas Stewart Photography telah mengabadikan panorama pengantin dalam keadaan hujan dengan beberapa gambar. Pada mulanya, pasangan pengantin Jessica Gower, 30, dan suaminya, Nick Gower, sudah pun memeriksa keadaan ramalan cuaca memandangkan majlis tersebut diadakan di lokasi terbuka di Southern Highlands, Australia. Bagaimanapun, hujan turun juga pada saat-saat akhir. Namun, dengan kepakaran dan kekreatifan Stewart, dia hanya mengambil masa 30 saat dan lima percubaan merakam gambar momen paling istimewa itu dan ternyata ia menjadi sesuatu yang amat sempurna. “Apabila saya melihat foto tersebut di laman sosial Facebook yang dimuat naik Stewart, saya rasa seperti terawang-awang. Ia kelihatan seperti gambar cerita dongeng antara puteri dan putera raja,” kata Jessica. Pengguna media sosial turut melahirkan rasa kagum terhadap gambar tersebut yang mendapat lebih 25,000 Likes dan dikongsi hampir 10,000 orang. Info : http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 5.htm#ixzz3rF3rLBIm Foto : Thomas Stewart Photography dan Jessica Gower
|
saladin780 replied at 12-11-2015 11:14 AM
nanti ada ler tu yg tiru..dan viralkan plak kat siakapbabi setelah diedit oleh jurugambar yg diupah ...
ADVERTISEMENT